Berita

UniSZA MEMENANGI 23 DARIPADA 24 PENYERTAAN DI IUCEL2018

aqel1

International University Carnival On e-Learning (IUCEL) edisi 2018 telah dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kerjasama The Malaysian e-Learning Council for Public Universities (MEIPTA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia pada 12 – 13 September 2018.  Penganjuran kali ketiga tersebut telah diadakan di IIUM Caltural Centre, Kampus Gombak.

Sempena IUCEL 2018 ini, Pertandingan Invention, Innovation and Design on e-Learning (IIDEL) yang diadakan bertujuan untuk mengetengahkan penyelidikan, penciptaan dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran oleh ahli fakulti dan pelajar dari semua Universiti Awam di Malaysia. Untuk penyertaan pada edisi kali ini, UniSZA telah menghantar sebanyak 25 penyertaan dan merangkul 5 emas, 12 perak dan 6 gangsa.

Objektif utama UniSZA menyertai program ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan dan berkongsi amalan terbaik pembangunan, pengurusan dan pembudayaan e-Pembelajaran. Selain berkongsi kepakaran dan idea-idea komersial, kreatif dan inovatif disamping untuk memupuk minat dan menggalakkan pensyarah untuk membangunkan bahan pengajaran selaras dengan perkembangan teknologi semasa.  

Bil

Nama Produk

Nama Ahli

Keputusan

1.

Mosque Made Merrier

  • Dr. Suhailan  bin Safie
  • Abd Rasid Mamat
  • Dr. Mohamad Afendee Mohamed
  • Ahmad Faisal Amri Abidin
  • Mohd Khalid Awang
  • Nurul Afifah Asri

Gold

2.

Teacherfiera.com

  • Dr. Radzuwan bin Ab. Rashid
  • Wan Zhafirah Binti Wan Zainuddin
  • Abdul Hakim Ali Bin Abdul Aziz

Gold

3.

i- Tabayyun:

  • Dr. Roslan Umar
  • Syed Mohd Hafiz Syed Omar
  • Prof. Madya Dr. Hafizan Juahir
  • Nor Hazmin Sabri
  • Nurul Syafiqah Hasshim

Gold

4.

Dabt al-Quran

  • Prof. Madya. Dr. Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin
  • Prof. Dr. Fadzli Adam
  • Prof. Madya. Dr. Daud Ismail
  • Prof. Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman
  • Mohd Sufian Mat Deris
  • Abdul Hanis Embong

Gold

5

Sokongan Sosial Keluarga

(SOS IK)

  • Prof. Madya. Dr. Wan Mohd Yusof Wan Chik
  • Farah Syazrah Mohd Ghazalli
  • Prof. Madya. Dr. Norizan Abdul Ghani
  • Prof. Madya. Dr. Berhanundin Abdullah
  • Zulkifli Mohd

Gold

6

AFAQ

  • Dr. Ahmed S.A. Al-Qodsi
  • Prof. Madya Dr. Sharifah Norshah Bani Syed Bidin
  • Dr. Mohammmed Muneer'Deen Olodo Al-Shafi'I
  • Prof. Dr. Kamarul Shukri Mat Teh

Silver

7

Three Minutes Exploration (3ME):

  • Dr. Muhamad Fazil Ahmad

Silver

8

A Quick And Practical Electronic Mental Assessment And Self-Treatment System (E-mast) Using Rule-based Technique

  • Dr. Nurnadiah Zamri
  • Abd. Rasid Mamat
  • Prof. Madya. Dr. Syarilla Iryani Ahmad Saany
  • Dr. Khairi Che Mat
  • Muhammad Fuad Yasmi

Silver

9

Eatsafe Stopwaste: Mobile App That Helps to Reduce Food Poisoning Risk and Wastage

  • Prof. Madya. Dr. John Tang Yew Huat
  • Dr. Razif Shahril

Silver

10

'ACC@law firm' Account Management System for Legal Firms

  • Prof. Dr. Zuhairah Ariff Abd Ghadas,
  • Fatimah Ghazali
  • Wan Nursyahida Wan Ismail
  • Dr. Mumtazimah Mohamad
  • Ahmad Hadi Farhan Khairu Azua

Silver

11

B-CAKNA: Cancer Education for Timely Screening

  • Dr. Nurulhuda Mat Hassan
  • Prof. Madya. Dr. Norwati Daud
  • Dr. Siti Norazlina Juhari
  • Dr. Husbani Mohd Amin Rebuan

Silver

12

Bactfinder: Mobile Application To Facilitate Bacteria Identification

  • Dr. Nadiawati Alias
  • Dr. Nor Hasima Mahmod
  • Dr. Noor Afiza Badaluddin

Silver

13

Kualiti Hidup Komuniti Terpilih (Qol-my)

  • Prof. Madya. Dr. Norizan Abdul Ghani
  • Saif Ullah Khan
  • Prof. Madya. Dr. Atif Amin Baig

Silver

14

MyDGB-Malaysian Dairy Goat Breed

  • Dr. Ahmad Syazni Kamarudin
  • Dr. Norshida Ismail
  • Dr. Mohd Nizam Haron

Silver

15

Asindex, A Novel Teaching and Screening Tool

  • Hassan Basri
  • Saif Ullah Khan
  • Prof. Madya. Dr. Norizan Abdul Ghani
  • Dr. Yasrul Izad Abu Bakar
  • Prof. Dato’ Dr. Zubaidi A. Latif
  • Prof. Dr. Nordin Simbak
  • Prof. Madya. Dr. Atif Amin Baig

Silver

16

Pabza

  • Dr. Yasrul Izad Abu Bakar
  • Prof. Madya. Dr. Atif Amin Baig

Silver

17

BioCmetza

  • Assoc. Prof. Dr. Atif Amin Baig

Silver

18

M-AraBIE

  • Dr. Norasyikin Osman
  • Dr. Siti Salwa Mohd Noor
  • Nurazan Mohmad Rouyan
  • Khoirunnisak Mat Saad

Bronze

19

Blended Learning monitoring and reporting system

  • Dr. Sharifah Wajihah Wafa Syed Saadun Tarek Wafa
  • Prof. Madya Dr. Berhanundin Abdullah
  • Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani Ahmad Saany
  • Dr. Suhailan Safei
  • Dr. Anuar Md Zain
  • Dr. Asmad Kari
  • Fatimah Ghazali
  • Aida Othman
  • Sufian Mat Deris

Bronze

20

RumpaID App

  • Dr. Nornasuha Yusoff
  • Dr. Noor Afiza Badaluddin
  • Mohammad Hailmi Sajili
  • Syed Mohd Fakhree Syed Alwi
  • Mohd Supian Tawang

Bronze

21

Educating Road User Through CD-I

  • Norkhairani Abdul Rawi
  • Maizan Mat Amin
  • Dr. Ismahafezi Ismail
  • Mohd Sufian Mat Deris
  • Prof. Madya Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin
  • Wan Nur Nasina Wan Mohamed Gaberan

Bronze

22

GLeMS LINUS: Gamified Learning Management System for LINUS Students

  • Prof. Madya Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin
  • Muhammad Faisal Selaman
  • Dr. Ismahafezi Ismail
  • Norkhairani Abdul Rawi
  • Maizan Mat Amin

Bronze

23

Obesity Socials

  • Saif Ullah Khan
  • Prof. Madya. Dr. Norizan Abdul Ghani
  • Prof. Madya. Dr. Atif Amin Baig

Bronze

 Pihak AQeL mengucapkan jutaan penghargaan dan tahniah kepada semua peserta atas penglibatan pada karnival tersebut. Harapan AQeL agar penyertaan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

aqel3 aqel2 

Cetak E-mel

SELAMATKAN AKU DARI NAFSU DUNIAWI

aku1Kuala Nerus - Seramai 90 pelajar Diploma Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai Program Selamatkan Aku Dari Nafsu Duniawi

Program anjuran Unit Kaunseling itu bertujuan menyuntik kesedaran kendiri kepada para peserta mengenai isu komunikasi lama maya yang boleh menjurus ke arah salahlaku moral, sosial, dan seksualiti remaja masa kini.

Ketua Unit Kaunseling, Rosni Mohammad, berkata pihaknya sentiasa komited mengadakan program sebegini kerana ia merupakan satu platform penting bagi menyuntik kesedaran dalam diri mahasiswa bagi menjauhi diri dari terlibat dalam sebarang salah laku yang boleh merosakkan masa depan mereka.

“Ini kerana, sahsiah diri merupakan perkara penting yang akan menentukan akhlak, corak dan penampilan individu dalam semua aspek kehidupannya”

“Penampilan gaya hidup yang sihat dan sejahtera akan terhasil daripada  ketinggian sahsiah dan keperibadian seseorang insan”, katanya pada program berkenaan,

Menurut Rosni, program seumpama itu akan diteruskan lagi pada masa akan datang dalam melahirkan modal insan yang berguna kepada agama dan negara.

 Program selama setenggah hari ini telah menampilkan dua orang penceramah terdiri daripada Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial Gunaan, Dr. Muhamad Fazil Ahmad dan Pegawai Psikologi Kanan Unit Kaunseling, Nur Amalyna  Radzali.

aku2 aku3

Cetak E-mel

1,926 PELAJAR BAHARU MENDAFTAR DI UniSZA

daftar3Kuala Nerus – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini menerima pendaftaran kemasukan 1,926  pelajar baharu bagi sesi akademik 2018/2019 di Kampus Gong Badak, dekat sini.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif berkatam jumlah tersebut merangkumi pelajar di 31 program Ijazah menerusi 12 fakulti, antaranya bidang Pengajian Islam, Sains Sosial, Perubatan, Perakaunan dan Undang-Undang.

Beliau memberitahu, 64.34 peratus daripada jumlah keselurahan pelajar baharu itu merupakan pelajar perempuan manakala 35.66 peratus lagi penuntut lelaki.

“Alhamdulillah, pendaftaran hari ini berjalan dengan lancar dan pelajar serta keluarga masing-masing memenuhi dewan semenjak dari pagi lagi sehingga tenghari”

“Malah, kita juga turut sediakan kemudahan Singgah Musafir iaitu Ruang Rehat 24 jam dan edaran sarapan pagi kepada keluarga terutamanya ibu bapa sementara menunggu anak massing-masing melakukan proses pendaftaran”, katanya.

Tambahnya lagi, pelajar baharu itu akan menjalani Minggu Mesra Siswa (MMS) selama lima hari bermula hari ini.

daftar1 daftar2 daftar4 daftar5

Cetak E-mel

40 KAKITANGAN PEJABAT PENDAFTAR KIBAR JALUR GEMILANG DI PUNCAK BUKIT MARAS

dere2Kuala Nerus Seramai 40 kakitangan  Pejabat Pendaftar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai ekspedisi mendaki Bukit Maras, di sini sambil membawa jalur gemilang dan mengibarkannya di puncak sempena Hari Kebangsaan yang ke-61.

Eksepidisi mendaki bukit yang berketinggian 330 meter itu merupakan ajuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pejabar Pendaftar (KRESTAR), UniSZA.

Penolong Pendaftar, Mohd Faizal Ibrahim, berkata pihaknya melakukan kelainan menyambut hari kemerdekaan negara kali ini dengan cara mengajurkan aktiviti mendaki Bukit Maras

Katanya, walaupun ada yang belum pernah mendakit bukit itum setiap peserta gembira dan berpuas hati sebaik berjaya sampai ke puncak.

“Peserta yang mendaki bukit juga menunjukkan rasa tanggungjawab mereka terhadap negara yang tercinta dengan menyertai program ini sekaligus memupuk kesedaran dan semangat patriotism”

“Selain itu, peserta juga turut membawa ahli keluarga masing-masing menyertai pendakian ini sebagai aktivti sihat dan dapat mengeratkan silaturrahmi dalam kalangan staf dan keluarga”, katanya.

 dere3 dere4 der1

Cetak E-mel

DR MASZLEE RASMI MAJLIS PENUTUP PROGRAM MOBILITI PEMERKASAAN BAHASA INGGERIS

YBMPutrajaya: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik merasmikan Majlis Penutup Program Mobiliti Pemerkasaan Bahasa Inggeris yang dihadiri pelajar Turki bertempat di Kementerian Pendidikan di Putrajaya. Dalam majlis berkenaan, Dr Maszlee Malik yang diiringi Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif telah disajikan dengan persembahan dikir barat daripada pelajar Turki.

Program Mobiliti Pemerkasaan Bahasa Inggeris (EIM) tersebut dianjurkan oleh UniSZA dengan kerjasama Yayasan Belia Turki (TYF). Sebanyak 43 orang pelajar dari 35 universiti di Turki menghabiskan masa selama sebulan menghadiri kelas dan mendalami budaya Malaysia di Terengganu pada tahun ini.

Menteri Pendidikan, berkata program EIM tersebut menawarkan manfaat yang meluas kepada para pelajar yang tidak hanya berminat untuk mempelajari bahasa baru, tetapi juga ingin  mendapatkan pengalaman yang lebih luas sekaligus mempelajari pelbagai perspektif dan nilai budaya yang berbeza.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan majlis penutup Program Mobiliti Pemerkasaan Bahasa Inggeris (EIM) dengan pelajar Turki semalam.

Cetak E-mel