Program 3T UniSZA kepada 40 pelajar SPM B40

WhatsApp Image 2020-11-04 at 11.49.40 AM (1).jpeg WhatsApp Image 2020-11-04 at 11.49.40 AM (2).jpeg WhatsApp Image 2020-11-04 at 11.49.41 AM (1).jpeg WhatsApp Image 2020-11-04 at 11.49.40 AM.jpeg WhatsApp Image 2020-11-04 at 11.49.41 AM.jpeg

Program 3T UniSZA kepada 40 pelajar SPM B40

Kuala Nerus – Seramai 40 pelajar dari keluarga B40 di daerah Kuala Terengganu menyertai Program 3T (Teens Tuition Teens) anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Program dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA (MPP) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Ladang itu akan diadakan selama dua tahun bermula pada 2 November 2020 sehingga 22 Disember 2022

bertempat di Bilik Kuliah, Kampus Perubatan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dr. Mohd Afandi Salleh, berkata Program 3T ini berfokus kepada pelajar Sekolah Menengah di daerah Kuala Terengganu daripada keluarga B40.

“Program ini bertujuan untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan Pelan Strategik UniSZA iaitu menjadikan UniSZA sebagai Hero Komuniti yang mampu memberi impak yang positif kepada masyarakat khususnya di daerah sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu”

“UniSZA akan menjalankan program ini selama dua tahun iaitu sebagai persediaan pelajar menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia,” katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, untuk tahun 2020, UniSZA fokuskan kepada pelajar-pelajar yang menetap di Flat DUN Ladang terlebih dahulu iaitu seramai 40 orang.

“Sebanyak enam mata pelajaran yang akan diajar iaitu Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Matematik Moden dan Prinsip Akaun pada tahun ini dan tahun 2021 pula kami rancang untuk kembangkan kepada pelajar Daerah Kuala Terengganu seramai 120 orang dan akan melibatkan 10 mata pelajaran,” katanya.

Menurut Prof Afandu lagi, Program itu telah bermula dengan penyertaan empat buah sekolah iaitu SMK Panji Alam, SMK Seri Budiman, SMK Padang Negara dan SMK Chendering.

“Seramai 20 orang fasilitator terdiri daripada pelajar Asasi (PUSPA) dan pelajar Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP) telah diambil sebagai tenaga pengajar sepanjang program berlangsung”

“Dua aliran utama bagi program ini ialah Sains dan Perniagaan yang melibatkan subjek Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Matematik Moden dan Prinsip Perakaunan”, katanya.

# # #

Cetak E-mel