• Utama
  • Berita
  • UniSZA bangun studio Al-Quran hasil wang zakat

UniSZA bangun studio Al-Quran hasil wang zakat

WhatsApp Image 2020-12-22 at 4.38.26 PM.jpeg    WhatsApp Image 2020 12 22 at 4.38.27 PM

UniSZA bangun studio Al-Quran hasil wang zakat

 Kuala Nerus - Bagi memperkasakan pembelajaran dan pegajaran (PdP) khususnya dalam aspek pembacaan al-Quran dan hafazan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)  membangunkan Studio al-Quran yang pertama di universiti itu.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, berkata kos pembinaan studio yang diberi nama Studio Al Quran Ibn Al Jazari itu adalah berjumlah RM 360,601.00

“Sebanyak RM 120,713.00 pembinaan fizikal studio menggunakan dana zakat UniSZA di bawah asnaf fi Sabilillah,  manakala selebihnya adalah peruntukan universiti bagi pembelian peralatan komputer”

“Kami harap semoga ianya benar-benar dapat dimanfaatkan ke jalan Allah sesuai dengan matlamat utama peruntukan zakat dikeluarkan untuk pembinaannya, katanya ketika merasmikan studio itu, hari ini.

Katanya lagi, studio yang di  bawah jagaan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) itu turut boleh digunakan oleh fakulti lain bagi tujuan PdP, mesyuarat dan temuduga dalam talian.

“Semoga studio ini dapat memberi manfaat yang semaksimun mungkin kepada seluruh pelajar UniSZA terutamanya pelajar Ijazah Sarjana Muda (ISM) al Quran dan al Sunnah (Qiraat)”, katanya.

Sementara itu, Pelajar ISM Bahasa Arab, Syarifah Marsya Fariha Syed Kamaruddin berkata, dia begitu bersyukur dan berterima kasih kepada UniSZA atas kemudahan yang sistematik dan tersusun yang disediakan itu.

“Studio ini dapat memberi pelajar tahfiz untk belajar al-Quran dengan lebih mudah melalui pembelajaran dalam talian”

“Sebelum ini, saya pergi ke bilik-bilik pensyarah untuk belajar al-Quran tapi bila wujudnya studio ini ia lebih mudah untuk saya mmemperbetulkan bacaan al-Quran”, katanya ketika ditemui.

Pelajar ISM Dakwah, Muhamas Muwardi Aziz pula berharap agar pelajar dapat memanfaatkan dan menggunakan studio itu dengan sebaiknya.

 # # #

Cetak E-mel