Berita

AMMAR RAIH TIGA ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN SISWA UniSZA

Ammar1Kuala Nerus: Mantan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Muhammad Ammar Rafiq Ruslan, 24, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Utama Tokoh Siswa 2018 sekaligus membawa pulang wang tunai RM 1000.00 berserta trofi dan sijil pada majlis Malam Anugerah Tokoh Kepimpinan Siswa 2018 UniSZA yang berlangsung di Dewan Perdana, semalam

Berasal dari Kuala Selangor, Ammar turut cemerlang apabila menerima Anugerah Pemimpin Program Wacana Intelek serta Anugerah Khas iaitu Anugerah Kepimpinan Terbaiki dan meraih wang tunai RM 500 bagi setiap kategori.

Ammar ketika ditemui berkata beliau begitu bersyukur dan gembira kerana anugerah diterima itu adalah satu pengiktirafan dari UniSZA kepadanya yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan kepemimpinan dengan penglibatan aktiviti di dalam dan luar negara.

“Walaupun saingan agak ramai dan masing-masing mempunyai kelebihan mereka tersendiri, saya masih tak sangka yang saya dipilih untuk Anugerah Utama ini walaupun rakan yang lain pun sama hebat”

Ammar yang juga pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi & Dakwah) berharap agar dapat menjadi seoarang mahasiswa yang dapat memberi sumbangan pada masyarakat selepas tamat pengajian.

“InsyaAllah, lepas habis belajar saya mahu buka sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk terus menyumbang pada masyarakat setempat dalam apa jua bidang yang diperlukan”

“Mungkin saya boleh bantu masyarakat melalui pengalaman yang saya ada sepanajang belajar di UniSZA seperti pengucapan awam dan kesukarelawanan”, katanya.

Katanya lagi, hasrat untuk menubuhkan NGO berkenaan juga adalah untuk  mengumpul alumni UniSZA yang aktif semasa pengajian untuk sama-sama membantu memberi sumbangan kepada masyarakat.

Sementara itu, Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif, berkata Malam Anugerah Tokoh Kepimpinan Siswa 2018 itu adalah anugerah kali keenam diadakan  bertujuan memberi pengiktirafan kepada mahasiswa yang bergiat aktif dalam mengerakkan aktiviti-aktiviti mahasiswa.

“Malam Anugerah ini juga memberi dorongan kepada pelapis baru supaya mampu menjadi penggerak dan pemimpin yang berkaliber pada masa hadapan”

“Malah, dengan adanya anugerah seperti ini ia dapat menonjolkan bakat kepimpinan mahasiswa dalam bidang masing-masing sekaligus menjadi ikon kepada pelajar yang lain,” katanya ketika merasmikan majlis berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Alumni), Prof Madya Dr. Mohd Afandi Salleh dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Ir Dr. R Badlishah Ahmad.

Bertemakan hitam dan emas, sebanyak 18 anugerah telah  dipertandingkan antaranya Anugerah Khas Sukan, Anugerah Khas Badan Beruniform, Anugerah Khas Sukarelawan, Anugerah Khas Kebudayan dan Anugerah Khas Keusahawanan.

Pemenang anugerah masing-masing membawa pulang wang tunai RM 500.00 beserta trofi dan sijil penghargaan.

Ammar2

Cetak E-mel

LAWATAN AKADEMIK PROFESSOR DARI UNIVERSITI YAMANASHI, JEPUN DI FAKULTI PERUBATAN, KAMPUS PERUBATAN

FKJepun3RABU, 22 NOVEMBER 2018: Fakulti Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menerima kunjungan lawatan akademik profesor dari Universiti Yamanashi,Jepun di Fakulti Perubatan, Kampus Perubatan.

Antara delegasi yang hadir ialah Prof. Dr. Masayuki Takeda, Naib Presiden, Universiti Yamanashi , Prof. Dr. Hiroshi Onishi, Pengerusi Jabatan  Urologi dan Prof. Dr. Xiaoyang Mao, Pengarah, Pusat Pendidikan dan Pertukaran Antarabangsa.

Tujuan lawatan tersebut diadakan bagi memberi ruang fakulti membincangkan kolaborasi penyelidikan, pembangunan kurikulum akademik, kepakaran dan slot syarahan akademik.

Antara aktiviti semasa lawatan adalah  sesi  perbincangan bersama pihak pengurusan fakulti yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Nordin bin Simbak, Dekan Fakulti Perubatan.  Turut hadir semasa sesi pertemuan adalah Prof. Madya Dr.Mohd Afandi bin Salleh, Pemangku Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Program disusuli dengan Syarahan Akademik pada pukul 11.00  di Dewan Teater yang disampaikan oleh Prof. Dr. Masayuki Takeda dan Prof. Dr. Hiroshi Onishi dengan tajuk syarahan “University of Yamanashi, New University Hospital and Advanced Clinical Medicine” dan “Current status and future of radiation therapy: developing to be a main stream of cancer treatment”. Program syarahan akademik ini dapat dijayakan dengan baik dengan penyertaan yang amat menggalakkan daripada staf akademik, Fakulti Perubatan.

Pada sebelah petang, semua delegasi dibawa melawat sekitar  Kampus Gong Badak dan tapak pembinaan Hospital Pengajar UniSZA. Seterusnya, pada sebelah malam semua delegasi, pihak pengurusan tertinggi UniSZA dan pihak pengurusan  Fakulti Perubatan  hadir bagi menikmati makan malam di Hotel Primula, Kuala Terengganu. Perbincangan santai telah diadakan sepanjang makan malam tersebut.

Lawatan akademik ini diharap akan diteruskan pada masa akan datang melalui Perjanjian Kerjasama(MoA) dan lantikan professor pelawat supaya kolaborasi anatara kedua-dua pihak dapat diteruskan.

FKJepun1 FKJepun2

Cetak E-mel

FAKULTI PERUBATAN MEMPERLUASKAN PENGAMBILAN PELAJAR SISWAZAH ANTARABANGSA

FK16122KHAMIS, 15 NOVEMBER 2018: Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA melalui Fakulti Perubatan baru-baru ini telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoA) dan Letter of Intent(LOI) dengan beberapa institusi dari Medan, Indonesia. Institusi- institusi yang terlibat ialah Universiti Islam Sumatera Utara (UISU), Institut Kesehatan Deli Husada (IKDH) dan  Institut Kesehatan Medistra Lubuk Pakam (IKMLP).

Majlis tandatangan  ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif, Naib Canselor UnISZA yang berharap kerjasama ini dapat memberikan faedah kepada kedua-dua pihak sama ada dari segi penyeliaan pelajar, kerjasama geran penyelidikan yang sepadan serta perkongsian ilmu yang boleh meningkatkan nilai tambah kepada sesuatu institusi.

Majlis ini diteruskan dengan ucapan daripada Prof. Dr. M Asaad, Rektor UISU, Rektor Institut Kesehatan Deli Husada Deli Tua, Drs. Johannes Sembiring dan Rektor Institut Kesehatan Medistra Lubuk Pakam, Drs. David Ginting. 

Tujuan utama kolaborasi adalah penghantaran staf akademik UISU, IKDH dan IKMLP bagi melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah dalam bidang perubatan dan kesihatan.

Acara menandatangani dokumen perjanjian MOA dan LOI dimulakan pada pukul 11.30 pagi dengan disaksikan oleh wakil-wakil daripada institusi masing-masing. Antara hadirin yang hadir ialah Dr. Saiful Batubara dan Prof. Saiful Anwar Matondang daripada wakil UISU, Selamat Ginting M. Ners daripada  Institut Kesehatan Deli Husada, Rahmad Girusinga, M.Ners daripada Institut Kesehatan Medistra Lubuk Pakam. Fakulti Perubatan turut diwakili oleh Prof. Dr. Nordin bin Simbak, Prof. Dr. Harmy bin Mohamed Yusoff, Prof. Madya Dr. Aniza binti Abd Aziz dan Dr. Wan Mohd Razin bin Wan Hassan.

FK16121 FK16123

Cetak E-mel

40 PESERTA KAYOHAN MAHABBAH BASAH KUYUP REDAH HUJAN

UCT22KUALA NERUS – Seramai 40 pengayuh sanggup berbasah kuyup meredah hujan sejauh 80 KM ketika menyertai Program   Kayohan Mahabbah yang bermula di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak sehingga UniSZA Kampus Besut.

Pengarah Program, Wan Shahrin Azwan Wan Sulaiman berkata, program anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Invoasi) yang diadakan sempena musim tengkujuh itu adalah bertujuan mengeratkan ukhwah sesama ahli UCT dan komuniti luar.

“Program ini tidak mengehadkan umur peserta dan memang terbuka kepada semua orang untuk menyertainya disamping kita mahu berkenalan sesama peminat kayuhan basikal di negeri ini”

Katanya lagi, sepanjang program tersebut, peserta terpaksa berhadapan dengan hujan lebat sesuai dengan temanya kayuhan musim tengkujuh sekaligus memberi cabaran kepada peserta untuk menamatkan kayuhan sejauh 80 KM itu.

“Kita juga berasa teruja kerana dapat membawa Ikon Sukan PRO Rider iaitu Anuar Manan untuk turut bersama berkayuh serta berkongsi dan menimba ilmu kayuhan dengan beliau”, katanya.

Penasihat UniSZA Cycling Team (UCT), Prof Ir Dr. R Badlishah Ahmad, berkata beliau merancang untuk meneruskan lagi program kayuhan seperti itu ke Insititut Pengajian Tinggi (IPT) sekitar negeri Terengganu pada masa akan datang.

“InsyaAllah kita akan ke IPT di setiap daerah seperti UiTM Dungun, Tatiuc Kemaman, Politekik Hulu Terengganu dan UCB di Besut untuk mengeratkan lagi hubungan UniSZA dan IPT berkenaan”

“Program ini akan dijadikan sebagai acara tahunan UCT dalam usaha merapatkan ukhuwah warga UniSZA dan komuniti luar selain menyemarakkan semangat kesukanan iaitu berbasikal secara beramai-ramai,” katanya.

Beliau amat gembira atas komitmen penggemar sukan berbasikal kerana semangat kesukanan mereka yang tinggi termasuk tidak mahu melepaskan peluang menimba pengalaman berkayuh bersama-sama dalam cuaca hujan.

UCT11 UCT33

Cetak E-mel

FKI UniSZA JALIN KERJASAMA DENGAN IAIN JEMBER

FKI1212181FKI sentiasa  berusaha memenuhi sasaran MyRA yang diamanahkan oleh universiti kepada fakulti. Bagi tahun 2018, dua geran penyelidikan di bawah MoA telah disasarkan untuk dipenuhi. Pada 15hb. September 2018, satu MoA telah berjaya ditandatangani dengan pihak Universitas Islam Negeri Sunan Ampel Surabaya (UINSA). Bagi menyempurnakan sasaran MoA kedua, satu geran penyelidikan MoA UniSZA- IAIN Jember telah diluluskan bagi melancarkan projek ini.  Geran penyelidikan khas ini menggunakan peruntukan Wang Tabung Amanah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam berjumlah RM 30,000.00.

Perbincangan yang diadakan bersempena dengan Seminar Siswazah Antarabangsa anjuran IAIN Jember ini. bukan hanya melibatkan pihak IAIN Jember, malahan turut melibatkan Majelis Ulama Indonesia yang mempunyai pengaruh besar dalam perkembangan Islam di Indonesia. Kiyai Abdul Halim Subahar yang merupakan Ketua MUI Cawangan Jember adalah salah seorang penggerak utama dalam menjayakan program ini.

Inisiatif awal dalam menggerakkan kerjasama UniSZA dan IAIN Jember ini, telah bermula awal tahun 2017 dengan diketuai oleh Dr. Anas Mohd Yunus dengan kerjasama kumpulan i-Kasih dan penganjuran Seminar Asas Maqasid Shariah III. Delegasi UniSZA telah diketuai oleh TNC Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Ir. R. Badlishah Ahmad turut diiringi oleh Pengurusan Tertinggi FKI, serta wakil geran Penyelidikan Khas SRGS-FKI dan geran NRGS-iKasih.

Antara objektifnya ialah mewujudkan kerjasama yang erat antara UniSZA, IAIN Jember dan MUI serta membuka ruang perkongsian dan jaringan komunikasi yang lebih luas terutamanya dalam bidang pengajian Islam. Selain daripada itu, ia bertujuan untuk mempromosi UniSZA dan secara khususnya kepakaran staf di FKI dan membantu memenuhi keperluan semasa universiti, khususnya MyRA dalam Seksyen C (Penerbitan Bersama) dan Seksyen G (Penyelidikan Bersama).

Peserta-peserta yang terlibat terdiri daripada :

  • Dr. Ir. R. Badlishah Ahmad, TNC Penyelidikan dan Inovasi (Ketua)
  • Dr Abdul Hakim Abdullah, Dekan FKI
  • Dr. Shafiee Hamzah, Timbalan Dekan FKI (HEPA)
  • Mohamad Zaidin Mat@Mohamad, Timbalan Dekan FKI (Penyelidikan dan Pembangunan)
  • Dr. Wan. Mohd Yusof Wan Chik (Wakil Geran i-Kasih)
  • Dr. Berhanundin Abdullah (Wakil Geran i-Kasih)
  • Anas Mohd Yunus (Wakil Geran SRGS-FKI)
  • Suyatno Ladiqi (Wakil Geran SRGS-FKI)

Lawatan yang merangkumi prospek kerjasama penyelidikan, akademik, pendidikan dan sosial telah berlangsung dengan jayahnya secara harmoni. Pihak IAIN Jember ternyata amat menyambut baik delegasi UniSZA. Ia hakikatnya boleh memberikan pengalaman dalam menjalankan aktiviti jalinan persefahaman sosio-budaya bangsa serumpun sebelum pihak FKI dan UniSZA melangkah lebih jauh untuk membina jalinan yang lebih luas di peringkat antarabangsa. Aspek pengalaman dan jalinan kerjasama ini diharapkan agar tidak terbatas dalam konteks institusi sahaja, bahkan akan menjangkaui konteks pelajar dan masyarakat setempat.

FKI1212182

Cetak E-mel