Misi Bantuan Banjir KPT-UniSZA 2021

Written by NURUL FAISAL on .

WhatsApp Image 2021 01 12 at 10.33.10 PM WhatsApp Image 2021 01 12 at 10.33.11 PM WhatsApp Image 2021 01 12 at 10.33.11 PM 1
WhatsApp Image 2021 01 12 at 10.33.11 PM 2 WhatsApp Image 2021 01 12 at 10.33.11 PM 3 WhatsApp Image 2021

Misi Bantuan Banjir KPT-UniSZA 2021

Kemaman - Seramai 80 orang warga UniSZA terdiri daripada 40 orang pelajar dan 40 orang staf telah menyertai Misi Bantuan Banjir KPT-UniSZA 2021 bertempat di Kemaman.

Misi ini disertai oleh Pengerusi Hero Komuniti UniSZA iaitu Prof. Dr. Mohd Afandi bin Salleh, Timbalan Naib Canselor HEPA dan Encik Ahmad bin Othman, Pengarah Pusat Islam serta Lt. Kol (B) Azwadi bin Jamian, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Antara PTj dan staf yang terlibat dalam menjayakan misi bantuan ini ialah Pejabat Timbalan Naib Canselor HEPA, Pusat Islam, PPHP Pejabat Pendaftar, KKKP, JKKP, PaKaT, PPiR, dan CcORM.

Misi bantuan ini juga mendapat kerjasama daripada beberapa agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Terengganu, Pejabat Daerah Kemaman dan Pejabat Dun Chukai.

Menurut Prof. Dr. Mohd Afandi bin Salleh, misi bantuan ini digerakkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertujuan menyelaras misi bantuan banjir yang dijalankan oleh semua universiti.

"Misi bantuan ini merupakan sebahagian daripada program Hero Komuniti yang dijalankan oleh UniSZA. UniSZA memahami kesusahan yang dialami oleh penduduk yang terjejas kerana banjir" katanya.

Misi kali ini melibatkan dua kawasan iaitu Taman Fikri 2 dan Bandar Baru Bukit Mentok yang terjejas teruk akibat banjir.

Cetak