HeaderMasjid1

Ayat-ayat Al-Quran pada Cokmar

Ayat-ayat Al-Quran pada Cokmar

 


وإذ قال ربك  للملـئكة إنى جاعل فى الأرض خليفة

(Surah al-Baqarah: 30)
Ertinya: Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:”Sesungguhnya Aku hendak mencipta seorang kalifah di muka bumi”.

Ayat ini mengisahkan bahawa Allah SWT telah menegaskan tentang tujuan penciptaan manusia ialah menjadi khalifah-Nya di atas muka bumi. Justeru, ayat ini selaras dengan visi UDM untuk melahirkan pemimpin yang dapat merealisasikan tanggungjawabnya sebagai khalifah yang bijak mengurus, merancang, mentadbir, menyelesaikan masalah dan mampu membuat keputusan yang betul.

 

إن فى خلق السموت والأرض واختلف اليل والنهار لأيت لأولى الألبـب

(Surah Ali Imran: 190)
Ertinya: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi serta pertukaran malam dan siang terdapat tanda-tanda  bagi orang-orang yang berakal.

Ayat ini menekankan bahawa fenomena alam yang berlaku di langit dan bumi serta proses pertukaran siang dan malam menjadi pedoman kepada ulul albab iaitu golongan yang sentiasa menggabungkan di antara fikir dan zikir. Perkara ini selaras dengan usaha yang digemblengkan oleh UDM iaitu mengasuh pemikiran, memperkayakan ilmu, memupuk budaya tinggi menerusi penyelidikan serta inovasi dan menyuburkan akhlak yang luhur di kalangan para pelajarnya.

 

يؤتى الحكمة من يشاء ومن يؤت الحكمة فقد أوتى خيرا كثيرا وما يذكر إلا أولوا  الألبب

(Surah al-Baqarah: 269)
Ertinya: Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan barangsiapa yang diberikan hikmat maka sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang mengambil pengajaran kecuali orang-orang yang berakal.

Ayat ini menerangkan bahawa seseorang yang mendapat hikmah yang ditafsirkan oleh para mufassirin sebagai ilmu, kefahaman yang mendalam atau kebijaksanaan maka mereka telah memperolehi kebaikan yang amat banyak. Dalam hal ini, golongan ulul albab iaitu mereka yang sering menggunakan kekuatan fikir dan zikir pasti akan memperolehi kebaikan yang amat banyak itu. Perkara inilah yang ingin disampaikan oleh moto UDM yang berbunyi “Ilmu Demi faedah Insan”.

Cetak E-mel

[toggle mode only] jquery alih menu on mobile