Berita 2018

2 KEMENANGAN DALAM PERTANDINGAN REAL BUSINES CHALLANGE DI CESF ’18 UMT

CESF 18 1CESF'18 merupakan Career, Entrepreneurship and Skills Fastival yang julung-julung kalinya diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi memberi peluang kepada graduan yang mencari pekerjaan, pengusaha yang mencari peluang keusahawanan serta menambah kemahiran yang sedia ada.

Seramai 21 orang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dari kelab Keusahawanan UniSZA (KKU) telah menyertai Pertandingan Real Busines Challange (RBC) bersempena program ini pada 12 hingga 15 April 2018 bertempat di sekitar UMT, Hentian Bas MBKT dan Pasar Payang Kuala Terengganu.      

Pertandingan Real Business Challenge ini merupakan gabungan bagi Entrepreneur Challenge, Pitching dan Explorace keusahawanan dimana para peserta perlu menjalankan aktiviti jualan di booth, sekitar bandar Kuala Terengganu serta perlu membentangkan hasil serta strategi perniagaan mereka. Penyertaan  mereka ke pertandingan ini membuahkan hasil yang baik apabila mereka telah mendapat tempat ke-2 dan ke-3 dalam pertandingan ini seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 1,300.00 dan RM 1,000.00.  

Menurut salah seorang peserta iaitu Nurdini Md. Zaini pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah, dengan adanya program sebegini dapat mencungkil lebih ramai bakat usahawan dalam kalangan pelajar dan diharapkan pelajar UniSZA lebih proaktif dalam merebut peluang sebegini di masa akan datang.

Program berimpak tinggi ini merupakan anjuran Pusat Keusahawanan dan Kerjaya, Universiti Malaysia Terengganu yang melibatkan Universiti Awam dan Swasta seluruh Malaysia. Program ini diyakini dapat membina rangkaian keusahawanan antara pelajar dan membentuk gaya pemikiran keusahawanan dengan menyajikan pelbagai program menarik terutamanya temuduga terbuka dan pameran serta peluang keusahawanan.

CESF 18 3 CESF 18 2 CESF 18 4

Cetak E-mel

PELAJAR UniSZA WAKILI MALAYSIA MENANG TEMPAT KETIGA DI ICCC 2018

04.15 FUHA Dua Pelajar Wakili Malaysia 1Kuala Nerus: Dua pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang mewakili Malaysia berjaya meraih tempat ketiga dalam PertandinganKonsultasi Klien Piala Louis M. Brown Forest S. Moten (ICCC) 2018, semalam.

Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Undang-undang , Nallina Sanmugarajan, 24 dan Raagini Sama Sundram, 23, berjaya melangkah ke peringkat akhir selepas berjaya menewaskan pasukan dari negara Kanada, Croatia, Australia, Belanda dan New Zealand pada pusingan separuh akhir.

Pertandingan yang berlangsung di Universiti Maastrich, Belanda itu menyaksikan pasukan dari Amerika Syarikat di tempat pertama dan Scotland di tempat kedua.

Nallina ketika dihubungi berkata, beliau begitu gembira dan berpuas hati kerana berjaya melangkah ke pusingan akhir sekaligus meraih tempat ketiga.

“Terima kasih rakan pasukanm, Raagini dan juga UniSZA kerana memberi peluang kepada kami untuk beraksi ke peringkat antarabangsa serta mewakili Malaysia ke pertandingan ini”

“Kami sudah membuat yang terbaik dan berjaya membawa nama UniSZA dan juga Malaysia ke persada dunia”, katanya.

04.15 FUHA Dua Pelajar Wakili Malaysia 2

Cetak E-mel

TAHNIAH DI ATAS VALUASI RM1 JUTA

Sekalung tahniah kepada Muhammad Ziyad Mohd Yazid dan Muhammad Faris Mat Nazer (ahli Kelab Keusahawanan Unisza) kerana telah berjaya mendapat valuasi sebanyak RM 1 Juta Ringgit daripada Khazanah Nasional Berhad untuk perniagaan mereka iaitu PIKON. Moga terus maju jaya dan terus membawa nama Universiti Sultan Zainal Abidin di persada dunia. Tahniah!

 Codearmy KNEO 1 Codearmy KNEO 2

Cetak E-mel

UniSZA RAIH KEJAYAAN PENUH DI MTE 2018

RMIC1Kuala Nerus : Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melakar kecemerlangan di Malaysia Technology Expo (MTE) 2018 apabila berjaya meraih empat pingat emas dan lima pingat perak

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof Ir. Dr. R. Badlishah Ahmad berkata, beliau begitu berbanggan kerana semua produk yang dipertandingkan di MTE itu berjaya mendapat pingat.

“Pencapaian ini lebih membanggakan apabila produk i-Wudhu’ hasil ciptaan Prof. Dr. Tengku Mohammad Ariff Raja Hussin dan ahli turut memperoleh Anugerah Khas” katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, MTE 2018 adalah satu platform yang bagus kepada UniSZA terutamanya untuk mempamerkan ciptaan dan idea penyelidik kepada para pelabur, pengilang dan pengedar di seluruh dunia dan di Asia khususnya.

“Ini membuktikan bahawa MTE 2018 adalah landasan terbaik bagi pengkomersialan dan kolaborasi teknologi dengan lebih daripada 200 penyertaan daripada pelbagai negara,” katanya ketika ditemui di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.

Program selama tiga hari yang bertemakan Asia’s Invention and Innovations Marketplace’ itu merupakan antara pameran inovasi yang paling menonjol di Asia kerana berjaya menarik kira-kira 8,000 pengunjung.

RMIC2 RMIC4 RMIC3

 

Cetak E-mel

SOUL DESIGN PAMER 46 PRODUK PELAJAR UniSZA

FritIJ2Kuala Nerus – Seramai 46 pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mempamerkan produk masing-masing di Education 4.0 Innovation With Soul

Pameran anjuran Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi (FRIT) itu berlangsung selama dua hari bertempat di Lobi Kementerian Pendidikan  Tinggi, Putrajaya.

Pengarah Program, Muhammad Afiq Yahya Awal, berkata pameran bertemakan Soul Design itu bertujuan untuk mempromosikan hasil kerja pelajar tahun akhir,Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian

“Pameran ini adalah platform terbaik untuk mempamerkan hasil kerja pelajar Reka Bentuk Perindustrian khususnya kepada masyarakat luar seterusnya membuka mata kepada industri luar tentang bakat pereka muda di negara ini” katanya ketika ditemui.

Menurut Afiq, dengan adanya pameran seperti itu, ia dapat menarik minat industri luar dan pelajar sekolah yang bakal melanjutkan pelajaran ke untuk memilih kursus reka bentuk perindustrian secara lebih mendalam seterusnya melanjutkan pelajaran ke UniSZA.

Tambahnya lagi, sebanyak 46 produk dipamerkan mengikut kluster perabut, automotif, dan produk pengguna dengan motif Islamic, Medical dan Bio-Soure.

Pameran tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh. Hadir sama, Timbalan  Menteri Pendidikan Tinggi,  Y.Bhg Datuk Mary Yap Kain Ching , Pro Canselor UniSZA, Ybhg.Tan Sri Dato’ Dr. Mohamad Yusof Hj Mohamad Nor dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif.

FritIJ1 FritIJ3

Cetak E-mel