UniSZA Hero Komuniti di seluruh Malaysia

Written by NURUL FAISAL on .

                                         

  WhatsApp Image 2021 01 09 at 12.18.29 PM WhatsApp Image 2021 01 09 at 12.18.29 PM 1 WhatsApp Image 2021 01 09 at 12.18.29 PM 2
  WhatsApp Image 2021 01 09 at 12.18.30 PM WhatsApp Image 2021 01 09 at 12.18.30 PM 1 WhatsApp Image 2021 01 09 at 12.18.30 PM 2

UniSZA Hero Komuniti di seluruh Malaysia

 Putrajaya – Seramai 1,500 siswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjalankan program komuniti dan sukarelawan yang dikenali sebagai Hero Komuniti Perdana: UniSZA Cakna di seluruh Malaysia termasuk enam buah negara luar iaitu Indonesia, Thailand, Kemboja, Nigeria, Mauritius dan Palestine

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua mahasiswa berjiwa kesukarelawan yang melaksanakan program itu yang julung-julung kali diadakan ini.

“UniSZA telah membuktikan bahawa pelaksanaan aktiviti dan program tidak terbatas dan tidak menjadi halangan dengan ketiadaan mahasiswa di kampus”

“Malahan, UniSZA mengambil pendekatan kreatif dan pro aktif dengan menjadikan keberadaan mahasiswa di kampung halaman masing-masing sebagai peluang untuk membolehkan mereka berbakti kepada masyarakat di kawasan mereka”katanya pada Majlis Pelancaran Hero Komuniti Perdana : UniSZA Cakna secara atas talian menerusi platform Webex dan Facebook live di Kementerian Pengajian Tinggi dan juga secara langsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA Kampus Gong Badak, hari ini

Katanya lagi, program itu sejajar dengan inisiatif daripada Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Service Learning Malaysia - University For Society (SULAM), sebuah jaringan kerjasama antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), industri, agensi kerajaan dan komuniti dalam memperkasakan pelaksanaan SULAM di peringkat nasional.

“Saya sarankan supaya universiti lain juga, tidak mengira daripada IPTA mahupun IPTS, boleh mengambil pendekatan yang sama seperti yang telah dijalankan oleh UniSZA dan mungkin mahasiswa boleh bekerjasama dengan universiti lain bagi melaksanakan sesuatu program di kawasan mereka”, katanya ketika ditemui.

Beliau turut menasihati pelajar-pelajar yang terlibat untuk menjaga keselamatan dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan terutamanya kawasan yang dilanda banjir dan berstatus zon merah.

Sementara itu, Naib Canselor UniSZA,Prof Dato Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa dalam melaksanakan program komuniti itu.

“Seperti di Sarawak ada sukarelawan yang terpaksa meniti jambatan usang untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan OKU di sana dan ada juga pelajar mendekati barisan ‘frontliner’ negara kita dengan menyampaikan bantuan yang disampaikan”

“Malah, di negeri-negeri yang dilanda banjir juga turut dibantu oleh pelajar UniSZA dengan mengadakan program gotong royong membersih rumah, menyampaikan sumbangan bantuan dan membantu mangsa banjir di pusat pemindahan”, katanya.

Menurutnya lagi, di luar negara pula,program itu sertai oleh barisan alumni-alumni UniSZA yang berjiwa besar mahu membantu masyarakat mereka di sana.

“Keenam-enam negara ini menganjurkan program yang cukup hebat seperti di Kemboja yang membantu penduduk Islam di sana dengan membaiki infrastruktur sekolah, masjid dan pembinaan telaga”

“Di Thailand, memberi pendedahan Pendidikan komunikasi Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak luar bandar secara berterusan dan di Palestin pula, menghulurkan bantuan pemasangan langsir disebuah dewan untuk kegunaan aktiviti masyarakat serta penanaman 100 anak pokok zaitun,” katanya.

Katanya lagi, program Hero Komuniti Perdana: UniSZA Cakna itu adalah satu inisiatif untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik ini melalui mahasiswa UniSZA yang prihatin.

# # #

Cetak