Berita 2018

UniSZA, IKH Meterai Perjanjian Kerjasama Tingkat Peluang Pendidikan

IKH1Kuala Nerus: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus mengorak langkah memperluaskan hubungan dua dengan memeterai perjanjian kerjasama (MoA) dengan Institut Kesehatan Helvetia (IKH).

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif, berkata tujuan MoA berkenaan adalah untuk memberi peluang pendidikan sekaligus dapat menjalinkan jalinan kerjasama antara UniSZA dan IKH dalam aspek penyeliaan pelajar dan penyelidikan.

“Menerusi MoA ini, UniSZA telah mencapai kata sepakat dengan IKH bagi memberi peluang pendidikan kepada staf akademik IKH untuk melanjutkan pengajian mereka dengan mendaftar dalam program pascasiswazah yang ditawarkan oleh UniSZA”

 “IKH turut bersetuju untuk hantar kakitangan akademik mereka dan UniSZA juga bersetuju untuk menerima dan mendaftarkan staf akademik IKH dalam bidang Sarjana Sains dan Doktor Falsafah di UniSZA tertakluk kepada terma dan syarat perjanjian tersebut”, katanya pada sidang media selepas  Majlis Menandatangani MoA antara UniSZA dan IKH di Dewan Senat UniSZA Kampus Gong Badak, di sini.

Pada majlis berkenaan, UniSZA diwakili oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif dan disaksikan Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Dr. Nordin Simbak manakala IKH diwakili Rektor IKH, Dr. H. Ismail Efendi M. Si serta disaksikan Koordinat Kopertis Wilayah / Sumatera, Prof. Dian Armanto.

Sementera itu, Rektor IKH, Dr. H. Ismail Efendi M. Si, berkata, fokus utama MoA ini ialah dari segi kesihatan dan perubatan serta melatih lebih ramai pelajar dari Sumatera dan Sumatera Utara dalam bidang kesihatan memandangkan UniSZA mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

“Setakat ini, UniSZA telah melatih lebih 100 pelajar dari Indonesia dengan 60 orang pada peringkat Doktor Falsafah manakala 23 orang pada peringkat Ijazah Sarjana.

“Kita yakin bilangan pelajar akan terus meningkat dari semasa ke semasa melalui perjanjian kerjasama antara UniSZA dan IKH” katanya,

Katanya lagi, UniSZA dan IKH juga telah bersepakat untuk menganjurkan persidangan antarabangsa yang turut dikenali sebagai International Infection Diseases Conference (IIDC).

“InsyaAllah, gabungan dua negara serumpun ini diharapkan dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada masyarakat serantau namun kepada masyarakat global juga”, katanya.

IKH2 IKH3

Cetak E-mel

UniSZA Tandatangani MoA PENYELIDIKAN DENGAN UNAS

UNAS1Kuala Nerus – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) telah menandatangani satu Memorandum Perjanjian (MoA) dalam bidang penyelidikan dengan Universitas Nasional Indonesia (UNAS).

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif berkata,  kerjasama penyelidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun itu adalah merangkumi kajian ke atas tanaman ubat-ubatan dan herba di antara Indonesia dan Malaysia.

“Selain itu, program pertukaran pelajar dan pensyarah antara UniSZA dan UNAS turut dirangka bersama bagi memantapkan aktiviti dalam MoA ini”, katanya pada majlis MoA yang berlangsung di UNAS.

Dalam majlis tersebut, MoA telah ditandatangani oleh Wakil Rektor Bidang Penelitian dan Pengabdian Masyarakat UNAS, Prof. Dr. Ernawati Sinaga, M.S., A. dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif turut disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad, Dekan FBIM, Prof. Madya. Dr. Khamsah Suryati Mohd dan Dekan Fakultas Ilmu Kesehatan UNAS, Dr. Retno Widowati, M.Si.

Menurut Prof. Dr. Ahmad Zubaidi, MoA yang ditandatangani itu adalah kesinambungan daripada MoU yang telah dimeterai pada 3 November 2015 yang lalu.

“Saya harap dengan termeterainya perjanjian penyelidikan ini, fakulti akan lebih maju ke hadapan dalam usaha untuk memartabatkan misi dan objektif penyelidikan serta  akademik FBIM melalui hubungan antarabangsa dengan universiti luar negara” katanya.

UNAS2 UNAS3

Cetak E-mel

887 Pelajar Baharu Daftar Di UniSZA

06.05 BPA Daftar Pelajar Baharu 4Kuala Nerus - Seramai 822 pelajar baharu mendaftar untuk memulakan pengajian dalam pelbagai program peringkat Diploma di Universiti Sultan Zainal Abidn di sini, pagi tadi.

Daripada jumlah itu 290 pelajar s adalah lelaki, manakala baki 532 orang adalah perempuan. Semua pelajar mendaftar masuk di bawah 25 program pengajian yang ditawarkan di universiti itu. Sementara itu, 65 pelajar baharu mendaftar bagi program Asasi Sains dan Perubatan iaitu 23 lelaki dan 42 perempuan. 

160 orang pelajar baharu ini akan menjalani Minggu Mesra Siswa selama semnggu bermula hari ini.

06 016 

Cetak E-mel

TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN DAN PEMBEDAHAN (MBBS) SESI 2018/2019

1mbbs04 Jun 2018 – Sesi temuduga pengambilan pelajar baharu program MBBS sesi 2018/2019 diadakan di Fakulti Perubatan, Kampus Perubatan, UniSZA bermula pada 04 Jun 2018 hingga 07 Jun 2018 dari pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Jumlah keseluruhan calon temuduga ialah 329 orang termasuk 52 orang calon daripada lulusan matrikulasi Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA). Seramai 12 orang panel yang terdiri daripada pensyarah perubatan yang dilantik sebagai panel sepanjang temuduga tersebut berjalan.

Pada kali ini 5 zon terlibat dan calon temuduga yang hadir daripada zon Utara, Tengah, Timur, Selatan, Sabah dan Sarawak.

Pihak Fakulti Perubatan mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang hadir.

2mbbs

 

Cetak E-mel

MPP UniSZA SERTAI JELAJAH KEPIMPINAN DAN KESUKARELAWAN KE BUMI TURKI

TURKI1Turki - Terkenal dengan jolokan ibu kota yang tersirat dengan kekayaan sejarah dan tamadunnya, Turki telah menjadi destinasi pilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)  Sesi 2016/2017 bagi melaksanakan program pengantarabangsaan mereka selama 11 hari.

Pengarah Program, Muhammad Ammar Rafiq Ruslan, berkata selain mendekati dan memahami budaya masyarakat di sana, peserta turut menjalinkan hubungan antarabangsa menerusi lawatan akademik di Universiti Marmara dan Universiti Istanbul.

“Alhamdulillah, saya bersama 25 mahasiswa lain serta tiga pegawai turut melawat pelarian Syria di sekitar bandar dan berkunjung ke Yayasan Pelarian Syria di Istanbul iaitu sebuah badan amal yang membantu para pelarian.

“Kunjungan kami ke situ adalah untuk membawa hasrat mahasiswa UniSZA yang telah menyumbangkan dana sebanyak RM 4,000 kepada Pelarian Syria di Turki menerusi Program 1 Mahasiswa 1 Ringgit”, katanya.

Katanya lagi, peserta juga telah mempamerkan pelbagai seni kebudayaan negara menerusi tarian, silat dan peragaan pakaian tradisional kepelbagaian kaum di Malaysia.

Menurut Ammar, lawatan itu turut mengunjungi tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Biru, Muzium Hagia Sophia, Atartutk Pavillion, Masjid Sulaymaniye dan banyak lagi kawasan yang terkenal dengan keindahan landskap dan kekayaan sejarahnya.

“Walaupuan banyak bangunan yang sudah berusia lebih 100 tahun tapi seni binanya tetap teguh membuatkan kami begitu kagum dengan kehebatan arkiteknya”, katanya.

Sementara itu, peserta, Nur Iziatul Athirah M.Daud, bersyukur kerana program ini sebagai berjaya mencapai objektifnya kerana persiapan sebelum dan semasa program adalah digerakkan mereka sendiri termasuk mencari penajaan.

“Alhamdulillah usaha kami dalam mencari dana berhasil sekaligus dapat berpeluang untuk berkongsi kekayaan tradisional negara di peringkat antarabangsa”

“Pendedahan di peringkat antarabangsa merupakan sesuatu yang sangat berharga termasuklah pengalaman dalam menguruskan program iaitu fasa sebelum,semasa dan selepas program” katanya ketika ditemui.

TURKI2 TURKI3

Cetak E-mel