Soalan Lazim

1. Apakah itu UniSZA ?

UniSZA adalah singkatan kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (dahulu dikenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia dengan singkatan UDM). UniSZA berhasrat untuk menjadi institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa yang melahir dan membentuk pemimpin yang berbakat dan pemikirannya diasuh, diperkayakan dengan ilmu, budaya tinggi dan akhlak yang luhur.

2. Bilakah UniSZA ditubuhkan ?

          UniSZA menjadi satu sejarah dalam perkembangan institusi pendidikan awam negara dan menjadi kebanggaan rakyat Terengganu secara khususnya dan masyarakat malaysia             keseluruhannya. UniSZA bermula dengan pengumuman daripada YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 26 Mac 2005 sehingga pelantikan Dato’     Profesor Dr. Alias bin Daud sebagai Naib Canselor yang pertama pada 1 Januari 2006.

3. Di manakah lokasi UniSZA ?

UniSZA mempunyai tiga kampus iaitu Kampus Gong Badak, Kampus Perubatan dan Kampus Besut.
[Sila klik pada nama kampus untuk peta lokasi]

4. Siapakah Naib Canselor UniSZA ?

       Naib Canselor UniSZA ialah YBhg. Profesor Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif

5. Apakah program yang ditawarkan ?

Program Ijazah Sarjana Muda dan Program Diploma, sila rujuk < Program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma >

6. Adakah UniSZA menawarkan program pengajian peringkat Ijazah Tinggi ?

Ya, UniSZA ada menawarkan program pascasiswazah. Untuk maklumat lanjut, sila layari < Pusat Pengajian Siswazah >

7. Berapakah bilangan pelajar UniSZA sekarang ?

       Jumlah keseluruhan ialah 9937 pelajar termasuk prasiswazah, pascasiswazah  dan pelajar antarabangsa. Maklumat ini boleh didapati di bahagian Fakta & Nombor pada paparan hadapan Laman Web UniSZA untuk angka yang tepat.

8. Apakah bahasa pengantar yang digunakan ?

Bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

9. Siapakah yang perlu saya hubungi jika ingin berurusan dengan pihak universiti ?

Pusat Komunikasi Korporat (PKK), 
Aras Bawah, Bangunan Canselori, 
Universiti Sultan Zainal Abidin,
Kampus Gong Badak,
21300 Kuala Nerus,
Terengganu.
Tel : 09-6688948
Faks : 09-6687869

 

Pejabat Pendaftar, 
Aras Satu, Bangunan Canselori, 
Universiti Sultan Zainal Abidin,
Kampus Gong Badak,
21300 Kuala Nerus, 
Terengganu.

Tel : 09-668 8948
Faks : 09-668 7869

Cetak E-mel