Berita

UniSZA JUARA KESELURUHAN SIPTAR 2019

Siptar3Kuala Nerus – Kutipan 11 pingat emas, 10  perak dan 5 gangsa membolehkan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menutup Sukan IPT Pantai Timur (SIPTAR) 2019  di sini hari ini selaku juara keseluruhan.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka menduduki tempat kedua setelah mengutip 5 emas, 6 perak dan 5 gangsa manakala Politeknik Sultan Ahmad Shah berada di kedudukan ketiga dengan 4 emas dan 3 gangsa.

Kejohanan selama lima hari yang  itu adalah edisi kedua selepas kali pertama diadakan pada tahun 2009 dan mempertandingkan sebanyak lapan acara sukan

Pengarah Pusat Sukan UniSZA, Riduan Mohamed Arof berkata , pada edisi kali ini, UniSZA menghantar 76 atlet dengan menyertai kesemua lapan acara yang dipertandingkan.

“Alhamdulillah, kami meraih sekali lagi juara keselurahan selepas edisi pertama pada 2009 dan ini merupakan kejayaan yang bermakna buat atlet UniSZA” katanya katanya pada majlis penutup SIPTAR 2019, di Dewan Perdana UniSZA.

Majlis disempurnakan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof Madya Dr. Ahmad Afandi Salleh.

Menurut Riduan, sebanyak  27 pasukan institusi pengajian tinggi dari seluruh Pantai Timur telah menyertai SIPTAR 2019 dengan membabitkan seramai 1,030 atlet dan 200 pegawai.

Sementara itu, Prof Dr Hassan Basri mengucapkan tahniah kepada semua atlet dan pegawai dari seluruh IPT dalam menjayakan kejohanan itu sekaligus mengertkan lagi hubungan antara pelajar di Pantai Timur.

Beliau turut menyerahkan bendera SIPTAR kepada UiTM Machang selaku tuan rumah pada 2021 nanti.

siptar1 Siptar2 Siptar4 Siptar5

Cetak E-mel

UniSZA JALIN KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI CHIBA, JEPUN

chiba1KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menandatangani Perjanjian Surat Niat (LoI) dengan Universiti Chiba, Jepun bertujuan mempertingkat dan memperkukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak

Pada majlis itu, UniSZA diwakili oleh Dekan Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG), Prof. Dr. Wan Abd Aziz Bin Wan Mohd Amin dan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL), Prof. Madya Dr Abdul Manam Mohamad, manakala Universiti Chiba diwakili oleh Prof. Dr. Chiyo Yonemura dan Prof. Dr. Shingo Odani.

Yang turut hadir, Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan dan Pendaftar UniSZA, Ismail Ahmad.

Prof Hassan Basri berkata, kerjasama dijalinkan oleh UniSZA dan Universiti Chiba adalah bermula apabila kedua-dua institut pengajian tinggi terbabit bersama menjayakan projek kajian berkaitan sosiologi Orang Asli dari Kaum Bateq di Kelantan dan Kaum Semaq Beri di Terengganu

“Pihak UniSZA dan Universiti Chiba akan bekerjasama dalam beberapa perkara antaranya Program Mobiliti Pensyarah dan Pelajar seperti pertukaran pelajar dan pensyarah, lawatan penyelidik,program kebudayaan dan sukan serta penyeliaan PhD dan Sarjana”, katanya.

Tambahnya lagi, LoI itu juga bertujuan mejalinkan kerjasama antara kedua universiti dalam menganjurkan seminar dan projek pendidikan.

chiba2

Cetak E-mel

PELANTIKAN YBHG PROF DATO’ DR. HASSAN BASRI BIN AWANG MAT DAHAN SEBAGAI NAIB CANSELOR BARU UniSZA

VCHB3KUALA NERUS – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melantik Ybhg. Prof Dato’ Dr Hassan Basri bin Awang Mat Dahan sebagai Naib Canselor Unversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang keempat bagi tempoh selama tiga (3) tahun, berkuatkuasa mulai 1 Februari 2019 hingga 31 Januari 2022

Prof Dato’ Dr Hassan Basri merupakan mantan Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pelantikan beliau mengantikan Dato’ Prof Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif yang telah tamat pada 31 Januari 2019.

Berlatar belakang pendidikan dalam Bahasa Arab, Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Kuwait (1987); Sarjana (Kesusasteraan) Universiti St Andrews, Scotland (1992) dan mendapat Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Edinburgh, Scotland (2000).

Antara kerjaya awal beliau ialah bertugas sebagai penterjemah Kedutaan Malaysia di Kuwait dan pembantu penyelidik Kuwait Zakat House. Sebagai ahli akademik, beliau memulakan tugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya (1987-2011) sebelum dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pengajian Malaysia, Cairo University Mesir (2007-2011). Sekembalinya ke Malaysia, beliau berkhidmat sebagai profesor di Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI.

Prof Dato’ Dr Hassan Basri amat aktif dalam penulisan ilmiah dengan lebih 30 buah buku/bab buku dan 20 jurnal akademik dan prosiding yang ditulis oleh beliau diterbitkan di Malaysia dan antarabangsa. Selain itu, beliau turut aktif memberi konsultansi sebagai pensyarah pelawat, penilai luar dan ahli lembaga penasihat akademik kepada beberapa institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Dalam aspek kepimpinan dan pengiktirafan, Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri sebagai Ahli Majlis Perundingan Islam (MPI) pada 2014, Ketua Panel Menggubal Kurikulum Bahasa Arab bagi Sekolah Agama di Malaysia, Lembaga Pendidikan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2012-2015) dan merupakan ahli alumni Yayasan Fulbright, Amerika Syarikat sejak 2007.

Beliau juga amat aktif dalam Angkatan Tentera Malaysia sebagai Askar Wataniah dan dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Setia (berkhidmat melebihi 15 tahun) oleh Kementerian Pertahanan (2006) dan merupakan Pegawai Memerintah (Commanding Officer) Batalion 516, Regimen Askar Wataniah Malaysia dan Timbalan Komandan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Malaya (UM) dan USIM.

Pengurusan dan seluruh warga UniSZA juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dato’ Prof. Dr. Ahmad Zubaidi atas khidmat bakti beliau sepanjang menjawat jawatan Naib Canselor UniSZA. Ucapan penghargaan dan tahniah kepada Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri atas pelantikan beliau ke jawatan ini dan selamat bertugas.

VCHB1 VCHB2 VCHB4

Cetak E-mel

ATLET UniSZA TERIMA INSENTIF

PS1KUALA NERUS – Seramai lapan atlet Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) termasuk pasukan bola sepak yang meraih pingat dalam pelbagai temasya sukan tempatan dan antarabangsa sepanajang tahun lalu menerima insentif daripada UniSZA.

Mereka merupakan atlet yang cemerlang dalam 19TH Asean University Games 2018 ( AUG ), Program PKS Memanah, Kejohanan Sukan Staf Universiti Kebangsaan ( SUKUM ), World University Taekwando Championship ( WUC ), Liga Bolasepak IPT 2018, Majlis Anugerah Sukan MASUM 20, Karnival Sukan MASUM 2018, Higher Education Sport Festival dan Sukan IPT 2018 ( SUKIPT )

Majlis penyampaian insentif tersebut berlangsung di Dewan Auditorium Perpustakaan, di sini dan disempurnakan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif

 Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), Prof Madya Dr. Mohd Afandi Salleh dan Pengarah Pusat Sukan & Rekreasi (PSR) UniSZA, Riduan Mohamed Arof 

Sementara itu, Dr. Ahmad Zubaidi dalam ucapannya berkata, pemberian insentif tersebut merupakan tanda pengiktirafan dan penghargaan UniSZA kepada atlet yang cemerlang dan mengharumkan nama universiti dan juga negara.

Kata beliau, ganjaran dan sumbangan dalam bentuk kewangan pada hakikatnya berupaya menyuntik semangat baru kepada ahli sukan untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik lagi.

"Pemberian insentif ini juga memberi satu harapan kepada golongan atlet muda terutaman pelajar yang baru untuk mempunyai impian menjadi ahli sukan yang berjaya.

"Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua atlet yang telah berjaya membuktikan kehebatan dan kecemerlangan masing-masing," katanya.

Antara penerima insentif tersebut ialah atlet karate, Noor Azizan bin Nor Azli yang memenangi pingat emas di AUG, Myanmar dan pasukan bola sepak yang meraih naib juara pada Kejohanan Liga IPT 2018.

PS2 PS1

Cetak E-mel

MAJLIS SUKAN MATRIKULASI MALAYSIA (MSMM) UNGGULI KEJOHANAN SUKAN INTERASASI UNIVERSITI AWAM KALI KE-2

Asasi2KUALA NERUS – Bertemakan ‘Stay Fit Stay Connected with Games’ Kejohanan Sukan Interasasi Universiti Awam telah diungguli oleh Majlis Sukan Matrikulasi (MSMM) dengan meraih 11 pingat emas, 5 perak dan 1 gangsa.

Kejohanan kali ke-2 ini telah berlangsung dengan jayanya pada 23 hingga 26 Januari 2019 bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu dengan penglibatan 11 universiti awam (UA) dan satu (1) Matrikulasi. 

Majlis Perasmian Penutup telah berlansung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA Kampus Gong Badak dan di rasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif, Naib Canselor UniSZA. 

Asasi4 Asasi6 Asasi7

Cetak E-mel