Berita 2018

UniSZA NAIB JUARA PROGRAM INTERVARSITY YOUNG MOTIVATOR COMPETITION 2017

ism1KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) muncul sebagai naib juara dalam Program Intervarsity Young Motivator Competition 2017 yang berlangsung di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)

Program tahunan anjuran Majlis Unit Kaunseling dan Unit  Kerjaya Universiti-Universiti Malaysia (MAKUMA) itu bertujuan melahirkan pelapis-pelapis motivator dalam kalangan mahasiswa (Universti Awam) yang boleh menjadi pembimbing dan ikon kepada pelajar.

Selain itu, program ini turut melatih mahasiswa supaya lebih berkeyakinan dalam menyampaikan ilmu dan memotivasikan individu.

UniSZA yang diwakili Muhammad Syafiq Mohd Sakir, pelajar Ijazah Sarjana Muda Antopologi Dakwah berjaya membawa pulang trofi, sijil dan  saguhati RM 1500.00

Mohamad Amirul Shah Mohamad Amin, pelajar Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Kaunseling pula membawa pulang sijil dan hadiah saguhati selepas berentap melepasi beberapa  saringan.

Sebanyak 19 buah Universiti Awam telah mengambil bahagian pada program berkenaan yang melibatkan seramai 37 orang peserta.

01.03 UK UniSZA Naib Juara 2

Cetak E-mel

KEMBARA ILMU 60 PELAJAR BERSAMA PRS UniSZA

kaun11HULU TERENGGANU – 60 pelajar tingkatan dua dan empat dari SMK Seri Berang menyertai Program Motivasi Dan Pemantapan Matlamat Sebagai Pelajar Cemerlang di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang.

Program anjuran Unit Kaunseling, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UniSZA itu bertujuan membantu peserta meningkatkan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan juga sosial.

Ketua Unit Kaunseling UniSZA, Rosni Mohammad, berkata program selama satu hari itu dikenadalikan oleh 10 fasilitor dari Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UniSZA yang terlatih.

“Mereka telah membantu pelajar sekolah ini untuk mencungkil potensi diri serta menanamkan sifat kepimpinan dalam diri mereka sebagai seorang pelajar”

“Berdasarkan aspek tersebut pelajar mampu bertanggunggjawab dengan diri sendiri berdasarkan penentuan matlamat yang telah ditetapkan”, katanya.

Menurut Rosni, individu yang tahu nilai diri serta kelebihan dan kelemahan akan lebih berkeyakinan, berfikir lebih positif dan produktif dalam menghadapi sebarang halangan sebagai pelajar yang berjaya.

kaun12 kaun13

Cetak E-mel

162 PELAJAR UniSZA SERTAI Inspire Exam “Intelligent Spiritually-Sound, Recharged”

01KUALA NERUS – Seramai 162 mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai program Inspire Exam “Intelligent Spiritually-Sound, Recharged”  anjuran  Unit Kaunseling, Pejabat Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UniSZA.

Program selama satu hari itu bertujuan untuk membantu mahasiswa membuat persedian awal dari segi mental dan fizikal dalam menghadapi peperiksaan serta dapat meningkatkan motivasi dalam mencapai kecemerlangan akademik.

Kehadiran dua penceramah pada program berkenaan iaitu Dr. Anas Mohd Yunus dan Ahmad Termizi Ab Aziz telah memberi semangat kepada mahasiswa yang hadir serta begitu teruja setelah diberi suntikan motivasi daripada penceramah yang hebat dan berpengalaman.

02 03

Cetak E-mel

UniSZA SEDIA MENDEPANI REVOLUSI INDUSTRI 4.0: AMANAT TAHUN BARU 2018 MEMBUKA WAWASAN STRATEGIK BAHARU

7KUALA NERUS, 31 DISEMBER – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sudah mengorak langkah dan azam baharu menjelang tahun 2018 dengan merancang pelbagai pelan inisiatif strategik, sebagai persediaan lengkap menghadapi revolusi industri 4.0.

Dalam Amanat Tahun Baru 2018 Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UniSZA yang diadakan di Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS), Kampus Gong Badak, usaha mencorak dan membina masa depan UniSZA pada tahun 2017 sebagai Universiti Pilihan Dunia telah memberi perkembangan positif dari pelbagai aspek. Hal ini kerana, pelbagai jalinan usahasama, pembangunan dan program-program keusahawanan telah berjaya dilaksanakan dari peringkat universiti sehingga ke persada antarabangsa.

Brig. Jen. Datuk Profesor Emeritus Dr. Kamarudin bin Hussin, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UniSZA dalam amanatnya berkata, warga UniSZA perlu meningkatkan potensi “Memberi dan Menerima” dalam usaha melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara kolektif sehingga dapat mencapai tahap keseronokan dalam bekerja dengan berkongsi autoriti dan tanggungjawab secara saksama.

“Saya berharap agar staf yang terlibat melaksana projek atau sesuatu program itu, sama ada secara individu atau berkumpulan, agar dapat memastikan kelangsungan projek atau program itu secara tuntas dan berintegriti. Jika tidak, banyaklah idea, masa, tenaga dan sumber yang terbazir begitu sahaja kerana tiada manfaat kepada masyarakat dan negara.”

Pencapaian 2017 Yang Memberangsangkan dan Perancangan Strategik 2018

Menurutnya lagi, sepanjang beliau menjadi Pengerusi LPU UniSZA, pelbagai idea-idea mengenai inisiatif-inisiatif strategik telah dibentangkan. Idea-idea itu diringkaskan sebagai COMPACT. Ia meliputi enam ciri iaitu Budaya Konstruktif, Hasil Cemerlang, Pengurusan Cemerlang, Professional Progresif, Akademik Menakjubkan, Komunikasi Menarik, dan Penyelidikan Translational.

“Jika diteliti, setiap inisiatif yang telah dilaksana selama ini, sama ada dalam bentuk projek atau program, boleh dipayungi oleh COMPACT. Cuma yang diperlukan sekarang dan pada masa akan datang ialah kesediaan kita untuk memantapkan atau memperkasa, menyemak semula untuk menimbang semula kebijaksanaan, mencari punca-punca tergendala atau kita perlu memikirkan inisiatif baru untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran baru,” katanya.

Menurutnya lagi, dalam konteks Hasil Cemerlang akan tercatat dalam sejarah mengikut penilaian MyRA bahawa UniSZA berkeupayaan meningkatkan prestasinya secara berperingkat dengan cara meningkatkan kuantiti dan kualiti penyelidikan, mengkormersilkan hasil penyelidikan dan memperkukuhkan kerjasama penyelidikan dengan para penyelidik setempat dan antarabangsa.

Selain itu, perancangan inisiatif-inisiatif strategik UniSZA bagi tahun 2018 turut dinyatakan dalam Amanat Tahun Baru 2018 sebagai persediaan menghadapi Revolusi Industri 4.0. Antaranya ialah membangunkan lebih banyak digitised and humanised green campus gadjet, menyediakan apartmen untuk 3,000 pelajar melalui pendekatan Private Public Partnership (PPP), membangunkan taman ilmu bersama Universiti P.Ramlee menggunakan pendekatan NBOS, dan sebagainya.

“Sokongan dan dokongan warga UniSZA amat perlu dalam merealisasikan perkembangan positif UniSZA sebagai gedung pelahiran modal intelektual negara dan menggesa agar bangun memasang tekad untuk kita bersama melangkah, bersama merobah diri, anak didik, UniSZA, masyarakat dan negara.”

Dalam pada itu, turut berlangsung majlis perasmian UniSZA Cashless, majlis penghargaan staf yang berkhidmat lebih 30 tahun, majlis penghargaan kepada pesara UniSZA dan watikah pelantikan dekan-dekan fakulti. UniSZA juga dilihat bakal menjadi universiti pantai timur pertama sebagai Kampus Tanpa Tunai dengan menggunakan sistem eDompet hasil kerjasama dengan Celcom Axiata Berhad.

6 4 1 2 3 

Cetak E-mel