Berita 2017

UNIT KAUNSELING ANJUR PROGRAM “ JOM CAKNA MINDA SIHAT, HIDUP BAHAGIA”

kaun228 Julai 2017 (Sabtu)- Unit Kaunseling PTNC HEPA UniSZA telah menganjurkan Program Jom Cakna Minda Sihat, Hidup Bahagia, dengan penyertaan mahasiswa seramai 106 orang, bertempat di Dewan Kuliah Utama, Kampus Gong Badak.

Program ini telah menampilkan dua orang penceramah, iaitu YBhg. Dr. Mohd. Shafiee Bin Hamzah (Pengarah Pusat Islam UniSZA dengan slot ceramah bertajuk Ubah Kehidupan Dengan “Sangkaan Baik dan YBhg. Dr. Tuan Sharifah Bt Tuan Hadi (Pakar Psikiatri HSNZ) yang menyampaikan ceramah bertajuk Jom Sejahterakan Minda, Hapus Derita, Elak Tekanan. Di dalam ceramah oleh YBhg. Dr.Mohd Shafiee, beliau berkongsi tips bagi memperkukuhkan jalinan persaudaraan antara sesama mahasiswa iaitu sentiasa berbaik sangka, malah menjauhkan berburuk sangka.

Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: "Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan." Demikian perkara-perkara dasar yang harus diberi beliau, sesungguhnya, sangkaan yang difokuskan dengan bersungguh-sungguh adalah satu doa.

Mahasiswa perlu menyakini, walaupun Allah kadang-kadang tidak mengabulkan sesuatu hajat secara terus, Dia pasti akan memberikan apa yang kita perlukan dalam hidup ini. Kita meminta apa yang kita mahu, dan Allah memberi apa yang kita perlu. Mungkin sesuatu hajat kita itu bukan yang terbaik untuk kita, lalu Allah mengabulkan kejadian yang sebaliknya yang merupakan keperluan kita yang sebenar.

Sebab itulah kita perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah, kerana di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan. Sementara bagi slot yang disampaikan oleh Dr. Tuan Sharifah Bt Tuan Hadi pula, kesihatan mental boleh mempengaruhi produktiviti kerja seseorang individu, mahasiswa dan organisasi.Kerisauan, tekanan dan kemurungan harus dielakkan oleh setiap individu agar tugasan harian tidak terganggu. Tiga gangguan ini boleh mengakibatkan produktiviti kerja seseorang mahasiswa terjejas dan mampu melumpuhkan peranan organisasi,” katanya.

Dr. Tuan Sharifah Bt Tuan Hadi turut menasihatkan para peserta untuk sentiasa melakukan senaman bagi mengurangkan tekanan di dalam pembelajaran. Elakkan membuat sesuatu kerja yang sama terlalu lama dan pastikan anda ada masa untuk membuat pergerakan atau bersenam bagi mengelakkan kekejangan otot yang boleh mengganggu fungsi badan”. Selain itu, Ujian DASS telah dijalankan kepada semua peserta bagi menyaring tahap kesihatan mental mereka.

Hasil ujian itu, mereka yang didapati mengalami tanda-tanda awal kesihatan mental akan dirujuk ke Unit Kaunseling untuk diberikan konsultasi (khidmat perundingan). Program yang berlangsung selama separuh hari ini berjaya memberi pendedahan dan kesedaran kepada warga mahasiswa UniSZA tentang kepentingan menjaga kesihatan minda dan mental melalui kefahaman yang baik dari sudut pandangan agama dan kesihatan.

Diharap pendedahan dan perkongsian ilmu ini bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh mahasiswa sepanjang tempoh pengajian malah berguna untuk masa akan datang.

kaun11 kaun33

Cetak E-mel

LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH PROGRAM SARJANA MUDA PERUBATAN DAN PEMBEDAHAN 2017

MQA11KUALA TERENGGANU - Fakulti Perubatan (FP), Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA telah menerima lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Program Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan oleh Panel Penilai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency, MQA) bermula pada 02 hingga 04 Julai 2017 di Kampus Perubatan, UniSZA.

Tujuan lawatan ini adalah untuk menyemak dokumen Program Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan ini memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan oleh MQA. Hal ini sekaligus dapat memastikan proses pengiktirafan program yang telah ditawarkan selama lapan (8) tahun ini mencapai matlamat serta standard silibus pengajaran dan pembelajaran setaraf dengan universiti perubatan lain. Penilaian ini merangkumi aspek semakan, penelitian dan pengauditan terhadap dokumen-dokumen asal.

Disamping itu juga, lawatan Penilaian ini secara langsung melibatkan penilaian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran ilmu yang dijalankan, melihat, memantau dan memeriksa premis, bilik/dewan kuliah, makmal, peralatan serta mengadakan temubual dengan pihak pengurusan, staf akademik dan pelajar dalam mematuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh MQA terutama dalam aspek keselamatan, kesihatan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Turut hadir bagi menjayakan lawatan ini ialah Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A.Latif, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UniSZA, Prof. Dr. Mahadzirah binti Mohamad, Penolong Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Mohd Afandi bin Muhamad, Dekan FP, Prof. Dr. Nordin bin Simbak, Timbalan Dekan, Ketua Pusat Pengajian serta pensyarah fakulti. Antara Ahli Panel Penilai (APP) dan Pegawai MQA yang hadir adalah Prof. Dr. Azad Hassan Abdul Razack (Universiti Malaya), Prof. Dr. Adinegara Lutfi Abas (Melaka Manipal Medical College), Prof. Dr. Hamidon Basri (Universiti Putra Malaysia), Prof. Dr. Nor Hayati Othman (Universiti Sains Malaysia), Dr. Suman a/l Subramaniam (Wakil Majlis Perubatan Malaysia) dan Encik Idris bin Ahmad (Pegawai MQA).Pihak fakulti mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program lawatan ini.

mqa4 mqa2 mqa1

Cetak E-mel

MAJLIS BERBUKA PUASA FAKULTI PERUBATAN 2017

fb1117 Jun 2017 (Sabtu) – Fakulti Perubatan, UniSZA telah menganjurkan program berbuka puasa bersama staf dan pelajar bertempat di kampus perubatan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara staf dan para pelajar fakulti perubatan.

Program ini telah dihadiri oleh Y. Brs. Prof. Dr. Nordin bin Simbak, Dekan Fakult Perubatan, Timbalan-Timbalan Dekan, Ketua-ketua Pusat Pengajian, Pelajar-pelajar Perubatan dan Pembedahan, Sains Kejururawatan dan Asasi Sains Perubatan serta staf-staf Fakulti Perubatan UniSZA. Antara pengisian program adalah Ceramah Ramadhan oleh Penceramah Jemputan, Solat Sunat Terawih berjamaah dan Gerai makanan yang disediakan oleh pensyarah dan para pelajar.

Keunikan majlis berbuka puasa ini adalah setiap pensyarah telah menyediakan juadah berbuka puasa mengikut negara masing-masing seperti masakan timur arab, masakan vietnam, masakan melayu tempatan dan banyak lagi. Lebih unik lagi, setiap juadah yang disediakan adalah hasil air tangan pensyarah dan pelajar fakulti perubatan.

Secara keseluruhannya, program tersebut telah mewujudkan platfom kerjasama yang sangat baik antara warga Fakulti Perubatan UniSZA.

 fp33 fp22

Cetak E-mel

PRODUK FRIT UNTUK ANAK ISTIMEWA RAMADAN

frit11Kuala Nerus : Satu majlis ringkas penyerahan dua buah produk rekaan pelajar teknologi pembuatan Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) telah diadakan pada 21 Jun 2017 bertempat di Pusat Dalam Komuniti (PDK) GONG Badak.

Tujuan utama adalah untuk membantu anak-anak istimewa menjalani kehidupan harian dan meningkatkan ransangan otot-otot mereka.Inisiatif ini diambil setelah mendapat maklum balas yang diberikan oleh guru di PDK dan keluarga pelatih.

Mereka menzahirkan rasa bersyukur dan amat gembira kerana produk ini sedikit sebanyak dapat membantu menguruskan keperluan harian mereka. Dua buah produk tersebut adalah Sit Rep Chair dan Reflexology Chair Desk. Produk ini adalah antara enam buah produk yang telah dihasilkan oleh pelajar semester empat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pembuatan (Reka Bentuk Produk) melalui mata pelajaran Pembangunan Reka Bentuk Produk (MTM 24504).

Seramai dua belas orang pelajar telah memilih untuk membangunkan produk khusus kepada anak-anak istimewa di PDK Batu Rakit, Gong Badak dan Seberang Takir. Empat buah produk lagi akan diserahkan setelah menjalani proses penambahbaikan. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Dr.Roslan Awang Pensyarah FRIT yang mengendalikan mata pelajaran tersebut. Harapan mereka agar usaha murni ini dapat diteruskan dan dikembangkan lagi kepada PDK di seluruh negeri Terengganu.

Justeru, bagi merealisasikan hasrat ini, satu jawatan kuasa akan ditubuhkan di FRIT untuk menjadikan pembangunan produk khusus kepada anak-anak istimewa di PDK dapat dijayakan. Amanah dan tanggungjawab yang akan dilaksanakan ini amat sesuai dengan slogan UniSZA sebagai sebuah universiti komuniti. 

frit22 frit33

Cetak E-mel

200 KAKITANGAN WANITA UniSZA HADIR SEMINAR KEIBUBAPAAN

Kuala Nerus: Seramai 200 kakitangan wanita Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menghadiri Seminar Motivasi Keibubapaan yang disampaikan oleh isteri kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) iaitu Datin Noridah Yangman.

Seminar yang merupakan cetusan idea Briged Jeneral Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamaruddin Hussain itu adalah sempena meraikan kaum wanita dan memberikan penghargaan serta pengiktirafan kepada semua wanita khususnya di UniSZA.

Seminar itu juga bertujuan untuk mewujudkan satu wadah bagi semua kaum wanita terutama di UniSZA untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan perkongsian berkenaan isu-isu terdekat dan siginifikan dengan wanita dan kaum ibu.

Selain itu, itu memberi kesedaran kepada semua bawah pentingnya wanita dalam menjadi tulang belakang kepada pembangunan keluarga, bangsa dan negara.

Seminar anjuran Pusat Komunikasi Korporat (PKK) itu bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 1 petang.

Cetak E-mel