Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

 

Nordin bin Jusoh
Dekan


Pengenalan

Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) ditubuhkan untuk menguruskan program pembangunan sahsiah pelajar dan  menyediakan kemudahan untuk menjaga kebajikan pelajar.  Matlamat penubuhan HEPA ialah untuk menghasilkan graduan yang holistic bagi memenuhi hasrat kerajaan menjadikan pelajar universiti sebahagian daripada modal insan negara.  HEPA juga menjadi wahana pencapaian hasrat yang tersirat dan tersurat untuk menjadikan UDM universiti yang bertaraf dunia.

 

Objektif Aktiviti/Program

Adalah menjadi matlamat HEPA untuk menyediakan program dan perkhidmatan yang berkualiti supaya pelajar dapat meningkatkan tahap pencapaian akademik, merealisasikan potensi diri dan membentuk profesionalisme diri.

HEPA juga berusaha menyediakan persekitaran fizikal dan sosial yang selesa bagi memberi peluang dan ruang bagi pelajar mengembangkan kemahiran sosial dan kepimpinan organisasi bagi membentuk insan berketrampilan.

Bagi merealisasikan matlamat ini sebuah (1) Pusat dan lapan (8) Unit telah ditubuhkan di Bahagian HEPA iaitu Pusat Ko-kurikulum, Unit Aktiviti,  Kelab dan persatuan, Unit Latihan, Kepimpinan dan Kerohanian, Unit Perumahan dan Kebajikan, Unit Pinjaman dan Penajaan, Unit Kaunseling dan Kerjaya, Unit Pembangunan, Sekteriat Luar & Pelajar Antarabangsa, Unit Keusahawanan, Alumni dan Urusetia Tatatertib serta Unit Sukan.

 

Hubungi Kami

Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
Kampus KUSZA
Gong Badak
21300 Kuala Terengganu
Terengganu
MALAYSIA

Tel    : 09-665 3927
Faks : 09-667 1563

Web : http://www.udm.edu.my/hepa

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Cetak E-mel