Berita 2017

ISLAMIC CONCEPT SEMPENA EXCEED 2017 FRIT

exceed 2017 5Kuala Nerus: Fakulti Reka bentuk Inovatif & Teknologi (FRIT), Universiti Sultan ZainaI Abidin (UniSZA) telah menganjurkan satu pameran, Industrial Design Diploma Show (EXCEED) 2017 pada 22 hingga  23 Mei 2017 bertempat di  Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu(PPAT).

Program anjuran Persatuan Mahasiswa FRIT dengan kerjasama Kelab Reka bentuk Industri (IdeC) adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan hasil kerja pelajar tahun akhir, Diploma Reka bentuk Perindustrian, kepada pelajar sekolah dan masyarakat luar kampus. Dengan mengenengahkan Islamic Concept dan produk orang kelainan upaya (OKU), tiga kategori rekaan dipamerkan seperti perabut, automotif, dan produk pengguna. Sebanyak 62 produk melibatkan 31 orang pelajar dapat dipamerkan.

Di samping itu, EXCEED  juga bertujuan bagi menarik minat para pelajar sekolah yang bakal melanjutkan pelajaran ke univesiti bagi mengambil kursus reka bentuk perindustrian secara lebih mendalam dan seterusnya memilih melanjutkan pelajaran ke Universiti Sultan Zainal Abidin.

Perasmiannya disempurnakan oleh Penyelaras data dan latihan Industri, Ybhg. Sheikh Ahmad Tajuddin Sh.Yusof, mewakili dekan FRIT.Turut hadir, Timbalan Dekan HEPA FRIT, Dr.Imran Abdullah, Pensyarah, Staf,Pelajar FRIT dan Guru  sekolah yang terlibat.

Kesimpulannya program ini dapat melatih bakal graduan UniSZA mahir berkomunikasi dengan masyarakat kampus, memupuk semangat berpasukan dan mengaplikasi nilai nilai murni semasa mengendalikan sesuatu program kearah alam pekerjaan sebenar nanti.

exceed 2017 01 exceed 2017 2 exceed 2017 3

Cetak E-mel

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PEGAWAI FARMASI METHADONE NEGERI PAHANG KE UniSZA

icode117 Mei 2017 (Rabu) - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menerima kunjungan seramai 14 orang Pegawai Farmasi Methadone, Negeri Pahang bagi tujuan lawatan sambil belajar dan perbincangan kerjasama hasil kajian projek geran penyelidikan NRGS berkenaan Terapi Gantian Methadone dari aspek biologi dan spiritual, Modul i-TGM, dan produk i-Dispenser. Projek penyelidikan ini diketuai oleh Y. Brs. Prof. Dr. Nasir Mohammad, Timbalan Pengarah Institut Pembangunan (Kesihatan) Masyarakat (i-CODE).

Rombongan lawatan diketuai oleh Puan Zaidah Abdul Karim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Amalan dan Perkembangan Farmasi merangkap Penyelaras Methadone Unit Farmasi Negeri Pahang disambut mesra oleh Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. R. Badlishah Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA bersama-sama Y. Brs. Prof. Dr. Tengku Mohammad Ariff Raja Hussin, Pengarah Institut Pembangunan (Kesihatan) Masyarakat (i-CODE).

Turut hadir meraikan majlis ialah Encik Mohammd Tajmuddin Shah Muda, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Terengganu (AADK), wakil Penjara Marang Negeri Terengganu, Prof. Dr. Ab Fatah Ab Rahman, Dekan Fakulti Farmasi (FF), Ahli – ahli  Penyelidik Projek Geran Penyelidikan NRGS dan pelajar-pelajar siswazah dibawah seliaan geran penyelidikan NRGS. Hasil kunjungan, pihak rombongan sangat berminat dan tertarik dengan Modul i-TGM dan produk i-Dispenser yang telah dibentangkan semasa majlis. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA berharap agar perbincangan yang lebih dekat dan terperinci perlu diteruskan dalam tempoh masa terdekat agar kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada lawatan ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan Institut Pembangunan (Kesihatan) Masyarakat (i-CODE) dan UniSZA serta Projek Geran Penyelidikan NRGS yang terlibat sepanjang majlis berlangsung.

icode4 icode3icode2 

Cetak E-mel

PRODUK UniSZA MENYINAR DI ITEX 2017


itex111 Mei 2017 - UniSZA melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (RMIC) telah menyertai 28th International Innvention & Technology Exhibition (ITEX) 2017 Di Kuala Lumpur Convention Center. Pameran yang berlansung pada 11 – 13 Mei 2017 telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah.

Pameran yang dianjurkan oleh Malaysian Invention and Design Society (MINDS) adalah pertandingan inovasi bertaraf antarabangsa yang berjaya menarik lebih 1,000 penyertaan daripada 22 buah negara. Turut melawat booth UniSZA bagi melihat sendiri kemeriahan dan keunikan 16 produk  UniSZA yang dipertandingkan ialah Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif. Beliau diiringi oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA, Prof. Ir. Dr. R. Badlishah Ahmad dan Pengarah RMIC, Prof. Madya Dr. Saiful Bahri Mohamed.

Sebanyak lapan (8) pingat emas, tujuh (7) pingat perak dan satu (1) pingat gangsa telah dirangkul oleh peserta UniSZA dalam pameran berkenaan.

Senarai pemenang produk UniSZA di ITEX 2017 sepertimana berikut;

Bil. Para Penyelidik Fakulti Nama produk Pingat
1

 

Ketua :

  WACOL - Biodiesel Emas
Prof. Dr. Azizah Endut Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI)
   
Ahli :  
Dr. Fathurrahman Lananan Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI)
Dr. Ireana Yusra Abdul Fatah
Siti Hajar Abdul Hamid
Wan Nur Sakinah Din
Sharifah Hanis Yasmin Sayid Abdullah
Mohd Hazim Abd Aziz Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT)
Amir Fadzli Abd Ghani
   
2 Al Mizzalah Al Jariah Emas
Ketua:
Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad Fakulti Ekonomi & Sains Pengurusan (FESP)
Ahli:
Dr. Mohd Hisham Omar Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT)
Dr. Imran Abadullah
Tuan Sheikh Ahmad Tajuddin Sh. Yusoff
Ahmad Fairuz Ariff
3

Ketua:

Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad

Ahli:

Tuan Sheikh Ahmad Tajuddin Sh. Yusoff

Dr. Mohd Hisham Omar

Mohamad Sobri Abu Bakar

Speedy Ban “ Bahulu, Akok,Nekbat Maker” Emas
Fakulti Ekonomi & Sains Pengurusan (FESP)
Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT)
4

Ketua

Relative Age Effect-Fitness Index Board Emas/Gold
Prof. Madya Dr. Mohamad Razali Abdullah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI)
Ahli:

PM. Dr. Hafizan Juahir

Norlaila Azura Kosni

Siti Musliha Mat Rasid
Ahmad Bisyri Husin Musawi Maliki
Aleesha Adnan
Rabiu Muazu Musa
5 Ketua: Genolysis Oxygen Generator Emas
Amir Fadzli Abd Ghani Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT)
Ahli:
Prof. Dr. Azizah Endut Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI)
Dr. Fathurrahman Lananan
Mohd Hazim Abd Aziz Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT)
Mohd Hosni Rifin
Mohd Ridzwan Zaim Mohd Rauf
Muhammad Uzair Abd Rahman
Mohd Fakhruddin Mohamad
Ong Shu Teg
6 Ketua: Establishing Reliability of Sepak Takraw’s  Performance Indicator Using Notational Analysis Emas
PM. Dr. Mohamad Razali Abdullah Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG)
Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI)
Ahli:

Prof. Madya Dr. Hafizan Juahir

Norlaila Azura Kosni

Siti Musliha Mat Rasid
Ahmad Bisyri Husin Musawi Maliki
Aleesha Adnan
Rabiu Muazu Musa
7 Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) Burst-Finder: Automated Solar Radio Burst Detection For e-Callisto Spectra Emas
Ketua:
Roslan Umar
Ahli:
Nur Zulaikha Mohd Affandi

Nor Hazmin Sabri

Zainol Abidin Ibrahim

Zamri Zainal Abidin

Christian Monstein 

8 Ketua: Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) Ultra Chicken EggShell (Ultra-Ches) Membranes Emas
Dr. Abdul Rahman Hassan
Ahli:
Prof. Madya Dr. Hafizan Juahir
Prof. Madya Dr. Mohd Hafez Mohd Isa
Syaril Hirman Azmee
9 Ketua: Fakulti Informatik & Komputeran (FIK) iPACC : Intelligence Predicitive Analytics for Customer Churn Perak
Prof. Madya Dr. Mokhairi Makhtar
Ahli:

Prof. Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman

Mohd Khalid Awang

Mohd Isa Awang
Rosaida Rosly
10

Ketua:

Fakulti Informatik & Komputeran (FIK) AR-BEST : Belajar Asas Nombor Secara Interaktif

Perak

Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin
Ahli:
Dr. Ismahafezi Ismail
Maizan Mat Amin
Norkhairani Abdul Rawi

11

Ketua :

 

 

 

 

 

Fakulti Informatik & Komputeran (FIK)

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI)

QUVET : Online Quranic Verification Tool Perak
Dr. Syarilla Iryani Ahmad Saany
Ahli:
Prof. Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman
En. Azwa Abdul Aziz
Dr. Engku Fadzli Hassan

Pn. Raja Hasyifah Raja Bongsu

Prof. Dr. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

12

Ketua:

Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) Pijak: Universal Pillion Footboards Perak
Dr. Ruwaidy Mat Rasul
Ahli:
Nurul Nafisah Mahdi
Muhammad Izzat Sharifuddin
Muhammad Nu’aim Rahemi
Muhammad Asyraf Abdul Rashid
Muhammad Zulhilmi Izzat Daud
Mohd Ridzhwan Zaim Mohd Rauf

13

Ketua:

Dr. Muhamad Fazil Ahmad

Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG) Pro-Patine Perak
14

Ketua:

Prof. Dr. Zuhairah Ariff      Abd Ghadas

Ahli :

Dr. Nazli Ismail@Nawang>

Mohd Fadzrul Hanif Fadzilah

Norsyahira Jano

Hadri Omar

Saif Allah Meftah Abgenah

Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa (FUHA) "iVIN" -Interactive Visual Impairment Navigator Perak
15 Ketua: EZ-Arabic Mobile APP Perak
Mohd Firdaus Yahaya Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK)
Ahli:
Prof. Madya Dr. Muhammad Sabri Sahrir
Mohd Shahrizal Nasir
Mohd Fauzi Abdul Hamid

Dr. Zulazhan Ab. Halim

Dr. Azrul Amri Jamal

16 Ketua: Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG) FSSG Facedoor Gangsa
Prof. Dr. Ahmad Puad Mat Som
Ahli:
Dr. Muhamad Fazil Ahmad
Mohd Usairi Mohamed Zainuddin

Sekalung tahniah diucapkan kepada para penyelidik dan urusetia yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan ITEX 2017. Semoga usaha keras seperti ini berterusan demi memartabatkan UniSZA di peringkat global.

itex2 itex3

Cetak E-mel

PASARKAN PRODUK FRIT

DR LAN 3Kuala Nerus : Seramai 34 pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan semester 4 manakala 24 pelajar Diploma Teknologi Pembuatan semester 3 Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)telah berjaya  mengadakan sesi penilaian produk masing masing pada 9 Mei 2017 yang baru lalu bertempat di Auditorium Perpustakaan  UniSZA.

Penilaian dibuat berdasarkan keperluan membangunkan produk bagi memenuhi amali subjek pembangunan dan reka bentuk produk (MTP 24504) dan (MTM 12703).Sebanyak 24 produk berjaya dihasilkan mengikut kategori keperluan rumah, pertanian, keperluan orang kelainan upaya (OKU) dan pemprosesan makanan. Penilaian ini diselaraskan oleh Dr. Roslan Awang, pensyarah Jabatan Teknologi Pembuatan FRIT.

Para penilai terdiri daripada Encik Fekeri Bidin dan Encik Mohd Zol Ismail dari Pusat Giat Mara Batu Rakit manakala Encik Mansor Abd Rahman dari Institut Perguruan Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu. Tiga buah produk menarik minat mereka dan berpendapat ianya boleh dipasarkan. Produk tersebut ialah Push Brush Cutter, Standing Frame & Padlock Reminder.

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya. Semoga usaha ini dapat meningkatkan lagi kreativiti pelajar bagi meningkatkan inovasi di masa hadapan.

DR LAN 4 DR LAN 5 DR LAN 6

Cetak E-mel

BENGKEL PEMURNIAN DASAR DAN GARIS PANDUAN LALUAN KERJAYA STAF AKADEMIK

222Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti telah mengadakan Bengkel Pemurnian Dasar dan Garis Panduan Laluan Kerjaya Staf Akademik pada 7 hingga 8 Mei 2017 bertempat di Duyong Marina & Resort. Bengkel yang diadakan selama 2 hari bertujuan untuk memuktamadkan deraf akhir dasar dan garis panduan laluan kerjaya staf akademik UniSZA meliputi Amanah Kesarjanaan Pensyarah (AKP), Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) serta Dasar dan Garis Panduan Kenaikan Pangkat Staf Akademik berdasarkan Laluan Kerjaya Pengajaran, Laluan Kerjaya Penyelidikan, Laluan Kerjaya Kepimpinan Institusi dan Laluan Kerjaya Pengamal Profesional.

Bengkel yang melibatkan 36 orang staf akademik terdiri daripada profesor-profesor di UniSZA, dekan-dekan, ahli jawatankuasa PEMANDU, Persatuan Staf Akademik serta staf akademik. Bengkel ini telah diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif serta Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Profesor Ir. Dr. R. Badlishah bin Ahmad.

Prof. Dr. Hjh. Nor Aziah binti Hj. Alias, Penulis Strengthening Academic Career Pathways and Leadership Development, UniTP Orange Book telah dijemput sebagai Penceramah Khas untuk memberikan penerangan kepada ahli bengkel berkaitan keperluan laluan kerjaya staf akademik berdasarkan kandungan UniTP Orange Book.

111 333

Cetak E-mel