• Utama

Laporan Kempen Kesedaran Kanser, Saringan Kesihatan dan Kutipan Derma untuk MAKNA

LAPORAN KEMPEN KESEDARAN KANSER, SARINGAN KESIHATAN DAN

KUTIPAN DERMA UNTUK TABUNG MAJLIS KANSER NASIONAL (MAKNA)


Tarikh : 21 Oktober 2009 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 4.00 petang
Tempat : Dewan Al-Muktafibillah Shah, UDM Kampus KUSZA.

 

 

PENGENALAN:

Kempen kesedaran kanser, saringan kesihatan dan kutipan derma untuk tabung Majlis Kanser Nasional (MAKNA) ini diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran dan pemahaman kepada seluruh warga UDM betapa bahayanya penyakit kanser dan pentingnya pengesanan awal bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih parah.

 

Disamping itu juga, matlamat kempen ini adalah untuk mengutip dana bagi mengisi tabung MAKNA untuk membantu mengurangkan beban para pesakit kanser  yang tidak berkemampuan untuk menjalani rawatan.

 

Program usahasama Jabatan Pendaftar dan Pusat Kesihatan Pelajar UDM dengan kerjasama MAKNA ini berjaya dilaksanakan walaupun terdapat pelbagai masalah terutamanya dari segi kehadiran staf UDM ke majlis perasmian program tersebut.

 

Walau bagaimanapun, atas rasa tanggungjawab dan prihatin sebilangan staf UDM, maka program pada kali ini mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila berjaya menarik seramai 249 orang staf UDM menyertai Skim Potongan Gaji untuk tabung MAKNA, dengan anggaran kutipan bulanan sebanyak RM1094.00 atau RM13128 setahun . Apa yang lebih menggembirakan, sumbangan yang berjaya dikumpulkan oleh para mahasiswa/i UDM iaitu  sebanyak RM300.00. Perkembangan positif ini menunjukkan bahawa program dilaksanakan berjaya mencapai target /matlamat yang disasarkan.

Tanpa usaha dan komitmen yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak, tidak mungkin program ini mencapai objektifnya. Sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bagi daripada pihak pengurusan dan semua ahli jawatankuasa pelaksana di semua PTj telah merealisasikan harapan dan impian para pesakit kanser untuk menjalani kehidupan melalui sumbangan yang disalurkan walaupun tidak seberapa.

 

Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang program ialah pameran kesedaran kanser, klinik kesihatan, ceramah, testimonial bersama bekas pesakit kanser, demonstrasi kesihatan, pemeriksaan sendiri payudara dan sebagainya.

 

Semoga aktiviti kebajikan sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan lebih ramai penyertaan daripada semua staf UDM. Sekalung tahniah kepada semua penderma yang budiman di atas ehsan dan sumbangan yang sangat bermakna ini.

 

{pdf=http://www.udm.edu.my/images/makna2009.pdf|610|500}

 

 

CetakE-mel