Berita 2017

PROGRAM SEKS DAN ANCAMAN JENAYAH SIBER : ISU & CABARAN MASA KINI

kaunse2611Program Seks dan Ancaman Jenayah Siber : Isu & Cabaran Masa Kini, telah berjaya diandakan pada 10 Ogos 2017, bertempat di Dewan Auditorium, UniSZA Kampus Besut. Program anjuran Unit Kaunseling, PTNC HEPA ini bermatlamat bagi memberi kefahaman kepada warga kampus berkaitan isu, ancaman Jenayah Siber dan cabaran yang dihadapi dalam menangani jenayah ini terutama berkait dengan remaja. Seramai 94 orang peserta secara sukarela telah menghadiri program ini.

Program ini turut menjemput dua orang penceramah iaitu YBrs. Superitendan Tuan Mohd Azhar bin Mohd Yusoff dari Bahagian Siasatan Jenayah dan komersil, Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu dan Y.brs. Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany, Pensyarah Fakulti Informatik dan Komputeran, UniSZA. Sebanyak dua slot program telah diadakan sepanjang program ini berlangsung.

Bagi slot pertama penceramah telah mengupas isu jenayah siber dan menyifatkan kemajuan teknologi seperti internet dan media sosial lain termasuk aplikasi WhatsApp dan Wechat telah mendedahkan golongan remaja kepada ancaman dunia siber sekiranya digunakan dengan cara salah. berkata, bagi mengekang kes membabitkan jenayah siber terus meningkat, menjadi pengguna bijak dan berhemah adalah penyelesaian terbaik kepada masalah tersebut.

Superitendan Tuan Mohd Azhar bin Mohd Yusoff dari Bahagian Siasatan Jenayah dan komersil, Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu pula mengulas bahawa pihaknya tidak boleh menghalang kepesatan teknologi tetapi penggunalah yang perlu menjadi menjadi pengguna bijak, bertanggungjawab dan berhemah.

Semoga menerusi pelaksanaan program ini dapat memberi kesedaran kepada mahasiswa/siswi UniSZA untuk mencegah daripada terjebat dalam jenayah siber.

Cetak E-mel

6 AHLI KELANA KLKM UNISZA TERIMA ANUGERAH BADEN POWELL

pengakap1Kuala Nerus: Enam ahli kelana Kumpulan Latihan Kelanasiswan Malaysia (KLKM) Universiti Sultan Zainal Aibidin (UniSZA) berjaya mendapat Anugerah Baden Powell sempena Istiadat Perbarisan dan Penganugerah Baden Powell (BP-Award) & Manikayu Peringkat Kebangsaan PPM Negeri KLKM IPTA/IPTS Kali Ke IV 2017.

Mereka adalah Wan Muhammad Zulhilmi bin Wan Azhar (FRIT), Noor Syahida binti Bahring (FSSG), Sharifah Nurshafiqah binti Sted Shuhaimi (FKI), Siti Noorzahira Fitri binti Abdullah (FESP), Wan Nor Aima Shazila binti Wan Ibrahim (FBK), Fazlin Nuramalina binti Shafie (FUHA).

Istiadat yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada ahli KLKM yang telah menamatkan kursus Pemimpin Manikayu dengan diberi tauliah Sijil Tamat Kursus Manikayu berdasarkan silibus yang diiktiraf oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan World Scout Movement (WOSM) itu berlangsung 17 hingga 20 November 2017 bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu.

UniSZA turut dipilih menjadi tuan rumah bagi isitadat tahun ini selepas diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor dan Universiti Malaya (UM).

Seramai 77 orang ahli dari pelbagai daerah KLKM telah menyertai Istiadat yang diadakan setiap tahun ini iaitu KLKM Daerah UniSZA seramai tujuh orang, KLKM Daerah USM (44), KLKM Daerah (1), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), KLKM Daerah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong (2), KLKM Daerah Universiti Putra Malaysia (UPM) ) (13) , KLKM Daerah Politeknik Malaysia, Mukah (6), KLKM Daerah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) (2), dan PPM Negeri Johor (2).

Sementara itu, peserta isitiadat tersebut turut diberi Sijil Tamat Latihan Kursus Manikayu iaitu pengesahan yang diterima oleh orang dewasa dalam Pengakap yang telah menyempurnakan Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat Pengenalan hingga Peringkat Keempat) yang diberikan oleh Pasukan Latihan, Persekutuan Pengakap Malaysia.

Mereka yang menghabiskan latihan diberikan pengesahan dalam bentuk dua manik kayu pada tali kulit. Penerima Manikayu dikenali sebagai Wood Badger atau Gilwellian.

Antara penerima dari UniSZA adalah Penolong Pesuruhjaya KLKM UniSZA, Mohammad Rizal Mohammad Mahir, Baheyah Sanat, Mohd Harris Salleh, Noor Faidza@Khairani Mohd Mohktar dan Mohd Khairul Azmi Mohamad Salleh.

Selain itu, 70 peserta dari USM,  seorang dari Politeknik Malaysia Seberang Perai dan  24 orang pemimpin KLKM turut menerima Sijil Tamat Latihan Kursus Manikayu tersebut.

Istiadat telah disempurnakan oleh Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr. Haji Shafie Haji Mohd. Salleh. Turut hadir, , Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu,Tan Sri Dato’ Haji Abdullah Haji Taib, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM, Prof. Madya Dr. Abdul Rashid bin Mohamad dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, Tuan Che Soh Muda.

pengakap2 pengakap3 pengakap4

Cetak E-mel

Syarahan Akademik Pendidikan 4.0@UniSZA “Mendepani Pendidikan 4.0 : Isu dan Cabaran”

FB IMG 1511345846774Pejabat Timbalan Naib Cancelor UniSZA dengan kerjasama Pusat Kualiti Akademik dan e-Pembelajaran (AQeL) UniSZA telah menganjurkan syarahan akademik bertajuk “Mendepani Pendidikan 4.0: Isu dan Cabaran” pada 13 November 2017 yang lepas. Syarahan tersebut telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Profesor Dr. Mahadzirah binti Mohamad, Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniSZA yang mewakili Naib Cancelor. Dalam ucapan aluan tersebut, YBhg. Timbalan Naib Canselor menzahirkan ucapan penghargaan dengan kesedian warga UniSZA daripada semua peringkat yang sentiasa memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan setiap perancangan kementerian demi kecemerlangan UniSZA.

Penyampai ucaptama pada syarahan itu, YBhg. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Malaysia telah menghuraikan dengan jelas berkenaan dengan Revolusi Pendidikan 4.0. Kupasan dan ulasan secara terperinci diteruskan dengan sesi forum yang menampilkan tokoh akademik Islamic Scholar daripada UniSZA sendiri iaitu Profesor Dr. Kamarul Shukri Mat Teh, Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam. Wakil daripada pihak industri, En. Mohd Farad Alhusaini, Ketua Pegawai Eksekutif EduCloud Prestariang Berhad dan YBrs. Profesor Madya Dr. Profesor Madya Dr. Wan Zuhainis binti Saad (Wakil Akademik) Ketua Jabatan Mikrobiologi, Universiti Putra Malaysia telah berjaya memberikan pencerahan terhadap setiap persoalan yang dilontarkan oleh moderator forum, Profesor Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan merangkap Pengarah Pusat Zakat dan Infak UniSZA. Kupasan serta ulasan yang begitu padat oleh semua ahli panel forum telah memberikan satu paradigma baharu dan meningkatkan kefahaman peserta berkenaan IR 4.0.

Dalam sesi ucaptama di hadapan lebih 600 peserta yang terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah Universiti, pengurusan tertinggi, seluruh kakitangan akademik dan pengurusan serta hampir 250 pelajar, YBhg. Datin Paduka berharap semua warga besar UNiSZA bersedia dengan kesan dan cabaran tsunami Revolusi Pendidikan 4.0 yang bakal dilaksanakan secara menyeluruh kelak.

FB IMG 1511345969729 FB IMG 1511346862041 IR4.0c 23434917 1990460147835416 451922798938888485 n 23472463 1990459824502115 4827052754728240599 n 23472917 1990459991168765 3093072839820244570 n 23518934 1990459547835476 4792497462878726299 n

Cetak E-mel

FSSG Anjur Simposium Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

fssg1411 2UniSZA – Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pengerusi Kesihatan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri Terengganu, PERMATA Kurnia , ShowmeKids Sdn. Bhd dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah berjaya menganjurkan program Simposium Kanak-Kanak Berkeperluan Khas 2017 pada 30-31 Oktober 2017 bertempat di Dewan Perdana, UniSZA.

Program ini bertujuan untuk membincang dan membahas kepentingan dan isu-isu semasa golongan kanak-kanak berkeperluan khas di negara ini. Ia dihadiri oleh pemegang-pemegang taruh yang telah memberi cadangan dan penambahbaikan pendekatan serta garis panduan berkaitan golongan tersebut.

Penglibatan KPWKM telah dapat memberi satu anjakan paradigm untuk menaiktaraf keperluan dan pendekatan kanak-kanak berkeperluan khas khususnya di Pantai Timur. Daripada resolusi dan perbincangan simposium tersebut, FSSG juga berhasrat untuk mempersiapkan langkah bagi menjadikan UniSZA sebagai hab kanak-kanak berkeperluan khas Pantai Timur 2019 selaras dengan pembukaan Hospital Pengajar di UniSZA.

UniSZA selaku universiti komuniti berharap dengan langkah berkenaan, lebih ramai ibu bapa sedar mengenai kepentingan pendidikan khas kepada kanak-kanak OKU.

Naib Canselor UniSZA, Dato’ Prof Dr Ahmad Zubaidi Abd Latif, berkata dengan adanya hospital terbabit, UniSZA akan menyediakan pakar bagi membantu kanak-kanak OKU dan keluarga mereka terutama kepada ibu bapa yang tidak dapat mengenal pasti anak mereka tergolong dalam golongan itu.

Menurut Dato’ Prof. Dr Ahmad Zubaidi Abd Latif  lagi, ada beberapa jenis OKU yang sukar untuk dikenal pasti oleh ibu bapa termasuk disleksia, autistik dan kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran. Justeru, ramai kanak-kanak OKU tidak didaftarkan dan mereka berkemungkinan tidak mendapat pendidikan khusus.

Program yang telah dirasmikan oleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Encik Azman Mohd Yusof mewakili YB Dato' Sri Hajah Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Program selama dua hari itu mendapat penyertaan seramai 200 peserta dari negeri Johor, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Simposium yang julung kali diadakan di UniSZA itu dapat menyelami kehidupan keluarga yang mempunyai anak-anak berkeperluan khas/ OKU serta berdiskusi mengenai pendekatan dan intervensi awal  untuk mengendalikan gologan itu dalam kehidupan seharian mereka.

fssg1411 1 fssg1411 3 fssg1411 4

Cetak E-mel

TAHNIAH PUTERI NURAAINA BALQIS

Aina1Sekalung tahniah diucapkan kepada Puteri Nuraaina Balqis binti Mohd Asri, pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris Dengan Komunikasi, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang telah menerima Honorable Mention Award di Asia Youth International Model United Nation (AYIMUN) 2017 yang berlangsung pada 3–6 November 2017 di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.

Program yang melibatkan 600 orang peserta daripada 32 buah negara ini telah dianjurkan oleh Indonesia Global Network, sebuah pertubuhan bukan kerajaan dengan kerjasama Event Organizer MICE (Meeting, Incentive, Convention and Exhibition). Penganjuran program ini adalah bertujuan mengumpul belia daripada seluruh dunia untuk bekerjasama dalam gerakan sosial, perniagaan, teknologi dan budaya serta untuk mengenali antara satu sama lain demi membawa perubahan kepada dunia yang lebih baik.

Program bertaraf antarabangsa ini juga dianjurkan untuk membina kemahiran kepimpinan golongan belia dari pelbagai negara. Ia juga merupakan membuka peluang bagi para peserta untuk mengenali, menghargai dan menyokong antara satu sama lain tanpa batasan sempadan geografi.

Selain itu, program ini merupakan satu bentuk simulasi akademik yang memberi peluang kepada peserta untuk merasai cara dan kaedah yang digunakan oleh pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam membuat dasar bagi sesuatu agenda. Simulasi ini melibatkan peraturan, prosedur dan aliran kerja antara delegasi antarabangsa, lembaga eksekutif dan pihak media antarabangsa. Semua agenda yang ditugaskan kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar prasiswazah mahupun pascasiswazah pelbagai latar belakang akademik kemudiannya dibentangkan dalam sesi perdebatan ala parlimen yang berkualiti dan menarik.

Putri Nuraaina Balqis telah ditugaskan untuk mewakili delegasi negara Cameroon dalam Majlis UNESCO dan membentangkan agenda berkenaan pemeliharaan warisan budaya dengan tajuk ‘The Involvement of Society in Preserving Cultural Heritage’. Menurut beliau, program ini telah membuka mata dan minda beliau dalam memahami mekanisme yang digunakan oleh PBB dalam menentukan sesuatu dasar. Beliau juga sangat berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh pihak keluarga, fakulti dan universiti serta ADUN Kamunting, YB. Dato’ Mohammad Zahir bin Abdul Khalid yang merealisasikan penglibatan beliau dalam program ini.

Aina2

Cetak E-mel