Berita 2018

MENDEKATI KEBUDAYAAN BANGSA ASING di UniSZA CULTURAL FESTIVAL 2018

FUPL1KUALA NERUS: Pendedahan mengenai kebudayaan bangsa daripada pelbagai negara asing melalui cara pemakaian, kesenian dan makanan telah dijayakan oleh pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui UniSZA Cultural Festival 2018.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniSZA, Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad, berkata pelajar dapat mengaplikasikan bahasa asing yang dipelajari dalam kehidupan sebenar apabila berinteraksi dengan bangsa daripada negara lain.

“Kita adakan UniSZA Cultural Festival ini sebagai platform terbaik kepada pelajar untuk mengenali secara lebih dekat pelbagai budaya bangsa dari dalam dan luar Malaysia”

“Program ini juga telah mencungkil bakat pelajar melalui pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan pelbagai bangsa seperti tarian, nyanyian, seni muzik, lukisan dan kraftangan disamping mempelajari kebudayaan tersebut,” katanya pada majlis perasmian UniSZA Cultural Festival, semalam.

Katanya lagi, sebanyak RM500 telah diperuntukkan kepada setiap kelas bahasa asing untuk persiapan program ini.

“Alhamdulillah, sambutan sangat memberangsan terhadap program ini dan pelajar turut menyaranan beberapa penambahbaikan untuk masa akan datang”

“InsyaAllah, kita akan tambah lagi peruntukan dan keluasan tapak gerai bagi setiap kelas bahasa asing yang terlibat untuk membolehkan penyediaan lebih banyak sampel makanan serta meningkatkan keselesaan pengunjung yang berkunjung ke tapak gerai”, katanya.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang festival berkenaan antaranya jualan makanan, demostrasi masakan, permainan, demostrati pakaian dan persembahan dari pelbagai negara.

Antara kelas bahasa asing yang terlibat adalah Thailand, Jepun, Vietnam, Nigeria, China dan Jordan.

Program tahunan anjuran Pusat Pengajian Bahasa, Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) serta Pusat Antarabangsa itu berlangsung selama satu hari di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA Gong Badak.

Cetak E-mel

SARONG MAYANG BANTU MASALAH TELEKUNG BERBAU DI SURAU, MASJID UniSZA

FSSG3Kuala Nerus: Seramai 23 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda (Antropolagi dan Dakwah) berganding tangan dan tampil menyelesaikan permasalahan yang wujud terhadap telekung solat, sejadah dan kualiti kebersihan tempat ibadat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA),

Melalui projek yang dikenali sebagai 'Sarong Mayang' dengan menggunakan tanda pagar “dokbaudoh” ia adalah satu usaha kecil bagi mendidik masyarakat untuk mengamalkan ajaran Islam sebenar dengan menjaga kebersihan dan kekemasan.

Pengarah Projek, Izzat Imran Wahid berkata, pihaknya menerima sumbangan telekung lebih 100 pasang yang dijahit dengan label 'Sarong Mayang' bagi memudahkan kumpulan sukarelawan itu menukar setiap telekung yang berbau dan kotor.

“Misi kami adalah untuk mengajar dan mendidik masyarakat agar lebih peka dengan keadaan pakaian solat sebelum beribadah selain menerapkan sikap bertanggungjawab dalam menjaga barang wakaf yang diberi”

“Masalah yang biasa terjadi kepada wanita Muslim apabila hendak solat ialah telekung yang berbau dan kepam. Malah,  ada juga telekung yang di gunakan meninggalkan kesan solekan dan bintik hitam kerana basah dan tidak digantung.” Katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, Geng Sarong Mayang  telah menyediakan bakul di dalam surau pada setiap hujung minggu untuk mana-mana pihak turut serta menyumbang tenaga dan pahala bagi membasuh dan meletakkan kembali telekung bersih di setiap surau di dalam UniSZA.

“Saya harap projek sukarelawan ini diteruskan dan disambut baik oleh semua mahasiswa agar lebih prihatin dan cakna terhadap keadaan sekeliling”, katanya.

Ahli Geng Sarong Mayang, Muhammad Wan Faizal Che Juhari, berkata projek itu melihat kepada masalah yang berlaku pada hari ini di mana tiada pihak yang cakna akan kepentingan pakaian.yang berbau dan tidak memuaskan serta mengganggu khusyuk ketika solat.

“Alhamdulillah, pensyarah dan kakitangan UniSZA turut menyokong usaha yang dilakukan ini bagi membantu memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat tentang kebersihan sebelum solat dan budaya wakaf.

 “kami juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu memberi sumbangan dalam bentuk atau  kewangan dalam memastikan projek ini dapat  diteruskan”, katanya.

Projek itu juga turut mengadakan forum bertajuk Telekung Talk : ‘AKU’ Busuk and Poetry Night For All dengan kerjasama Kelab Citra Puisi UniSZA (KERISZ) serta amali solat kepada anak-anak kecil di tadika UniSZA.

FSSG1 FSSG2

Cetak E-mel

UniSZA RANGKUL LIMA PINGAT EMAS DI ITEX 2018

ITEX4Kuala Nerus: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya meraih kejayaan 100 peratus dengan meraih lima pingat emas, lapan pingat perak dan tujuk pingat gangsa di Pameran Reka Cipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa ke-29 (ITEX 2018)

Program edisi ke-29 itu merupakan pertandingan inovasi bertaraf antarabangsa yang disertai lebih 1,000 penyertaan daripada 22 buah negara dengan tema 'Nyalakan Kreativiti Anda'.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan), Prof Ir. Dr. R Badlishah Ahmad,  berkata, ia merupakan satu kejayaan yang cukup membanggakan di pameran ITEX 2018 itu.

"Alhamdulillah tahun ini kita berjaya meraih pingat untuk kesemua produk yang dipertandingkan.

“InsyaAllah UniSZA akan berusaha untuk mengetengahkan produk-produk ini ke peringkat antarabangsa," katanya ketika dihubungi.

Program yang berlangsung pada 10 - 12 Mei 2018 telah dirasmikan oleh Presiden Persatuan Rekaan dan Inovasi Malaysia (MINDS), Tan Sri Emeritus Professor Dr. Augustine S. H. Ong. di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Brig. Jeneral Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.

ITEX2 ITEX3 ITEX1

Cetak E-mel

100 PESERTA SERTAI ESPER DEMI ALAM SEKITAR

ESERI1Jabi – Seramai 100 peserta berkerjasama dalam memastikan kelestarian alam sekitar di Malaysia dengan menyertai Program Ekspedisi Saintifik Pacuan Empat Roda (ESPER).

Program yang diadakan selama tiga hari di Sungai Limau, Jabi itu merupakan anjuran sepenuhnya Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Pengarah ESERI, Profesor Madya Dr. Hafizan Juahir berkata tujuan ESPER yang paling utama adalah untuk pengumpulan data alam sekitar di kawasan yang terpilih dalam membuat perbandingan antara kawasan yang tidak tercemar dan yang tercemar. “Data yang diperolehi ini akan dimasukkan ke dalam pangkalan data alam sekitar Negeri Terengganu sebagai asas rujukan sekiranya berlaku pencemaran di masa akan datang.  

“Selain itu, kami juga turut dapat menyiapkan penghasilan penerbitan saintifik daripada program ini bagi memenuhi keperluan penyelidikan universiti”, katanya ketika ditemui.  Beliau berharap, ESPER kali ketiga itu dapat dapat melaksanakan pemindahan ilmu dalam pengawalan dan penjagaan serta kesedaran alam sekitar kepada peserta serta penduduk setempat melalui pengumpulan data penyelidikan yang dilakukan sepanjang program berlangsung. 

Menurut Hafizan, secara keseluruhannya, ESPER bermatlamatkan pengukuhan pengetahuan saintifik terhadap kawasan sekitar Sungai Limau, Jabi, Terengganu yang sebelum ini kurang dikaji. “Program ini juga diharapkan dapat menghasilkan penemuan baru yang boleh diterbitkan untuk peringkat kebangsaan dan antarabangsa  “Alhamdulillah, ESPER kali ini bukan sahaja disertai ahli akademik dan penyelidik, malah usahawan, pegawai – pegawai kerajaan, kakitangan, pelajar siswazah dan warga tempatan turut serta sekaligus merangsang perbincangan dan pertukaran idea antara peserta dalam bidang yang berkaitan”, katanya.  

Antara aktiviti yang dijalankan adalah persampelan dan pengumpulan data semasa kualiti alam sekitat di kawasan Sungai Limau kepada pihak Jabatan Hutan Negeri Terengganu serta penghasilan penerbitan saintifik bagi memenuhi keperluan MyRA.

Selain itu, program ini juga memberi pendedahan kepada peserta berkenaan kajian penilaian alam sekitar bagi tujuan pemulihan dan pemeliharaan flora dan fauna.

ESERI2 ESERI3 ESERI4

Cetak E-mel

UniSZA RAIH 28 EMAS DI UNICEL 2018

 UniCEL3Kuala Nerus: Sebanyak 28 pingat Emas berjaya digondol Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada Karnival e-Pembelajaran UniSZA (UniCeL 2018), hari ini.

Karnival yang mempamerkan 90 produk berkaitan inovasi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) itu disertai oleh warga akademik, penyelidik serta pelajar dari seluruh negara.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato Dr. Ahmad Zubaidi A. Latiff  berkata, karnival kali kedua diadakan itu bertujuan memberi pendedahan, mengetengahkan dan mempamerkan hasil inovasi berfokuskan PdP  kepada komuniti setempat.

“Penyertaan dari seluruh instituti serta sekolah berkenaan produk e-pembelajaran mereka ini dinilai untuk dipilih sebagai  produk inovasi terbaik yang akan dipertandingkan ke peringkat seterusnya.

“Saya berharap agar UniCeL 2018 ini memberi manfaat kepada semua terutamanya warga UniSZA untuk lebih aktif berkarya serta berinovasi dalam PdP serta mengetengahkan hasil penyelidikan dan inovasi di peringkat lebih tinggi”, katanya pada majlis perasmian UniCeL 2018, Dewan Al Muktafi Billah Shah, UniSZA Kampus Gong Badak.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad dan Pengarah Pusat Kualiti Akademik dan e-Pembelajaran (AQeL), Dr. Sharifah Wajihah Wafa Syed Saadun Tarek Wafa.

Pada majlis berkenaan, sebanyak 48 produk menerima pingat Emas, manakala 30 produk dianugerahkan pingat Perak dan 10 produk diberikan Pingat Gangsa.

 UniCEL1 UniCEL2

Cetak E-mel