Berita 2018

UniSZA TINGKATKAN HASIL TEMBIKAI DI BESUT DENGAN TEKNOLOGI BAHARU

Ladang3Besut - Seramai 11 orang penanam tembikai berjaya menghasilkan kira-kira 300 tan buah tembikai di ladang seluas 10 hektar di Pengkalan Kubur, Besut melalui teknologi tanpa menggunakan bahan kimia yang diperkenalkan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Ketua Pengurusan Ladang UniSZA Besut, Dr Abd Jamil Zakaria berkata kejayaan itu adalah yang pertama sejak mereka berkecimpung dalam projek penanaman tembikai di kampung itu dalam tempoh lebih 25 tahun.

Menurut Abd Jamil, teknik yang digunakan adalah adalah 'Effective Microorganisme' (tanpa menggunakan racun rumpai) iaitu bukan sahaja berjaya meningkatkan pengeluaran malah kualiti buah berkenaan dan menjadikan ia lebih selamat dimakan berbanding sebelum ini.

“Menerusi program ini, kita beri antara 0.8 hingga satu hektar seorang dan daripada setiap hektar yang diusahakan, mereka memperoleh pendapatan antara 20 hingga 25 tan buah tembikai hasil tanaman yang diperkenalkan,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, seorang peserta, Kamaruddin Yusoff, 66, bersyukur dan gembira kerana usaha serta kesabaran menanam tembikai menggunakan teknologi baru oleh UniSZA itu berjaya mengeluarkan hasil luar jangkaan.

“Pada mulanya projek tanaman itu dilaksanakan di luar musim, iaitu dimulakan pada musim tengkujuh akhir tahun lalu di mana ia benar-benar menguji kesabaran kami hingga menyebabkan ramai yang berhenti menanam kerana tidak yakin dengan cara baharu yang diperkenalkan.

"Daripada seramai 20 penanam yang memulakan tanaman, akhirnya tinggal hanya 11 orang yang dengan tekun mengikuti kaedah yang diperkenalkan oleh UniSZA dan akhirnya dalam masa 70 hari kami berjaya menuai hasil yang lumayan”, katanya ketika ditemui pada majlis kutipan hasil ladang.

Majlis Kutipan Hasil Ladang Tanah Beris di Kampung Pengkalan Kubur itu dirasmikan oleh Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Ahmad Zubaidi Latiff. Turut hadir, Dekan Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM), Prof Madya Dr. Khamsah Suryati Mohd.  

Ladang4jpg Ladang1 Ladang2

Cetak E-mel

PAMERAN EDUCATION 4.0 INNOVATION WITH SOUL PUTRAJAYA

soul 1Kuala Nerus: Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi (FRIT), Universiti Sultan ZainaI Abidin (UniSZA) telah menganjurkan satu pameran  Education 4.0 Innovation With Soul di Lobi Kementerian Pendidikan  Tinggi, Putrajaya pada 7-8 Februari 2018 yang baru lalu.

Bertemakan Soul Design , program ini bermatlamat untuk mempromosikan hasil kerja pelajar tahun akhir,Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian  FRIT. Di samping itu, pameran ini diadakan bagi menarik minat industri luar dan pelajar sekolah yang bakal melanjutkan pelajaran ke univesiti bagi memilih atau mengambil kursus reka bentuk perindustrian secara lebih mendalam seterusnya melanjutkan pelajaran ke UniSZA.

Sebanyak 46 pelajar  dan produk masing masing dipamerkan mengikut kluster perabut, automotif, dan produk pengguna dengan motif Islamic, Medical dan Bio-Soure. Semua produk ini dikelolakan oleh Dr. Mohd Hisham Omar dan dibantu oleh Sheikh Ahmad Tajuddin bin Sheikh Yusoff. Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh meluangkan masa melihat pameran tersebut.  

Hadir sama Timbalan  Menteri Pendidikan Tinggi Y.Bhg Datuk Mary Yap Kain Ching , Pro Canselor UniSZA Ybhg.Tan Sri Dato’ Dr. Mohamad Yusof Hj Mohamad Nor, Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’Dr. Ahmad Zubaidi A. latif, Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad, Dekan FRIT Prof. Dr. Azizah Endut, Ketua Pusat Pengajian Reka Bentuk Perindustrian Dr. Imran Abdullah, Pendaftar En. Ismail Ahmad, Pengarah Program  Mohammad Afiq Yahyaawal  serta Pegawai Kanan UniSZA dan Jabatan Pendidikan Tinggi Malaysia.

Sesungguhnya program ini dapat melatih bakal graduan sebagai pereka muda negara yang mahir berkomunikasi dengan masyarakat luar dan memupuk semangat berpasukan serta  mengaplikasikan nilai nilai murni semasa mengurus dan mengendalikan sesuatu program di alam pekerjaan sebenar nanti.

 IJ soul 3 soul 2

Cetak E-mel

KUNJUNGAN PENGERUSI LPU KE FRIT

frit0402182Gong Badak : Satu lawatan Muhibbah telah dilakukan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah ( LPU ) Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA ) YBhg. Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin bin Hussin ke Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi ( FRIT ) pada 1 Februari 2018.

Rombongan  disambut dan dibawa ke bilik mesyuarat oleh Dekan FRIT, Prof. Dr. Azizah Endut dan pengurusan fakulti, serta semua staf FRIT. Turut serta dalam rombongan tersebut, Pendaftar ,  En. Ismail Ahmad dan pegawai pegawai kanan pejabat pendaftar UniSZA. Lawatan diadakan bertujuan menyambung silaturrahim , melihat prasarana dan keperluan sumber pengajaran & pembelajaran dan sumber manusia untuk dijadikan pemangkin kepada pembangunan dan kemajuan FRIT.

YBhg. Pengerusi LPU turut bergambar kenangan dengan juara pertandingan Disrupt-IT Challenge ‘Innovate - Transform’ yang membawa pulang hadiah RM 15,000.00 dan juga business best model sebanyak RM 2,500.00  pada 28 Januari 2018 yang lalu.

Rombongan dibawa meninjau sekitar pejabat FRIT dan melihat hasil seni pelajar Reka Bentuk Perindustrian dan Kejuruteraan Pembuatan.

 frit0402183 frit0402184 frit0402181

Cetak E-mel

1,000 HADIR JOM TEROPONG GERHANA BULAN PENUH DI DAPO PATA

Gerhana0102183KUALA NERUS - Gerhana bulan penuh yang mula kelihatan antara pukul 8.51 hingga 10.07 malam ini menarik minat hampir 1,000 penduduk untuk menyaksikan fenomena tersebut di Pantai Tok Jembal di sini hari ini. 

Pensyarah Institut Alam Sekitar Pantai Timur (Eseri), Dr. Roslan Umar berkata, fenomena tersebut dianggarkan berlaku kira-kira sejam dengan jarak kedudukan bulan berada kira-kira 360,000 kilometer daripada bumi. 

“Fenomena gerhana bulan penuh yang berwarna merah darah hanya dapat dilihat kira-kira dua hingga tiga minit sahaja pada malam ini sebelum ia mula ditutupi awan tebal. 

“Pada malam ini juga kita dijangka dapat melihat gerhana bulan penumbra yang berwarna cerah antara pukul 11.11 hingga 12.08 malam. Fenomena ini turut digelar sebagai gerhana warna,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Cerapan Gerhana Bulan Penuh di Uptown Kontena Dapo Pata, Pantai Tok Jembal di sini hari ini. 

Pada program tersebut, penduduk yang hadir turut menunaikan solat sunat gerhana bulan pada pukul 9.45 malam. 

Dalam pada itu,  Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa), Prof. Dr. R. Badlishah Ahmad berkata, program julung kali yang diadakan ini dianggap istimewa dan berbeza dari negeri lain kerana aktiviti cerapan dilakukan di tepi kawasan pantai. 

Jelas beliau, orang ramai berpeluang melihat fenomena tersebut dengan lebih jelas menggunakan enam buah teleskop yang disediakan.

Gerhana0102181 Gerhana0102182 Gerhana0102184 Gerhana0102186

Cetak E-mel

UniSZA BAWA PULANG RM 17,500, JUARA DISRUPT-IT CHALLENGE

Frit0102181KUALA NERUS – Lima pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) diumumkan pemenang utama bagi pertandingan Disrupt-IT Challenge sekaligus membawa pulang wang tunai RM 17,500.00

Pengumuman pemenang diumumkan pada majlis berkenaan yang diadakan di Ibu Pejabat, Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).

Ketua kumpulan, Amir Fadzli Abd. Ghani, berkata kumpulan Green Dream yang dianggotai oleh beliau dan empat ahli lain itu telah menawan hati juri melalui projek iMB: In-Situ Microalgae Bio-engineered Harvester

Menurut Amir Fadzli, lebih 100 pasukan menyertai pertandingan itu dan hanya sembilan sahaja yang ke peringkat akhir.

“Alhamdulillah, kami berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir dan dinobatkan sebagai juara pertandingan ini”

Katanya lagi, Kumpulan Green Dream turut dipilih sebagai pemenang kategori Best Business Plan sekaligus membawa pulang wang tunai RM 2,500

Disrupt-It Challenge adalah satu pertandingan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Prestariang dengan kerjasama Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).


Program itu bertujuan mencari 'tech-preneurs' dengan produk dan idea bisnes baharu yang selari dengan UN Sustainable Goals.

Frit0102182 Frit0102183 Frit0102184

Cetak E-mel