Berita

UniSZA tandangani MoU bersama IPG

WhatsApp Image 2019 07 16 at 15.10.35Sejarah telah terlakar pada 16 Julai 2019 apabila Memorandum Persefahaman (MoU) dan Nota Kerjasama antara Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan 12 Universiti serta 3 Agensi ditandatangani di IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) adalah salah satu universiti yang terlibat dengan MoU ini yang bertujuan untuk kerjasama dalam bidang pendidikan dan latihan IPG Kampus Sultan Mizan dan IPG Kampus Dato Razali Ismail.

UniSZA telah ditandatangani oleh Naib Canselor, Prof Dato' Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan. Usaha murni yang dimulakan penzahirannya menerusi majlis tandatangan kolaborasi ini akn melakarkan sejarah dalam landskap pendidikan.

Ini adalah kerana julung kalinya KPM menyokong dan menyediakan platform kepada IPG di bawah KPM untuk menjalinkan kerjasama pintar dengan pelbagai institusi pendidikan dan latihan tempatan tersohor, serta institusi swasta yang mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang masing-masing.

Antara universiti dan agensi yang terlibat adalah UM, USM, UKM, UIAM, UPSI, UiTM, UniMAP, UniSZA, USAS, CIAST, KUIM dan DBP.

WhatsApp Image 2019 07 16 at 15.10.36

Cetak E-mel

UniSZA jalin kerjasama dengan Universiti Fatoni, Thailand

WhatsApp Image 2019 07 07 at 09.04.38KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjalin kerjasama bersama Universiti Fatoni (FTU) Thailand melalui majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA), hari ini.

Naib canselor UniSZA, Prof Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, kerjasama berkenaan adalah untuk persefahaman dan perjanjian yang melibatkan Program Sarjana Muda Sains Kejururawatan di kedua universiti.

“MoU dan MoA ini pertukaran untuk menjalankan kerjasama akademik yang melibatkan mobiliti pelajar dan staff serta kolaborasi penyelidikan dalam aspek-aspek kesihatan komuniti”, katanya pada majlis berkenaan.

Majlis telah berlangsung di Asean Mall, Pattani dan turut disaksikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Puan Hajjah Fuziah Salleh.

Dalam majlis itu, UniSZA telah ditandatangani oleh Naib Canselor manakala FTU pula diwakili oleh Rektor, YBhg. Assoc. Prof. Dr. Ismail Lutfi Japakiya

Menurut Prof Hassan Basri, seramai 11 orang pensyarah, pelajar perubatan dan pelajar kejururawatan dari Fakulti Perubatan UniSZA turut menjalankan Program Antarabangsa Khidmat Komuniti di Kampung Yarang, Masjid Bangpu, dan di Festival Wakaf Muslimah Pattani.

“Pensyarah dan pelajar UniSZA ini berkampung selama lima hari di Pattani untuk menjalankan aktiviti komuniti bersama penduduk setempat”

"Antara aktviti dijalankan adalah pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan berkenaan vaksi oleh pakar di UniSZA serta lawatan ke Hospital Pattani ", katanya

WhatsApp Image 2019 07 07 at 09.04.381

Cetak E-mel

918 Pelajar baharu mendaftar di UniSZA

mms4Kuala Nerus - Seramai 918 pelajar dari seluruh pelosok negara memulakan langkah baharu dalam kehidupan mereka apabila mendaftar diri sebagai warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini hari ini.

Pelajar perempuan menguasai bilangan kemasukan bagi sesi 2019/2020 dengan seramai 615 berbanding cuma 303 orang pelajar lelaki bagi mengikuti pengajian peringkat diploma dan asasi dalam bidang pilihan masing-masing.

Ini termasuklah Asasi Sains dan Perubatan serta diploma di Fakulti Bahasa dan Komunikasi; Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan; Fakulti Informatik dan Komputeraan; Fakulti Pengajian Kontemporari Islam.

Juga Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Sains Sosial Gunaan di samping Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa.

Mereka yang umumnya ditemani oleh ibu bapa bersama anggota keluarga yang lain sudah berada di kampus induk di Gong Badak di sini seawal pukul 8 pagi bagi menguruskan proses kemasukan di Kolej Kediaman masing-masing.

918 pelajar baharu ini akan menjalani Minggu Mesra Siswa (MMS) selama lima hari bermula hari ini.

MMS pada kali ini turut dipenuhi dengan pebagai aktiviti antaranya larian kemanusian, Program Sukarelawan bersama Komuniti dan Bicara Tokoh.

mms1 mms2 mms3 mms5

Cetak E-mel

MBSB Serah Sumbangan Zakat RM 50,000 kepada UniSZA

WhatsApp Image 2019 05 28 at 12.55.35Kuala Nerus – Malaysia Buildings Society Berhad (MBSB ) menyerahkan sumbangan zakat sebanyak RM50,000 kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kampus Gong Badak, hari ini.

Inisiatif itu bertujuan  membantu pelajar yang kurang berkemampuan meneruskan kelangsungan hidup di kampus.

Selain bantuan dalam bentuk dermasiswa, UniSZA juga telah memanfaatkan sumbangan zakat tersebut dalam bentuk penyelesaian hutang tertunggak pengajian, elaun sara hidup, bantuan komputer riba, bantuan modal perniagaan dan elaun hafazan.

Cek sumbangan zakat disampaikan oleh Pengurus Regional MBSB, Zam Zuri Ezani Abu Hassan kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh di Pejabat Naib Canselor UniSZA.

WhatsApp Image 2019 05 28 at 12.55.351

Cetak E-mel

Iftar Jamaie Fakulti Perubatan, UniSZA 2019

iftarfk1KUALA TERENGGANU 22 MEI- Program berbuka puasa , Iftar Jamaie@Fakulti Perubatan telah diadakan dengan kerjasama Persatuan Pelajar Perubatan dan Kelab Pelajar Sains Kejururawatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Program berbuka puasa ini diadakan pada setiap tahun sejak tahun 2015 dan semua pelajar serta kakitangan fakulti,  warganegara dan bukan warganegara telah bergotong-royong memasak hidangan berbuka puasa untuk menjamu tetamu yang hadir.

Program ini bermula pada 09.00 pagi untuk persiapan dan acara memasak masakan. Pada tahun ini terdapat tujuh kumpulan yang memasak pelbagai menu makanan tempatan dan antarabangsa. Antara menu tempatan yang disediakan  ialah Gulai Daging Kawah, Nasi Putih Berlauk Kampung, Mee Rebus, Laksa Penang dan kuih muih tradsional. Manakala menu antarabangsa yang dimasak ialah Nasi Beriani Pakistan, Soohun Sup Myanmar dan lain-lain.

Program berbuka puasa ini disempurnakan dengan kata-kata aluan oleh Prof.Dr. Nordin bin Simbak, Dekan Fakulti Perubatan dan diteruskan dengan ucapan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Afandi bin Salleh, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UniSZA . Acara seterusnya diteruskan dengan program Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Solahuddin Zakaria, Imam Masjid Khalifah, Jalan Pusara, Kuala Terengganu pada pukul 06.30 petang. Tepat jam 7.25 petang, majlis berbuka puasa dinikmati oleh tetamu dengan jamuan berbuka ringan, solat fardhu Magrib berjemaah dan seterusnya jamuan berbuka. 

Menurut Prof. Dr. Zawawi bin Nordin, Pengarah Iftar Jamaie dalam kenyataannya semalam program ini mengajar supaya semua kakitangan dan pelajar bertawassul dengan apa yang dibuat untuk memohon kemuliaan di akhirat nanti. “Iman yang paling rendah membuang duri di tepi jalan, inikan pula kita yang memberi makan kepada orang yang berpuasa”. Secara keseluruhannya, program ini diharapkan  memberi makna dan penghayatan berbuka beramai-ramai di bulan Ramadhan kepada semua pihak yang hadir.

iftarfk2 istaffk3 istarfk4

Cetak E-mel