HeaderMasjid1

Pengenalan Cokmar

CokmarNewPengenalan

Cokmar dari segi sejarah merupakan alat senjata yang diubah fungsi dan bentuknya menjadisimbol kebesaran dan kekuasaan di dalam istiadat konvokesyen bagi penganugerahan ijazah sesebuah universiti. Cokmar ini juga  menandakan kuasa Canselor sebagai ketua universiti.

Cokmar Universiti Sultan Zainal Abidin (dahulunya dikenali Universiti Darul Iman Malaysia) direka dengan mempertimbangkan  perkara seperti persoalan konsep keilmuan, falsafah dan sejarah institusi pendidikan itu sendiri dan persekitarannya.

Rasional / Konsep Reka Bentuk

Keseluruhannya konsep reka bentuk cokmar menggabungkan unsur keislaman, kontemporari dan tradisional menerusi gabungan bahan baharu, pengolahan bentuk serta penerapan motif seni trasional setempat. Cokmar yang dihiasi dengan motif bunga bakawali menunjukkan hasrat universiti untukterus berkembang maju dengan penyebaran ilmu pengetahuan disamping menjunjung nilai tradisi.

Penggunaan bahan akrilik cerah (clear acrylic) pada bahagian paling atas dan hujung cokmar menggambarkan konsep keterbukaan dan ketelusan pentadbiran yang diamalkan oleh universiti. Bahagian atas cokmar yang menyokong bebola akrilik dalam bentuk bertingkat melambangkan 5 rukun Islam dan dikaitkan juga dengan singgahsana kesultanan Terengganu. Kemasan saduran emas yang dikenakan pada bahagian ini memperlihatkan keagungan agama Islam dan lambang kedaulatan kesultanan.

Potongan ayat Al-Quran surah al-Baqarah : 30 dan 269 serta surah Ali-Imran : 190 digunakan pada bahagian utama cokmar. Penggunaan ayat ini selaras dengan Visi universiti Sulatan Zainal Abidin untuk melahirkan pemimpin yang dapat merealisasikan tanggungjawab sebagai khalifah yang bijak mengurus, merancang, mentadbir dan mampu membuat keputusan yang betul. Selain itu, Universiti Sultan Zainal Abidin turut mengasuh pemikiran, memperkayakan ilmu, memupuk budaya tinggi menerusi penyelidikan dan inovasi serta menyuburkan akhlak yang luhur dalam kalangan pelajar.

Reka bentuk cokmar pula terbahagi kepada tiga (3) bahagian utama yang memperlihatkan kewujudan penawaran tiga peringkat pengajian universiti, iaitu, ijazah pertama, sarjana dan kedoktoran. Terdapat tiga (3) bhagian yang disadur emas dan susunan tiga kepingan logam tebal yang melambangkan tiga kampus utama iaitu Kampus Perubatan, Kampus Gong Badak dan Kampus Besut serta tiga (3) bidang utama pengajian iaitu,

  • Kesihatan Bersekutu
  • Ilmu Islam
  • Pertanian Bioteknologi

 

 

Ciri istimewa lain yang terdapat pada reka bentuk cokmar ini adalah mudah untuk disimpan, digilap (polishing) dan dapat diceraikan (dismantle) kepada lapan bahagian. Reka bentuk cokmar ini dihasilkan dengan teliti yang menitikberatkan ketepatan (precision in design) melalui penggunaan teknik Spinning, Lathe Work serta Photo Etching.


Cokmar2

Cetak E-mel