Kemasukan Pelajar

Di UniSZA anda akan belajar daripada ahli akademik yang merupakan peneraju dalam bidang mereka dan meneroka bidang yang menarik minat anda dalam kursus yang dipilih. Anda akan mendapat peluang untuk berkembang dan kami akan menyokong serta menggalakkan anda untuk mendapat inspirasi, membangunkan idea anda dan berjaya membentuk kerjaya masa depan anda.

Pendaftaran Pelajar
Prasiswazah 2021

Pendaftaran Pelajar
Pascasiswazah 2021

Pendaftaran Pelajar
Antarabangsa 2021

Cari kursus yang sesuai untuk anda

Terokai kursus yang sesuai dengan keperluan dan minat anda. UniSZA menawarkan pelbagai kursus untuk dipilih daripada bidang Pengajian Islam, Perubatan, Sains Kesihatan, Teknologi Maklumat & Komunikasi, Teknologi Agro, Teknologi Makanan, Reka Bentuk Perindustrian, Pembuatan, Sains Sosial, Undang-undang dan pelbagai lagi.

Cara memohon?

Admission

Permohonan (Prasiswazah)

Program Sarjana Muda arus perdana bagi ambilan September hendaklah dibuat secara dalam talian di portal rasmi UPU. Terdapat arahan lengkap di laman web untuk memudahkan anda mengisi permohonan dalam talian anda. Kemasukan Program Ijazah akan dibuka pada bulan Februari hingga April melalui portal rasmi UPU.

Master

Permohonan (Pascasiswazah)

UniSZA berhasrat untuk menyampaikan pendidikan tinggi bertaraf dunia yang menghasilkan pascasiswazah berkualiti tinggi dalam pelbagai bidang. Kami komited untuk memastikan pelajar kami meneroka ilmu dan mengembangkan kemahiran mereka, demi memperkukuh kualiti program pascasiswazah yang ditawarkan oleh UniSZA. Kami mengalu-alukan anda untuk menyertai kami dalam membina dan menggilap kerjaya anda untuk masa depan yang lebih baik.

Scholarship

Tajaan & Bantuan Kewangan

Bagi mendapatkan kemudahan pinjaman pelajaran/biasiswa/pembiayaan pendidikan, adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk membuat permohonan terus dengan agensi yang menawarkan pinjaman/biasiswa/pembiayaan pendidikan. Untuk makluman, UniSZA turut menyediakan pelbagai bantuan kewangan untuk pelajar yang memerlukan, khususnya pelajar B40 dan pelajar OKU.

Penginapan

Pelajar baru sarjana muda yang telah menerima tawaran pengajian di UniSZA akan diberi penginapan di kampus di kolej kediaman UniSZA. Penempatan penginapan bergantung kepada kampus pengajian masing-masing.

Penginapan pelajar antarabangsa

Hanya pelajar yang mempunyai ID pelajar Universiti boleh memohon untuk penginapan di kampus. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak menjamin ketersediaan bilik.

Residential Colleges
Payment

Pilihan pembayaran

UniSZA menawarkan pelbagai pilihan pembayaran untuk melengkapkan permohonan anda. Lawati halaman pilihan pembayaran kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.