Berita 2018

WIWING JOHAN PERTANDINGAN MEMASAK KOLEJ KEDIAMAN UniSZA

masak1KUALA NERUS - Seramai 26 pelajar dan kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersaing dalam Pertandingan Memasak Kolej Kediaman UniSZA 2017 yang berlangsung di Foyer Kolej Kediaman Kampus Gong Badak

Penolong Pengurus Asrama, Asma Md Jaafar berkata, pertandingan anjuran Pejabat Kolej Kediaman itu bertujuan memberi kesedaran kepada peserta terhadap masakan berkhasiat serta amalan pemakanan seimbang dalam kehidupan seharian mereka.

“Selain itu, ia juga memupuk minat memasak dan mencungkil bakat serta kreativiti para peserta terutamanya kaum lelaki dalam bidang masakan," katanya yang juga urusetia pertandingan.

Menurut Asma, setiap kumpulan diwakili seramai dua orang dan dikehendaki menyediakan menu masakan bertemakan Menu Sihat Hidangan Makan Tengahari dan dihakimi oleh tiga orang juri jemputan yang arif dalam bidang masakan.    

Kumpulan WiWing yang diwakili oleh Sayani Alias dan Nurul Syaimaa Norjala berjaya muncul sebagai johan dalam pertandingan itu dengan mengetengahkan menu Pecal Timun, Daging Masak Black Pepper, Salad Buah Campur, Bubur Gandum dan Air Mempelam.

Naib johan pula disandang kumpulan Pandan Wangi yang dianggotai Faridah Wahab dan Azilawati Rofa manakala kumpulan Tengok Sedap Doh yang diwakili Mohd Napi Abd Rahman dan Rozaidi Awang  mencul tempat ketiga.

Sementara itu, Pengarah Kolej Kediaman, Dr. Mohd Shahril Othman, berkata pertandingan    memasak itu berpotensi untuk dijadikan sebagai program tahunan memandangkan sambutan yang begitu mengalakkan dan kretiviti masakan yang  mempesonakan dari kalangan peserta bertanding. 

masak2

Cetak E-mel

MKK UniSZA BINA KEYAKINAN UNTUK BERKHIDMAT

mkk1SETIU - Seramai 44 ahli Majlis Kolej Kediaman (MKK) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengikuti Kursus Pengurusan Organisasi Majlis Kolej Kediaman sesi 2017/2018 di Peladang Setiu Agrotourism & Resort.

Program selama tiga hari itu bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli MKK tentang pengurusan organisasi.

Pengarah Majlis Kolej Kediaman, Dr. Mohd Shahril Othman, berkata prgram itu juga untuk membantu dan mengasah bakat ahli-ahli MKK di dalam memikul tanggungjawab dan amanah di dalam mentadbir organisasi.

“Sebanyak empat slot ceramah dijalankan sepanjang kursus ini iaitu tentang kepimpinan, surat menyurat dan sistem fail, tatacara penyediaan kertas kerja dan laporan serta protokol dan pengurusan acara”

“Selain ceramah dan latihan dalam kumpulan, mereka turut didedahkan dengan aktiviti sukan yang menguji ketahanan fizikal dan mental agar membentuk keyakinan diri dalam menghadapi cabaran”, katanya ketika ditemui.

Seorang peserta, Wan Nur Syazani Wan Ismail berkata, dia merasa lebih berkeyakinan untuk menggalas tanggungjawab sebagai ahli MKK selepas melalui setiap aktiviti yang diadakan.

“Selepas tiga hari berkampung disini, apa yang dipelajari amat membantu dalam melakukan perancangan aktiviti bermanfaat yang mampu menarik penyertaan semua penghuni kolej kediaman,” katanya.

mkk2 mkk3

Cetak E-mel

1500 PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN UniSZA BANTERAS AEDES

aedes1KUALA NERUS – Lebih 1500 penghuni kolej kediaman Universti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak menyertai gotong royong bagi membanteras pembiakan nyamuk aedes di kawasan asrama.

Ketua Penyelaras Kesihatan Pelajar, Dr. Yusmina Mohd Yusof, berkata tujuan gotong royong diadakan adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar supaya menjaga kebersihan kawasan tinggal seterusnya mengelakkan pembiakan nyamuk aedes yang merupakan ejen pembawa denggi.

“Apa gunanya kediaman kita cantik tetapi tidak bersih dan menjadi tempat nyamuk aedes membiak”, katanya semasa taklimat ringkas di program berkenaan.

Menurut beliau, pihak berkuasa juga kerap meninjau serta membuat pemeriksaan terhadap kawasan kediaman pelajar termasuk tempat air bertakung bagi mengelakkan menjadi sarang nyamuk aedes.

Dalam program itu, pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh kakitangan pejabat kolej kediaman dan dibantu oleh felo bertugas.

 Menambahkan lagi kemeriahan program, peserta yang berjaya menemui tempat pembiakan nyamuk aedes telah dijanjikan habuan berbentuk hamper.

Program anjuran Pejabat Kolej Kediaman itu turut mendapat kerjasama Pusat Kesihatan Pelajar, Pusat Pembangunan Holistik Pelajar dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus.

Selain gotong-royong, pameran dan penerangan mengenai nyamuk aedes turut dijalankan oleh Unit Promosi Kesihatan,  Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus.

aedes3

Cetak E-mel

PUSAT TERNAKAN KAMBING UniSZA HASIL BAKA KAMBING 18 BULAN LAGI

Kambing1BESUT - Pusat Ternakan Kambing Tenusu Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) di Bukit Marak, Pasir Akar, Hulu Besut dijangka mengeluarkan baka kambingnya yang pertama dikenali sebagai 'UnisZA Saanen' dalam tempoh 18 bulan lagi.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata pusat yang kini dikendalikan tiga pakar berkaitan penternakan kambing itu juga dijangka menjadi pusat pengeluar susu kambing yang berkualiti.

Buat masa ini usaha sedang dilakukan untuk memastikan kesemua 400 ekor kambing yang dibawa masuk dari Australia itu menghasilkan baka yang baik dan berupaya membekalkan susu yang berkualiti untuk pasaran dalam negara, katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke pusat ternakan tersebut hari ini.

Menurut Idris pusat itu turut mendapat bantuan kepakaran daripada beberapa agensi seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar , Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan agensi pembangunan tempatan dalam usaha menjadikannya pusat pengeluar benih dan susu kambing berkualiti daam beberapa tahun akan datang.

Idris yang juga Anggota Parlimen Besut berkata UnisZA dijangka memperluas pusat ternakan itu dalam masa terdekat dengan mengimport 200 ekor lagi kambing jenis Saanen dari Australia tidak lama lagi.

Kambing-kambing terbabit adalah dari sebuah ladang terbaik di Melbourne yang mampu melahirkan dua ekor anak serta mengeluarkan susu sekurang-kurangnya dua liter sehari, katanya.

"Apabila rancangan pembiakan berjalan lancar seperti dijadualkan, UniSZA akan membahagi-bahagikan kambing untuk diternak oleh mereka yang mempunyai minat dalam pemeliharaan kambing di daerah Besut sebelum akan diperluaskan di seluruh negara," katanya.

Beliau juga berkata pada masa ini terdapat 100 pelajar UnisZA sedang mengikuti pembelajaran mengenai ternakan kambing di pusat itu yang dilaksanakan menerusi program 2 Tahun Universiti 2 Tahun Industri (2U2I).

Program itu akan membantu pelajar terbabit bersedia menceburi bidang kambing apabila tamat pengajian kelak, katanya.

Kambing2 Kambing3

Cetak E-mel

PELAJAR UniSZA MENANG TEMPAT KEDUA DI SISWAPRENEUR MAKERTHON CHALLENGE

metro1KUALA NERUS - Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Muhammad Mahadi Ismail berjaya meraih tempat kedua dalam MOHE Siswapreneur Makerthon Challenge: Smart City, Smart Community di Global Entrepreneurship Community Summit Kuala Lumpur 2017.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Informatik Media), Fakulti Informatik dan Komputeran itu berjaya membawa pulang wang tunai RM 3,000.00 beserta pingat gangsa dan sijil penyertaan.

Program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Collage of Dublin, Ireland itu bertujuan untuk memupuk, menyalakan dan merangsang minda kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Selain itu, ia juga melalui pemikiran reka bentuk dalam mengendalikan projek dan merupakan modul yang menguji serta merangsang daya kreatif dan inovatif serta meningkatkan keyakinan diri.

Program yang berlangsung selama 4 hari itu disertai 110 orang peserta yang aktif dalam keusahawanan di IPT seluruh Malaysia.

Setiap kumpulan pelajar dari pelbagai Universiti, Politeknik, dan Kolej Komuniti diberi masalah sosial yang berbeza dan mereka harus membuat prototaip dan cadangan untuk menyelesaikan masalah ini.

metro2 metro3

Cetak E-mel