Berita

Pelajar UniSZA anjur Pameran Virtual Reality secara dalam talian

1WhatsApp Image 2021 02 11 at 3.53.42 PM 1WhatsApp Image 2021 02 11 at 3.56.10 PM
WhatsApp Image 2021 02 11 at 3.56.10 PM 1WhatsApp Image 2021 02 11 at 3.56.11 PM

Pelajar UniSZA anjur Pameran Virtual Reality secara dalam talian

Kuala Nerus: Meskipun diuji dengan pandemik Covid-19, ia bukan penghalang bagi pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk menganjurkan pameran ‘Exceed 2021’ Degree Show.

Pengarah program, Mohamad Iskandar Prastio @ Basiran, berkata jika sebelum ini pelajar tahun akhir akan mengadakan pameran itu secara fizikal, tapi buat julung kalinya mereka terpaksa menganjurkan secara alam maya dalam talian.

“Saya merasa begitu teruja dan bangga kerana dapat mengajurkan program yang bermula sejak tahun 2010 ini biarpun secara alam maya pada kali ini”

“Kami tetap teruskan pameran ini kerana ia  dapat menonjolkan kreativiti dan inovasi hasil karya pelajar di platform yang disediakan khas bagi tatapan umum”, katanya ketika ditemui pada majlis Perasmian Exceed 2021 menerusi Platform Webex.

Majlis perasmian secara maya itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri DAN Hal Ehwal Pengguna, YB Dato’ Rosol Wahid.

Turut hadir, Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr. Mohd Afandi Salleh.

 Iskandar berkata, pelajar dapat mempromosikan bakat kepada sasaran pengunjung seperrti pengiat industri pemilik syarikat dan pencari bakat melalui pameran itu.

Sementara itu, Dato’ Rasol dalam ucapannya, memuji usaha pelajar UniSZA kerana berani mencabar diri dengan memaparkan hasil dari idea yang kreatif dan kritis kepada khayalak.

Beliau berkata, idea-idea rekaan yang dihasilkan pelajar itu adalah aset kepada universiti dan perlu didaftarkan sebagai harta intelek melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia atau MyIPO.

“Ini supaya hasil ciptaan pelajar tidak diulang cetak, diciplak, mahupun ditiru pihak-pihak yang ingin mengaut keuntungan secara mudah”

“Ini dapat memastikan agar pelajar atau pereka bentuk perindustrian mempunyai hak ekslusif atas ciptaan mereka sendiri”, katanya pada majlis berkenaan.

Dengan bertemakan Reka Bentuk Islamik, pameran selama tiga hari itu akan mempaparkan hasil ciptaan pelajar yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu perabot, produk dan automotive.

Hasil karya pelajar itu dihasilkan dalam bentuk digital 3D dan dipamerkan didalam Virtual Gallery yang boleh diakses secara interaktif menggunakan peranti Virtual Reality  serta media sosial.

Cetak E-mel

SUKARELAWAN JURURAWAT UniSZA KE MISI BANTUAN COVID-19 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

WhatsApp Image 2021 02 01 at 10.50.06 AMWhatsApp Image 2021 02 01 at 10.50.15 AMWhatsApp Image 2021 02 01 at 10.50.31 AM
WhatsApp Image 2021 02 01 at 11.07.05 AMWhatsApp Image 2021 02 01 at 11.07.05 AM 1WhatsApp Image 2021 02 01 at 11.07.05 AM 2

UniSZA tubuh pasukan Covid Buster kekang penularan

Kuala Nerus : Semenjak bermulanya pelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara untuk memutuskan rantaian COVID-19 daripada terus menular, Jawatankuasa Task-Force Covid-19 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan di UniSZA dan kesediaan UniSZA dalam menangani Pandemik COVID-19 dengan pantas dan berkesan.

Menyedari bertapa pentingnya UniSZA dalam memutuskan rantaian COVID-19, satu pasukan khas yang dikenali sebagai Pasukan Covid Buster UniSZA telah ditubuhkan dalam usaha membendung penularan Covid-19.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, pasukan itu telah ditubuhkan  sejak Julai tahun lalu itu selepas terdapat kes positif Covid-19 dalam kalangan kakitangan universiti berkenaan.

"Bermula daripada gelombang pertama hingga gelombang ketiga hari ini, terdapat beberapa kes positif dalam kalangan kakitangan UniSZA.

"Apabila ada kes, kita akan tutup kawasan atau pejabat untuk proses sanitasi yang mana pada peringkat awal, kita mendapatkan latihan daripada pihak bomba termasuk segi bancuhan”, katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, seramai 20 kakitangan UniSZA telah menyertai pasukan itu yang diketuai oleh Pusat Pengurusan Makmal Berpusat dengan kerjasama Jawatankuasa Task-Force Covid-19 UniSZA, Pusat Pengurusan Harta Benda (PPHB) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

“Pasukan ini akan turut bekerjasama membantu komuniti luar dengan memberi tunjuk ajar dalam melakukan sanitasi selain menyediakan bekalan cecair disinfeksi kepada mereka”

“Kita juga akan melakukan sanitasi bukan sahaja di tiga buah kampus UniSZA, tetapi juga di kawasan tumpuan ramai seperti masjid, balai raya dan sekolah di sekitar kawasan Kuala Nerus”, katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Task Force Covid-19 UniSZA.

Menurutnya lagi, bahan yang digunakan untuk disinfeksi juga adalah hasil kepakaran dari ahli Fakulti Farmasi dan CLMC UniSZA yang menghasilkan formulasi cecair disinfeksi sendiri.

# # #

Cetak E-mel

UniSZA tubuh pasukan Covid Buster kekang penularan

WhatsApp Image 2021 01 26 at 3.27.28 PMWhatsApp Image 2021 01 26 at 3.27.27 PMWhatsApp Image 2021 01 26 at 3.27.27 PM 1
4WhatsApp Image 2021 01 26 at 3.27.27 PM 21

Misi Bantuan Banjir KPT-UniSZA 2021

WhatsApp Image 2021 01 12 at 10.33.10 PMWhatsApp Image 2021 01 12 at 10.33.11 PMWhatsApp Image 2021 01 12 at 10.33.11 PM 1
WhatsApp Image 2021 01 12 at 10.33.11 PM 2WhatsApp Image 2021 01 12 at 10.33.11 PM 3WhatsApp Image 2021

Misi Bantuan Banjir KPT-UniSZA 2021

Kemaman - Seramai 80 orang warga UniSZA terdiri daripada 40 orang pelajar dan 40 orang staf telah menyertai Misi Bantuan Banjir KPT-UniSZA 2021 bertempat di Kemaman.

Misi ini disertai oleh Pengerusi Hero Komuniti UniSZA iaitu Prof. Dr. Mohd Afandi bin Salleh, Timbalan Naib Canselor HEPA dan Encik Ahmad bin Othman, Pengarah Pusat Islam serta Lt. Kol (B) Azwadi bin Jamian, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Antara PTj dan staf yang terlibat dalam menjayakan misi bantuan ini ialah Pejabat Timbalan Naib Canselor HEPA, Pusat Islam, PPHP Pejabat Pendaftar, KKKP, JKKP, PaKaT, PPiR, dan CcORM.

Misi bantuan ini juga mendapat kerjasama daripada beberapa agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Terengganu, Pejabat Daerah Kemaman dan Pejabat Dun Chukai.

Menurut Prof. Dr. Mohd Afandi bin Salleh, misi bantuan ini digerakkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertujuan menyelaras misi bantuan banjir yang dijalankan oleh semua universiti.

"Misi bantuan ini merupakan sebahagian daripada program Hero Komuniti yang dijalankan oleh UniSZA. UniSZA memahami kesusahan yang dialami oleh penduduk yang terjejas kerana banjir" katanya.

Misi kali ini melibatkan dua kawasan iaitu Taman Fikri 2 dan Bandar Baru Bukit Mentok yang terjejas teruk akibat banjir.

Cetak E-mel

UniSZA Hero Komuniti di seluruh Malaysia

 WhatsApp Image 2021 01 09 at 12.18.29 PMWhatsApp Image 2021 01 09 at 12.18.29 PM 1WhatsApp Image 2021 01 09 at 12.18.29 PM 2
 WhatsApp Image 2021 01 09 at 12.18.30 PMWhatsApp Image 2021 01 09 at 12.18.30 PM 1WhatsApp Image 2021 01 09 at 12.18.30 PM 2

UniSZA Hero Komuniti di seluruh Malaysia

 Putrajaya – Seramai 1,500 siswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjalankan program komuniti dan sukarelawan yang dikenali sebagai Hero Komuniti Perdana: UniSZA Cakna di seluruh Malaysia termasuk enam buah negara luar iaitu Indonesia, Thailand, Kemboja, Nigeria, Mauritius dan Palestine

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua mahasiswa berjiwa kesukarelawan yang melaksanakan program itu yang julung-julung kali diadakan ini.

“UniSZA telah membuktikan bahawa pelaksanaan aktiviti dan program tidak terbatas dan tidak menjadi halangan dengan ketiadaan mahasiswa di kampus”

“Malahan, UniSZA mengambil pendekatan kreatif dan pro aktif dengan menjadikan keberadaan mahasiswa di kampung halaman masing-masing sebagai peluang untuk membolehkan mereka berbakti kepada masyarakat di kawasan mereka”katanya pada Majlis Pelancaran Hero Komuniti Perdana : UniSZA Cakna secara atas talian menerusi platform Webex dan Facebook live di Kementerian Pengajian Tinggi dan juga secara langsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA Kampus Gong Badak, hari ini

Katanya lagi, program itu sejajar dengan inisiatif daripada Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Service Learning Malaysia - University For Society (SULAM), sebuah jaringan kerjasama antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), industri, agensi kerajaan dan komuniti dalam memperkasakan pelaksanaan SULAM di peringkat nasional.

“Saya sarankan supaya universiti lain juga, tidak mengira daripada IPTA mahupun IPTS, boleh mengambil pendekatan yang sama seperti yang telah dijalankan oleh UniSZA dan mungkin mahasiswa boleh bekerjasama dengan universiti lain bagi melaksanakan sesuatu program di kawasan mereka”, katanya ketika ditemui.

Beliau turut menasihati pelajar-pelajar yang terlibat untuk menjaga keselamatan dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan terutamanya kawasan yang dilanda banjir dan berstatus zon merah.

Sementara itu, Naib Canselor UniSZA,Prof Dato Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa dalam melaksanakan program komuniti itu.

“Seperti di Sarawak ada sukarelawan yang terpaksa meniti jambatan usang untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan OKU di sana dan ada juga pelajar mendekati barisan ‘frontliner’ negara kita dengan menyampaikan bantuan yang disampaikan”

“Malah, di negeri-negeri yang dilanda banjir juga turut dibantu oleh pelajar UniSZA dengan mengadakan program gotong royong membersih rumah, menyampaikan sumbangan bantuan dan membantu mangsa banjir di pusat pemindahan”, katanya.

Menurutnya lagi, di luar negara pula,program itu sertai oleh barisan alumni-alumni UniSZA yang berjiwa besar mahu membantu masyarakat mereka di sana.

“Keenam-enam negara ini menganjurkan program yang cukup hebat seperti di Kemboja yang membantu penduduk Islam di sana dengan membaiki infrastruktur sekolah, masjid dan pembinaan telaga”

“Di Thailand, memberi pendedahan Pendidikan komunikasi Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak luar bandar secara berterusan dan di Palestin pula, menghulurkan bantuan pemasangan langsir disebuah dewan untuk kegunaan aktiviti masyarakat serta penanaman 100 anak pokok zaitun,” katanya.

Katanya lagi, program Hero Komuniti Perdana: UniSZA Cakna itu adalah satu inisiatif untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik ini melalui mahasiswa UniSZA yang prihatin.

# # #

Cetak E-mel