Berita

17 PELAJAR UniSZA PULANG KE ZON SELATAN

14Kuala Nerus : Seramai 17 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bertolak pulang ke destinasi masing-masing di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor bermula jam 10.30 malam tadi.

Pergerakan penghantaran pulang dengan menggunakan dua buah bas itu turut membawa lima pelajar dari Universiti lain.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), Profesor Dr Mohd Afandj Salleh berkata, proses penghantaran pulang pelajar itu adalah kali keempat selepas Zon Timur, Zon Tengah dan Selatan.

15 16

Cetak E-mel

32 PELAJAR UniSZA PULANG KE ZON UTARA

10Kuala Nerus : Seramai 32 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bertolak pulang ke destinasi masing-masing di Kedah, Pulau Pinang dah Perlis bermula jam 10.30 malam tadi.

Pergerakan penghantaran pulang dengan menggunakan dua buah bas itu turut membawa pelajar dari USAS (1), UMP (1), UIA (1), UPM (1) dan UiTM (1).

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), Profesor Dr Mohd Afandj Salleh berkata, proses penghantaran pulang pelajar itu adalah kali ketiga selepas Zon Timur dan Zon Tengah.


“Alhamdulillah, kita telah menghantar pelajar pulang ke tempat masing-masing di Zon Utara dengan menggunakan dua buah bas UniSZA"

“Kita juga turut membawa lima pelajar dari universiti lain untuk pulang bertemu keluarga masingmasing” katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, itu adalah satu dari usaha kerajaan kita bagi memastikan bahawa kita dapat menghadapi Covid-19 dengan penuh tatacara mengikut garis panduan dan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

11 12 13

Cetak E-mel

PERGERAKAN PULANG 28 PELAJAR UniSZA KE ZON TENGAH

6Kuala Nerus : Seramai 28 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) termasuk seorang dari UPM dan seorang lagi dari UTHM bertolak pulang ke destinasi masing-masing bermula jam 10.30 malam tadi.

Pergerakan pulang itu membabitkan Zon Tengah iaitu pelajar yang tinggal di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.  Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, proses penghantaran pulang pelajar itu kali kedua selepas Zon Timur dua hari lepas.

“Alhamdulillah, kita telah menghantar pelajar pulang ke tempat masing-masing di Zon Tengah dengan menggunakan dua buah bas UniSZA"

“Saya ucap terima kasih pada semua pihak terutama MKN, PDRM, petugas-petugas di kampus yang menguruskan penghantaran pulang mereka ini” katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, itu adalah satu dari usaha kerajaan kita bagi memastikan bahawa kita dapat menghadapi Covid-19 dengan penuh tatacara mengikut garis panduan dan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Dr Hassan Basri berkata, UniSZA telah mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan termasuk saringan kesihatan pemeriksaan suhu badan setiap hari sebelum mereka pulang.

7 8 9

Cetak E-mel

PERGERAKAN PULANG 26 PELAJAR UniSZA KE 3 BUAH NEGERI DI ZON TIMUR

1Kuala Nerus : Seramai 26 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang tinggal di asrama dan luar kampus bertolak pulang ke destinasi masing-masing bermula jam 10.30 malam tadi.

Pergerakan pulang itu membabitkan Zon Pantai Timur iaitu 6 di Terengganu, 9 di Kelantan dan 11 orang pelajar di Pahang.
Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, hanya pelajar di kawasan zon hijau sahaja dibenarkan pulang dan akan dilakukan secara berperingkat mengikut zon bermula mala mini.

“Alhamdulillah, kita telah menghantar pelajar pulang ke tempat masing-masing malam ini, satu ke Kelantan dan dua bas ke Pahang”
“Saya ucap terima kasih pada semua pihak terutama MKN, PDRM, petugas-petugas di kampus yang menguruskan penghantaran pulang mereka ini” katanya ketika ditemui.
Katanya lagi, itu adalah satu dari usaha kerajaan kita bagi memastikan bahawa kita dapat menghadapi Covid-19 dengan penuh tatacara mengikut garis panduan dan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Dr Hassan Basri berkata, UniSZA telah mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan termasuk saringan kesihatan pemeriksaan suhu badan setiap hari sebelum mereka pulang.

"Bagi pelajar yang tinggal di zon kuning dan merah akan tinggal di asrama sementara makluman lanjut menyusul," katanya.  Menurutnya, seorang pelajar antarabangsa turut mendapat kebenaran balik ke Sulawesi, Indonesia semalam.

3 2 4 5

Cetak E-mel

UniSZA Serah 550 unit Face Shield kepada polis Terengganu

face2Kuala Nerus – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyerahkan sebanyak 550 unit pelindung muka kepada Ibu Pejabat Polis Terengganu, di sini, hari ini.

Majlis penyerahan disampaikan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof Dato Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan kepada Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik.

Dr Hassan Basri berkata, penyerahan set pelindung muka itu adalah khusus untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan sekitar Negeri Terengganu untuk menangani penularan wabak COVID-19.

“Pihak UniSZA telah mengambil inisiatif dengan menyumbang kepakaran untuk menyediakan produk inovasi untuk keperluan barisan hadapan dalam usaha bersama melandaikan jangkitan COVID-19”

“Saya lihat ini adalah sebagai satu sumbangan ikhlas yang dilaksanakan oleh UniSZA untuk bersama-sama membantu semua pihak termasuk pelbagai agensi di Terengganu seperti petugas hospital, pegawai polis dan sebagainya” katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, sehingga kini lebih 2000 unit Face Shield telah dihasilkan dan diedarkan kepada pihak hospital.

“Kita berharap dapat menghasilkan lebih banyak lagi pelindung muka untuk kegunaan barisan hadapan kita menerusi sumbangan dana dari pelbagai agensi dan orang ramai dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Sementara itu, Datuk Roslee Chik turut merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada UniSZA atas sumbangan face shield tersebut

“Ini adalah satu benda yang penting terutamanya kepada petugas-petugas di lapangan yang berhadapan dengan orang ramai”

“Kita tidak tahu mereka ini ada simptom atau tidak sewaktu sekatan jalan raya jadi face shield ini sangat penting untuk mereka guna semasa bertugas”, katanya.

Pada majlis itu, IPD Terengganu turut memberi sumbangan bekalan makanan kepada pagawal keselamatan UniSZA yang bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

face1 face3 face4

Cetak E-mel