Berita 2018

PENGEMUDI UniSZA Sumbang Beg Sekolah

Beg0102182BESUT: 40 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Beting Lintang menerima bantuan persekolahan beg sekolah dari Persatuan Kakitangan Pengurusan dan Profesional (PENGEMUDI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Sumbangan tersebut melibatkan murid darjah satu hingga enam yang miskin dan kurang berkemampuan.

Pengerusi PENGEMUDI, Mohd Termizi Aziz, berkata sumbangan tersebut sebagai tanda komitmen persatuan bagi membantu mereka yang memerlukan terutama golongan murid kurang berkemampuan.

“Sumbangan ini sebagai tanda keprihatinan pihak kami dengan harapan dapat meringankan bebanan ibu bapa menyediakan kemudahan persekolahan anak-anak,” katanya.

Katanya lagi, keceriaan dan kegembiraan yang ditunjukkan oleh anak-anak itu cukup menyentuh hati

“Mungkin ada yang berpendapat apalah yang hendak dibanggakan dgn sumbangan beg yang tidak seberapa nilainya. Tapi pada kami ianya ckup bermakna apabila melihat senyuman di wajah anak- anak kecil ini. Kecil pada kita, besar pada mereka”

“InsyaAllah, PENGEMUDI akan teruskan lagi program seperti ini kerana ia cukup bermakna apabila melihat senyuman di wajah anak- anak kecil,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UniSZA, YBhg. Brig. Jen. Datuk Prof Emeritus Dr. Kamarudin Hussin. Turut hadir, Guru Besar SK Beting Lintang, Adnan Hussim.

Beg0102181 Beg0102183

Cetak E-mel

101 GRADUAN PERUBATAN SERTAI NATIONAL PRE-HOUSEMANSHIP WORKSHOP 2018

Pre010218KUALA NERUS: Seramai 101 graduan perubatan seluruh Malaysia termasuk pelajar yang belajar di luar negara menyertai National Pre-Housemanship Workshop 2018 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Gong Badak.

Bengkel yang pertama kali diadakan di Pantai Timur itu bertujuan membantu graduan perubatan untuk persedian dan pendedahan kepada mereka sebelum menjadi Pegawai Perubatan Prasiswazah.

Zainal Zulkifli, 25, berkata bengkel yang berlangsung selama lima hari  itu banyak membantu beliau dalam persediaan menjadi seorang doktor pada bulan depan.

“Tahun ini amat mencabar bagi kami kerana kakitangan kontrak baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi impak yang sangat besar dan memerlukan kami bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum menjawat jawatan tersebut”

“Kami juga perlu menunggu panggilan untuk masuk berkerja dalam Hospital Kerajaan sekitar 9-12 bulan selepas tamat pengajian dan menyebabkan segala ilmu pengetahuan yang dipelajari perlu diperingatkan semula agar maklumat tersebut sentiasa segar dalam kotak ingatan,” katanya yang merupakan graduan perubatan dari UniSZA.

Bagi Siti Nor Hidayah Zainuddin, 24, beliau begitu gembira kerana berpeluang untuk menghadiri bengkel itu kerana ianya murah dan begitu berpatutan

“Kursus ini sering kali diadakan di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang, tetapi program berkenaan terlalu singkat dan slot-slot yang disediakan tidak memenuhi kehendak kami pada masa kini.

“Kos sekitar RM 1300 hingga RM1600 menyebabkan ramai graduan seperti kami tidak mampu menyertai bengkel berkenaan”,katanya ketika ditemui.

Beliau yang juga graduan perubatan dari Universiti College Cork, Ireland itu berkata program itu adalah satu inisiatif yang baik kepada para graduan perubatan untuk hadir kerana tiga kali lebih murah berbanding kursus yang diadakan diluar dengan khidmat bantuan pensyarah dari Fakulti Perubatan UniSZA.  

Sementara itu, Kluster , berharap supaya semua graduan perubatan bersedia untuk menempuhi alam pekerjaan dan bertanggungjawab dalam segala benda,.

“Saya percaya bahawa program ini sedikit sebanyak dapat memberikan pengalaman yang baik kepada para peserta dan dapat memberikan pendedahan kepada para peserta sebagai persediaan bagi menghadapi alam pekerjaan sebagai doktor yang sebenar”, katanya pada perasmian penutup National Pre-Housemanship Workshop 2018

Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersama Persatuan Mahasiswa Perubatan UniSZA (MediSZA) iitu turut diserati graduan perubatan dari luar negara antaranya Ireland, India, Indonesia dan Rusia.

Pre0102182

Cetak E-mel

Kakitangan UniSZA sertai Senamrobik setiap bulan

01.18 PP Senamrobik UniSZA 4KUALA NERUS: Lebih 1,000 kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai Perhimpuan Bulanan dan Senamrobik UniSZA 2018 di Dewan Gemilang, hari ini.

Program anjuran Pejabat Pendaftar itu bertujuan menghimpunkan kakitangan UniSZA bersama Pengerusi LPU dan juga pengurusan tertinggi selain mengadakan acara senamrobik.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, sambutan menggalakkan terhadap program itu menunjukkan orang ramai semakin menghargai kesihatan mereka.

“Saya gembira melihat penyertaan yang menggalakkan daripada staf UniSZA yang hadir begitu ramai. Ini menunjukkan mereka mula menghargai dan mengutamakan kesihatan,” katanya pada program berkenaan.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Briged Jeneral Emeritus Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin.

Menurut Prof Dato Dr. Zubaidi, pe­nganjuran program tersebut berjaya mencapai matlamat UniSZA untuk iaitu memupuk sikap positif dalam kalangan staf terhadap membudayakan aktiviti senamrobik sebagai satu amalan yang baik dan penting untuk kesihatan.

“Program ini juga akan diadakan setiap bulan sepanjang tahun 2018 sebagai program bersama kakitangan disamping memupuk semangat kesepaduan, kesefa­haman dan saling menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Katanya lagi, program kali pertama tahun 2018 itu juga turut disertai 100 kakitangan di Kampus Besut menerusi tayangan secara langsung dari Kampus Gong Badak.

01.18 PP Senamrobik UniSZA 1 edit 01.18 PP Senamrobik UniSZA 2 01.18 PP Senamrobik UniSZA 3 01.18 PP Senamrobik UniSZA 5 01.18 PP Senamrobik UniSZA 6

Cetak E-mel

PROGRAM NETPRENEURS TERAP MINAT PELAJAR UniSZA UNTUK BERNIAGA

ppkp1KUALA NERUS – Seramai 30 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai Program Netprenuers anjuran Pusat Keusahawananan dan Kebolehpasaran Pelajar (PKKP) dengan kerjasama Kelab Keusahawanan UniSZA (KKU) di Sani Hotel, Kuala Lumpur.

Program selama empat hari itu bertujuan memberi pendedahan perniagaan sebenar kepada golongan usahawan terutama dalam menguasai perniagaan dalam talian bagi mewujudkan sistem perniagaan dan sistem pemasaran yang lengkap di Internet.

Pengarah PKKP, Dr. Wan Amalina Wan Abdullah, berkata program Netpreneurs itu dirangka khas untuk memberi pendedahan dan teknik atau strategi perniagaan dalam talian yang perlu ada pada diri usahawan untuk berdaya maju dalam persaingan perniagaan yang semakin mencabar.

“Program seperti ini bukan menjadi satu alternatif lagi, tetapi menjadi satu kewajipan bagi pelajar terutamanya untuk mencapai kerjaya bermula sekarang.

“Melalui strategi yang dibina serta  kekuatan yang dimiliki dengan pakar “Internet Marketer” dari pelbagai platform seperti Facebook, Google, Instagram, Twitter, Pinterest, SEO, Email  danOnline Media dalam pembangunan modul usahawan menjadikan strategi ini sangat berkesan” katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, melalui program itu, peserta mendapat pendedahan berkaitan strategi pemasaran secara dalam talian kepada ahli-ahli yang baru terlibat dalam bidang keusahawanan.

“Peserta juga dapat mengaplikasikan dan menguasai pengetahuan serta kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan multimedia secara kreatif, inovatif dan berkesan”

“Melalui program ini, sifat prihatin pelajar UniSZA dalam dunia perniagaan dapat diterapkan sekaligus dapat menarik minat mereka untuk memulakan perniagaan”, katanya.

ppkp2 ppkp3

Cetak E-mel

KKST UniSZA 2017 CAPAI OBJEKTIF KPT

kkst1KUALA NERUS – Bersempena dengan Bulan Keusahawanan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Pelajar (PKKP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan Karnival Keusahawanan Siswa dan Komuniti 2017 (KKST 2017)

Pengarah PKKP UniSZA, Dr Wan Amalina Wan Abdullah, berkata PKKP tidak ketinggalan untuk menyertai program yang memberi impak yang tinggi anjuran KPT itu yang mana telah disertai oleh semua Universiti Awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara

“Pelbagai program telah diadakan antaranya gerai jualan oleh pelajar dan komuniti luar di mana kita memberi galakkan kepada pelajar khususnya untuk berniaga”

“Selain itu, beberapa program lain turut dijalankan antarnaya Be the Brand, Biz Online Marketing Mastery, Talentpreneurship Bersama King Afiq, Bengkel Videografi After Effect dan Bengkel Mudahnya Jana USD di E-Bay yang dihadiri oleh pelajar dan masyarakat setempat”, katanya.

Katanya lagi,  pertandingan Mini Explorace, pertandingan Penyediaan Rancangan Perniagaan dan pertandingan Business Model Canvas turut diadakan dan dikendalikan oleh Persatuan Mahasiswa Perakaunan UniSZA, Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan. P

“Pertandingan Mini Explorace ini diadakan bagi mewujudkan konsep kerjasama antara pelajar melalui pendedahan dan ‘games’ berkaitan keusahawanan”

“Manakala pertandingan penyediaan rancangan perniagaan dan pertandingan business model canvas diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk menyediakan rancangan perniagaan yang betul dan untuk menilai idea atau projek secara objektif, kritikal dan praktikal”, katanya.

Program selama dua hari itu turut mendapat kerjasama dengan beberapa kelab mahasiswa UniSZA iaitu Kelab Keusahawanan UniSZA (KKU), Koperasi Siswa UniSZA (Ko-Siswa) dan Persatuan Mahasiswa Perakaunan UniSZA. 

kkst2 kkst3

Cetak E-mel