• Utama
  • Berita
  • Kenaikan Pangkat dan Pemangkuan Staf Pentadbiran (Pengurusan dan Profesional)

Kenaikan Pangkat dan Pemangkuan Staf Pentadbiran (Pengurusan dan Profesional)

Kuala Nerus, satu sesi penyerahan surat kenaikan pangkat kepada Staf Pentadbiran (Pengurusan dan Profesional) telah diadakan pada 28 April 2021 bertempat Pejabat Pendaftar, Bangunan Canselori, UniSZA. Penyerahan surat ini telah disampaikan oleh Pendaftar UniSZA. Pengurusan UniSZA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Wan Azmi bin Wan Mamat di Pejabat Pendaftar dan Encik Mohd Ali bin Hashim di Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan di atas pelantikan sebagai Pegawai Tadbir Gred N48 berkuat kuasa mulai 20 April 2021. Manakala dua (2) orang staf iaitu Encik Wan Fajrulhisyam bin Wan Abdullah di Pusat Islam memangku jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S48 dan Encik Wan Mohd Muslim bin Wan Abdul Wahab di Pusat Pengurusan Harta Benda memangku jawatan Jurutera Gred J48 bermula 20 April 2021 sehingga 31 Ogos 2021.

  2 1000 3 1000 4 1000

 

Cetak E-mel