Seoul: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus unggul di persada antarabangsa apabila berjaya meraih tiga pingat Emas, tiga Perak dan dua pingat Gangsa di Seoul International Invention Fair (SIIF) 2017.
Lebih bermakna lagi apabila UniSZA turut memperolehi anugerah khas menerusi produk i-Dispenser yang diketuai oleh Prof. Dr. Nasir Mohamad.
Beliau ketika ditemui berkata, i-Dispenser adalah sebuah produk yang dicipta untuk membantu mengoptimakan rawatan ketagihan dadah.
“Produk ini berfungsi secara automatik dan segala maklumat pesakit disimpan dalam pangkalan data bagi memastikan ia tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab”, katanya.
Katanya lagi, beliau bersyukur kerana terpilih untuk anugerah khas itu dan diberi peluang untuk mendedahkan ciptaan masing-masing selain menjadi batu ukuran terhadap pencapaian dalam bidang diceburi.
“Penglibatan dalam pameran ini amat penting kerana ia membuka peluang kepada pencipta untuk berkolaborasi dan saling bertukar idea serta pandangan bagi penyelidikan dan inovasi yang akan dilaksanakan pada masa hadapan”, katanya.
Pameran anjuran Korea Invention Promotion Association (KIPA) itu berlangsung selama empat hari bermula 30 November sehingga 3 Disember, di Dewan Pameran COEX, Seoul, Korea Selatan.

Cetak
E-mel
Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) telah mengadakan Majlis Anugerah Dekan (MAD) pada hari Rabu 22 November 2017, bertempat di Dewan Perdana, UniSZA Kampus Gong Badak.
Majlis ini bermula pada pukul 2.30 petang yang dihadiri 100 orang staf FRIT dan 350 orang pelajar. Majlis Anugerah Dekan ini adalah bertujuan bagi meraikan dan memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang pada semester 2, sesi 2016/2017.
Seramai 88 orang penerima Anugerah Dekan bagi Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi bagi Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Bagi Penerima Anugerah Terbaik Fakulti dimenangi oleh Siti Naimah Solehah binti Mohd Idris, Anugerah Terbaik Program Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian dengan Kepujian oleh Wan Alif Asyraf bin Wan Nor Ruddin.
Manakala, Anugerah Terbaik Program Diploma Reka Bentuk Perindustrian dimenangi Amirul Amin bin Abd Rahim dan Anugerah Terbaik bagi ISM Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dengan Kepujian (Reka Bentuk Produk ) oleh Siti Naimah Solehah bintI Mohd Idris. Anugerah Terbaik Diploma Teknologi Pembuatan oleh Muhammad Iqbal Ayyub bin Roslan. Selain itu, fakulti juga turut menyampaikan pemenang bagi pertandingan " SAY IT OUT LOUD" kepada pelajar yang terlibat. Seramai empat (4) pemenang yang menerima hadiah tersebut pada hari berkenaan dan majlis ini berakhir pada pukul 4.30 petang.
Selain itu, fakulti juga turut menyampaikan pemenang bagi pertandingan " SAY IT OUT LOUD" kepada pelajar yang terlibat. Seramai empat (4) pemenang yang menerima hadiah tersebut pada hari berkenaan dan majlis ini berakhir pada pukul 4.30 petang.

Cetak
E-mel