jata Portal Rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu, Malaysia
Cetak

Kampus Universiti Sultan Zainal Abidin

Universiti Sultan Zainal Abidin (Dahulu dikenali Universiti Darul Iman Malaysia) mempunyai empat kampus iaitu

Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak memfokuskan kepada pengajaran dan penyelidikan ilmu-ilmu Islam yang diharmonikan dengan ilmu-ilmu konvensional. Manakala Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Perubatan menawarkan program dalam bidang Kesihatan Bersekutu dan Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Tembila pula akan dibangunkan dengan 'niche' dalam bidang pertanian seperti bio-teknologi pertanian dan lain-lain kursus yang berkaitan. Kursus-kursus yang ditawarkan ditiga kampus berkenaan tidak akan bertindih dan mempunyai pengkhususan bidangnya tersendiri. Kampus Antarabangsa, terletak di Kuala Lumpur, direka untuk menampung program eksekutif, kursus jangka pendek serta kajian siswazah. Kursus-kursus yang ditawarkan di empat kampus di atas tidak akan bertindih dan masing-masing akan mempunyai kepakaran tersendiri.