Berita 2017

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG GONG SEKOLAH DAN KAMPUNG AWANG LIB, KUALA NERUS

hanisa447 April 2017 – Seramai 60 orang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), kakitangan Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi (PPPSE), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Kakitangan Institut Pembangunan (Kesihatan) Masyarakat, i-CODE serta para penduduk kampung telah terlibat dalam program Khidmat Masyarakat di Kampung Gong Sekolah dan Kampung Awang Lib, Kuala Nerus baru-baru ini.

Majlis dirasmikan oleh Pengarah i-CODE, Y. Brs.Prof. Dr. Tengku Mohammad Ariff. Turut hadir semasa majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah i-CODE, Y. Brs. Prof. Dr. Nasir Mohammad, Dekan PPPSE UMT, Y. Brs. Dr. Prof. Madya Dr. Suriyani Muhamad, kakitangan PPPSE UMT, Ketua UMNO Cawangan Wakaf Tengah Gong Sekolah, Tuan Haji Amiruddin Abd. Rashid, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kampung Gong Sekolah, Tuan Haji Wan Rosli Wan Ahmad serta kakitangan i-CODE.

Selepas majlis perasmian, program diteruskan dengan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan tanah perkuburan Islam dan masjid kampung, majlis bacaan tahlil serta bersama-sama menyiapkan hidangan makan tengahari untuk semua peserta program. Pengarah i-CODE dalam ucapan perasmian memaklumkan bahawa, program khidmat masyarakat ini akan berlangsung secara berterusan selama dua (2) tahun (2017/2018) secara berkala dan akan diadakan setiap bulan mengikut slot aktiviti yang berlainan antaranya kerohanian, ekonomi, kesihatan, pendidikan dan penyelidikan. Pemantauan secara berperingkat akan dilaksanakan agar objektif program tercapai iaitu untuk melaksanakan pemindahan ilmu dan menjadikan kampung ini sebagai role model kepada kampung lain di masa akan datang.

Program seumpama ini juga perlu diteruskan sebagai salah satu tanggungjawab sosial kepada golongan yang memerlukan. Beliau juga berharap agar silaturrahim yang telah dibentuk ini dapat melancarkan urusan aktiviti-aktiviti di masa akan datang. Jawatankuasa kerja Program Khidmat Masyarakat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

hanisa55 hanisa66

Cetak E-mel

MURAL DI PANTAI BARU RAKIT

BR 4Kuala Nerus : Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Pejabat DUN Batu Rakit, Kuala Nerus telah mengadakan Program Gotong Royong pada 15 April 2017 bertempat di Kg. Batu Rakit Pantai.

Seramai 300 orang pelajar FRIT, 20 orang staf fakulti dan melibatkan lima (5) buah kawasan JKKK yang mengambil bahagian dalam program tersebut. Majlis ini diserikan dengan kata aluan oleh Prof. Dr. Nik Wan bin Omar, Timbalan Naib Canselor (HEPA) dan telah dirasmikan oleh YB Haji Bazlan Bin Abd Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit. Selain itu juga, pemenang bagi lukisan arca di bulatan UniSZA turut diberikan pada majlis tersebut yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (HEPA) dan juara membawa pulang hadiah sebanyak RM1,500.00.

Selaras dengan pelancaran UniSZA sebagai Universiti Komuniti, FRIT terpanggil untuk melakukan khidmat komuniti di sekitar kawasan kampus. Antara aktiviti yang dilakukan adalah pembersihan pantai, membersihkan dua kawasan perkuburan, dan juga menyumbang lukisan mural hasil kreativiti pelajar FRIT. Pihak fakulti juga mengambil peluang untuk mengadakan program mentor mentee perdana pada hari tersebut.

Program tersebut berjalan dengan lancar dan diharapkan agar program komuniti sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang sekaligus mempamerkan kecaknaan UniSZA terhadap komuniti setempat yang bukan sahaja berfokuskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kampus semata-mata.

BR 3

Cetak E-mel

SRM UniSZA TURUN PADANG BANTU GELANDANGAN

srm44Kuala Lumpur : Seramai 39 ahli Sekretariat Rakan Muda Universiti Sultan Zainal Abidin (SRM UniSZA) menyertai program Tautan Kasih yang bertempat di Kaki Lima Tune  Hotel, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Program dengan kerjasama Angkatan Sukarelawan Asas Sejahtera (ASAS) itu diadakan bertujuan untuk membantu  golongan gelandangan yang tiada tempat bergantung dan mendekatkan diri mahasiswa bersama masyarakat yang terbiar serta memberi pengalaman berguna kepada para  mahasiswa.

Pengarah Program, Nor Sakinah Mohamad, berkata golongan sasaran bagi program iyu adalah dalam kalangan gelandangan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Antara bantuan yang diberikan adalah makanan, pakaian terpakai, kain batik dan kain pelikat, lampin pakai buang, selipar dan tuala wanita “Selain itu, kita juga turut mejalankan aktiviti bersama kanak-kanak Rohingya di School Education Garden, Jalan Puteri, Puchong dan sambutan yang diterima amat memberangsangkan daripada kanak-kanak di sekolah tersebut” katanya ketika ditemui.

Menurut Sakinah, pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang program antaranya sukaneka, membuat origami dan senamrobik. “Alhamdulillah, program ini telahmemberikan impak yang besar terhadap mahasiswa UniSZA dalam membangunkan kemahiran insaniah dan memupuk sikap prihatin pada golongan yang kurang bernasib baik. “Saya harap dengan berlangsungnya program ini, dapat memberikan impak yang positif dan membuka mata masyarakat agar tampil membantu mereka yang lebih memerlukan,” katanya.

Katanya lagi, semoga aktiviti seperti ini dapat terus dilaksanakan pada masa akan datang kerana program ini dapat memantapkan sahsiah diri seseorang untuk menjadi manusia yang cinta akan pembabitan diri dalam misi khidmat masyarakat. 

  srm11 srm22 srm33

Cetak E-mel