• Utama
  • Berita
  • UniSZA Lancar Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang

UniSZA Lancar Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang

2

 

UniSZA Lancar Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang

KUALA NERUS -  Meskipun berdepan dengan Covid-19, ia bukan menjadi penghalang untuk Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyambut bulan kemerdekaan di sini, hari ini.

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat UniSZA 2020 itu disambut secara ringkas dan sederhana serta dihadiri oleh 150 kakitangan termasuk Pengurusan Tertinggi dan  Ketua Pusat Tanggungjawab (KPTj)

Naib Canselor, Prof Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, bertemakan Malaysia Prihatin. Ianya amat bertepatan dengan dengan usaha dan aspirasi kerajaan untuk memerangi penyebaran gelombong ke-3 wabak COVID-19 yang menjadi musuh utama hari ini

“Semangat Malaysia Prihatin ini sebenarnya telah pun sama-sama warga UniSZA zahirkan melalui pengorbanan mereka menyumbang kepada Tabung Covid-19 melalui pemotongan gaji”

Katanya lagi, sambutan kemerdekaan pada tahun ini lebih bermakna jika kita semua berjaya menyekat penularan dan seterusnya bebas sepenuhnya dari wabak Covid-19.

Prof Hassan Basri berkata, pelbagai program dan aktiviti telah diaturkan oleh UniSZA sempena bulan kebangsaan antaranya pertandingan menghias pejabat, menulis esei kemerdekaan, video dan fotografi.

“Bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme, saya menyeru agar semua warga UniSZA menyertai semua aktiviti yang dijalankan kerana dengan cara ini rasa cinta kepada negara akan terus subur dan tidak akan terpadam,” katanya pada majlis berkenaan.

Pada majlis itu, Prof Hassan Basri turut menyerahkan bendera kepada setiap ketua PTj serta melekatkan bendera di kenderaan rasmi UniSZA selain bacaan ikrar Rukun Negara oleh Pendaftar, Ismail Musa.

 

. 1 3 4

Cetak E-mel