Prinsip asas penyelidikan di UniSZA adalah dengan menerokai idea dan berkongsi apa yang kita pelajari, kita boleh menjadikan dunia tempat yang lebih baik. Penyelidikan kami diiktiraf secara meluas dari segi pencapaiannya dalam penyelidikan Pengajian Kontemporari Islam, Undang-undang, Perniagaan & Perkhidmatan Kewangan, Perubatan & Penjagaan Kesihatan, Pertanian & Alam Sekitar dan Sistem & Teknologi Pintar. Ia memberi fokus kepada penyelesaian masalah dunia sebenar. Dalam menjalankan penyelidikan, kami mengutamakan perkongsian dan kerjasama dengan industri, perniagaan dan kerajaan, di mana ianya memberikan manfaat sangat besar kepada komuniti yang lebih luas di peringkat tempatan, nasional dan global.
Terokai kepelbagaian pasukan penyelidik kami yang berbakat yang ingin mengubah dunia untuk menjadi lebih baik. Mereka secara aktif bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi daripada industri, kerajaan dan kumpulan komuniti untuk mencipta peluang yang menarik.
Bil. | NIC | KLUSTER |
1. | Peradaban Kontemporari Islam |
|
2. | Kelestarian Kesihatan, Perniagaan dan Teknologi |
|
Mengembang dan memantapkan kumpulan penyelidikan di bawah setiap kelompok penyelidikan.
Menggalakkan kerjasama penyelidikan dalam pelbagai disiplin.
Mengukuhkan kelompok penyelidikan melalui perancangan strategik jangka panjang dan memastikan penyelidikan adalah relevan dan terkini.
Menjalinkan kerjasama dan rangkaian penyelidikan dengan institusi tempatan dan antarabangsa.
Memupuk budaya penyelidikan dengan menumpukan kepada pencarian jalan penyelesaian bagi masalah tempatan dan global.
Pusat Pengurusan Makmal Berpusat (CLMC) menyediakan kemudahan makmal berkualiti untuk analisis dan ujian saintifik, khidmat nasihat dan pengajaran untuk pelajar, penyelidik dan masyarakat dengan menggunakan peralatan terkini dengan tenaga kerja yang cekap dan komited. Antara aktiviti-aktivitinya:
Menyelaras pengurusan makmal dan memantau aktiviti makmal di setiap fakulti.
Merancang dan menambah baik pembangunan makmal lama dan baharu.
Merancang dan meningkatkan kecekapan kakitangan makmal.
Merancang laluan kerjaya kakitangan makmal.
Mewujudkan makmal yang strategik dan berpusat.
Sebagai jambatan antara universiti dan industri untuk bidang makmal berkaitan.
Untuk mendapatkan pengiktirafan dan pensijilan makmal khusus seperti ISO, 5S, akreditasi dan pengesahan untuk kecekapan kakitangan.
Mengendalikan kewangan yang berkaitan dengan makmal.
untuk berita terkini
Kampus Gong Badak,
Gong Badak, 21300 Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Tel : +609-668 8888
Emel : pro@unisza.edu.my
Penafian dan Notis Hak Cipta | Notis Privasi | Notis Keselamatan | Akses Kurang Upaya W3C | Notis Cookies
Hak Cipta Terpelihara © 2022 Universiti Sultan Zainal Abidin | UniSZA