43 Pelajar UniSZA pulang ke Sarawak

20 Kuala Nerus – Seramai 43 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang berasal dari Sarawak telah dihantar pulang melalui penerbangan khas, semalam.
Selain UniSZA, sembilan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) di Zon Pantai Timur turut telibat dengan pergerakan pulang berkenaan.

Antaranya, 55 adalah pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT), 24 pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP),13 pelajar Pusat Latihan Keselamatan Terengganu (TSTC), 10 pelajar Universiti Teknologi Mara Terengganu, lima pelajar Kolej Ranaco, empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, tiga pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, dua pelajar UCSI dan seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbangan ke Sarawak yang berlepas pada 11.05 pagi itu dijangka tiba di Sarawak pada 1 tengah hari, manakala penerbangan dari Sarawak yang akan membawa 160 pelajar Pantai Timur pula tiba di LTSM pada jam 4.30 petang.

Kesemua pelajar menzahirkan kegembiraan dan bersyukur kerana dapat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing untuk menyambut Ramadan dan meraikan Aidilfitri yang menjelang tiba.

21 22 23

Cetak E-mel