Sejarah Penubuhan

Sejarah Universiti Sultan Zainal Abidin

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bermula sebagai Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). KUSZA mula beroperasi pada 1 Januari 1980 di Batu Burok sebelum berpindah ke Bangunan Hajah Wook di Pulau Kambing pada tahun 1981.

KUSZA dinaik taraf ke universiti dan menjadi Universiti Darul Iman (UDM).
UDM telah menjalani proses penjenamaan semula pada 14 Mei 2010 dan dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Nama Almarhum Sultan Zainal Abidin III Muazzam Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah II, Sultan Terengganu ke-11 diguna pakai bagi menghormati jasa Duli Yang Maha Mulia dalam menyebarkan ilmu dan agama di negeri Terengganu.

Pada 29 November 2013, logo UniSZA baharu telah diperkenalkan. UniSZA kini beroperasi di tiga kampus iaitu Kampus Gong Badak (Kuala Nerus) sebagai kampus induk, Kampus Perubatan (Kuala Terengganu), dan Kampus Besut, serta mengendalikan pejabat satelit di Putrajaya.

Kepimpinan - KUSZA-UDM-UniSZA

Dr. Wan Shamsuddin bin Wan Mamat

Pengarah KUSZA

13 Julai 1981 - 19 Mac 1987

Prof. Dr. Hamid bin Abdullah

Pengarah KUSZA

1 Nov 1987 - 31 Dis 1990

Dato' Dr. Ahmad Ibrahim bin Shukri

Pengarah KUSZA

1 Mei 1991 - 31 Di 1997

Ustaz Che Ismail bin Abdul Halim

Pengarah KUSZA

1 Jun 1998 - 31 Julai 2002

Prof. Madya Dr. Amat @ Anwar bin Zainal Abidin

Pengarah KUSZA

1 Sep 2002 - 26 Mac 2004

Prof. Dr. Ahmad Shukri bin Yazid

Pengarah KUSZA

2004 - 2005

Dato Prof. Dr. Alias bin Daud

Naib Canselor UDM dan UniSZA

1 Jan 2006 - 31 Dis 2012

Prof. Datuk Dr. Yahaya bin Ibrahim

Naib Canselor UniSZA

1 Jan 2013 - 31 Dis 2015

Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif

Naib Canselor UniSZA

1 Feb 2016 - 31 Jan 2019

Prof. Dato' Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan

Naib Canselor UniSZA

1 Feb 2019 - 2022

Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam

Naib Canselor UniSZA

1 Mac 2022 - Sekarang