KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK
Kenaikan Pangkat Staf Akademik
Kuala Nerus, 16 November 2020: Pengurusan Universiti merakamkan ucapan tahniah kepada YBrs. Prof. Dr. Wan Norhayate binti Wan Daud di atas kenaikan pangkat ke Pensyarah Universiti Gred Khas C VK7 (Profesor) di Fakulti Perniagaan dan Pengurusan secara hakiki berkuat kuasa mulai 4 November 2020. Encik Ismail bin Musa (Pendaftar) mewakili YBhg. Prof. Dato’ Naib Canselor telah menyampaikan surat pelantikan tersebut di Pejabat Pendaftar pada pagi hari ini.