UniSZA-NAHRIM jalin kerjasama dalam kajian air tasik semulajadi di Malaysia

Written by NURUL FAISAL on .

                                             

  1   8   7
  6   5   4
  3   2  
     

  

UniSZA-NAHRIM jalin kerjasama dalam kajian air tasik semulajadi di Malaysia

Kuala Nerus : Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjalin kerjasama dengan  Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) bagi aktiviti penyelidikan bersama dalam kajian hidrologi dan kualiti air tasik semulajadi di Malaysia.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, berkata kerjasama yang dimeterai menerusi memorandum persefahaman (MoU) itu akan memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi maklumat serta menjalankan aktiviti berkaitan bersama.

Katanya, antara aktiviti lain akan dijalankan ialah penempatan bagi Program Lathhan Sangkutan Pensyarah UniSZA dan Latihan Industri Pelajar di NAHRI, penyelidikan termasuk bidang air, persekitaran, kejuruteraan pantai serta penulisan dan penerbitan jurnal dan buku.

"UniSZA menerusi Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) giat menjalankan kajian bidang hidraulik meliputi kesan iklim kepada taburan hujan, air bumi, sungai, pencemaran, banjir, empangan, hakisan dan kejuruteraan pantai.

"Bidang ini selaras dengan misi NAHRIM untuk memberi perkhidmatan cemerlang sebagai pusat pakar rujuk kebangsaan dalam bidang air dan persekitarannya untuk memastikan pembangunan dan peningkatan kualiti hidup rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pertukaran dokumen MoU antaran UniSZA dengan NAHRIM di Dewan Senat, hari ini.

Pada majlis itu, UniSZA diwakili Prof Hassan Basri, manakala NAHRIM diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Ir D Md. Nasir Md. Noh.

Prof Hassan Basri berkata, hubungan kerjasama penyelidikan bersama UniSZA dan NAHRIM telah lama berlaku secara tidak langsung, namun ia tidak termeterai secara rasmi sebelum ini.

“Antaranya adalah projek perundingan “Penilaian Prestasi Keupayaan Loji Rawatan Kumbahan Indah Water Konsortium Di Lembah Kelang dan ia merupakan projek jangkapendek kerjasama diantara UniSZA-DMB Kembara Sdn. Bhd. (Syarikat Swasta)-NAHRIM”

“Saya harap, Program Denai Sungai Kebangsaan yang baru kita laksanakan di Kalang Warisan sebentar tadi akan menjadi projek rintis dalam hubungan kerjasama rasmi di antara UniSZA, NAHRIM dan juga KASA” katanya.

Katanya lagi, pembangunan produk eko-pelancongan oleh UniSZA dan Kalang Warisan adalah projek kerjasama UniSZA dan komuniti dalam usaha merealisasikan Pelan Strategik UniSZA 2020-2022 iaitu “Community Heroes”.

“Projek kalang Warisan ini juga antara contoh projek yang merentasi disiplin yang mana ia melibatkan kepakaran dalam bidang alam sekitar, pelancongan, rekabentuk industri/produk, sains sosial, sukan dan rekreasi”, katanya.

# # #

Cetak