SK Pulau Redang jadi sekolah angkat UniSZA
![]() |
![]() |
SK Pulau Redang jadi sekolah angkat UniSZA
Kuala Nerus – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) meluaskan jalinan strategik dan kolaborasinya dengan sekolah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) apabila melantik Sekolah Kebangsaan Pulau Redang sebagai Sekolah Angkat UniSZA
Pemilihan sekolah angkat baharu ini merupakan sebahagian dari program khas yang diwujudkan oleh Universiti iaitu Program Khidmat Komuniti UniSZA@Redang.
Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, program itu sebagai satu medium yang dapat memberi peluang kepada warga UniSZA dan mahasiswa UniSZA untuk menyumbang dari segi Ilmu dan tenaga untuk dalam membantu komuniti setempat agar lebih dekat dengan warga UniSZA.
“Selaras dengan Pelan Strategik UniSZA melalui Program Khidmat Komuniti, universiti turut memikul tanggungjawab untuk menembusi masyarakat dan mendekati akar umbi penduduk setempat”
“Program UniSZA@REDANG merupakan inisiatif UniSZA untuk menjadi satu platform dilapangan komuniti setempat supaya UniSZA ini dirasai kehadirannya, disedari kewujudanya dan didengari suaranya”, katanya ketika merasmikan Program Khidmat Komuniti UniSZA@Redang, di sini.
Katanya lagi, melalui inisiatif itu, interaksi universiti dengan komuniti dapat dilebarkan, sekaligus memperkasakan jaringan yang membuka ruang kepada pembentukan inisiatif-inisiatif susulan.
“Saya berharap agar program ini merupakan peluang yang boleh dimanfaatkan seoptimum mungkin bagi anggota masyarakat khususnya di Pulau Redang bagi mengenali UniSZA dengan lebih dekat lagi”, katanya.
![]() |
![]() |