• Utama
  • Berita
  • 572 Asnaf Terengganu terima Infaq Ramadan UniSZA

572 Asnaf Terengganu terima Infaq Ramadan UniSZA

17 Kuala Nerus - Hanya senyuman kegembiraan terukir di wajah 572 asnaf Terengganu apabila menerima sumbangan Infaq Ramadan daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Meskipun dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia bukan penghalang untuk UniSZA menyampaikan sumbangan berkenaan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, pengagihan sumbangan infaq Ramadan itu membabitkan asnaf di kawasan Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Besut .

“Alhamdulillah, kita telah memberi sumbangan berbentuk hamper barangan keperluan asas seperti beras, gandum, gula dan minyak masak kepada yang memerlukan”
“Barangan ini dihantar di kediaman MPKK masing-masing untuk diagihkan kepada penerima yang berkenaan”, katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, program yang diadakan setiap kali Ramadan itu memperuntukkan sebanyak RM 15,455 daripada Tabung Infaq Ramadan.

18 19

Cetak E-mel