• Utama
  • Berita
  • Bantuan Tabung Infaq Covid-19 Alumni UniSZA Kepada Pelajar

Bantuan Tabung Infaq Covid-19 Alumni UniSZA Kepada Pelajar

tabung2 Kuala Nerus – Pusat Alumni, Keusahawanan dan Jaringan Masyarakat (PAKAT) dan Persatuan Alumni UniSZA (PAU) telah melancarkan Tabung Infaq Covid 19 Alumni UniSZA sebagai keprihatinan alumni dalam membantu UniSZA meringankan beban pelajar yang masih berada di kampus dan rumah sewa sepanjang Perintah Kawalan Pegerakan (PKP)

PAU turut menyumbang RM 2,000.00 kepada Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) UniSZA bagi penyediaan ‘face shield’ dan ‘Personal Protectitive Equipment’ (PPE) yang lain kepada barisan hadapan UniSZA dalam menangani Covid-19.

Majlis Penyerahan tersebut telah disempurkan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof Dato Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, di Foyer Kolej Kediaman Pelajar, hari ini.

PAKAT diwakili oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah manakala PAU diwakili oleh YAA Wan Mohd Zakri Wan Daud yang juga Hakim Syarie Negeri Terengganu.

Tabung1   tabung3

Cetak E-mel