• Utama

Dr. Kamarul Shukri - Penerima Anugerah Penghargaan Tesis Terbaik YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Mohd Yassin 2010

KUALA TERENGGANU – Ketua Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa & Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr. Kamarul Shukri Mat Teh berjaya mengharumkan nama universiti apabila memenangi Anugerah Penghargaan Tesis Terbaik YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Mohd Yassin 2010.

Tesis bertajuk `Penggunaan Stategik Pembelajaran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama’ sebelum ini pernah meraih Anugerah Tesis Cemerlang Fakulti Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 27 Julai 2009.

Majlis yang diadakan pada 21 Februari 2011 bertempat di Prince Hotel & Residence, Kuala Lumpur adalah anjuran Yayasan Nurul Yaqeen dengan kerjasama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia (USM).

Menurut Dr. Kamarul yang ditemui baru-baru ini, tesis yang mengkaji salah satu domain metafizik yang berkaitan dengan budaya dan agama islam, kini telah digunapakai oleh seorang pelajar peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan seorang pelajar peringkat Doktor Falsafah dari Jepun.

``Idea untuk mengkaji domain ini adalah hasil cetusan daripada penyelia saya iaitu Profesor Mohd Amin dan mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya,’’ kata beliau.

Selain itu, kajian ini juga telah diterbitkan dalam Jurnal Language of Studies 2009 iaitu satu jurnal khas untuk metafizik.

Berita KASWADI YUSOFF UKK

Cetak E-mel