• Utama
  • Berita@UniSZA
  • Kesedaran Berkaitan Gejala Lesbian,Gay,Biseksual, Transgender Dan Seks Bebas Kepada Mahasiswa

Kesedaran Berkaitan Gejala Lesbian,Gay,Biseksual, Transgender Dan Seks Bebas Kepada Mahasiswa

5ace429a 321b 47d2 abfb 50ba000d9a1d Gejala Lesbian, Gay,Biseksual dan Transgender semakin berleluasa dewasa ini. Ia bukan sahaja berlaku di antara remaja-remaja yang berpeleseran tetapi juga sehingga ke Institusi-institusi Pengajian Tinggi yang kita percaya boleh membentuk peribadi dan sahsiah pelajar malahan juga lebih menyedihkan turut menyelinap dalam kumpulan profesional.  Sudah tentu gejala ini merupakan suatu isu yang cukup besar dan sangat membimbangkan demi kelansungan kehidupan generasi muda dan isu peningkatan gejala sosial dalam institusi kekeluargaan khususnya.  Justeru pada 7 Mac 2020 (Sabtu) Unit Kaunseling PTNC HEPA telah menganjurkan satu Kolokium Pencegahan Gejala LGBT bertempat di Dewan Kuliah Utama (UniSZA Kampus Gong Badak).  Seramai 208 orang mahasiswa telah menyertai kolokium ini.

Kolokium  berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender serta Seks Bebas (LGBT) cuba memberi kefahaman dan kesedaran kepada semua bahawa budaya dan cara  hidup dan perlakuan seks songsang melawan arus sistem agama, kemanusiaan dan keluarga. Sejarah menyaksikan manusia pernah ditimpa musibah akibat kegitan LGBT sepertimana peristiwa di zaman Nabi Luth. Buktinya, hari ini gejala LGBT begitu berleluasa di mana ia bukan lagi tertumpu di Negara sekular malah merebak ke Negara-negara Islam. Pengisian-pengisian di dalam kolokium ini ini secara keseluruhannya ini menggesa  individu dan komuniti agar peka dengan maklumat mengenai perkembangan LGBT dan memahami  falsafah toleransi dan ketegasan yang sepatutnya ada dan yang sesuai digunakan dalam proses memberi kesedaran kepada golongan LGBT dan masyarakat sekeliling.  Tidak kurang juga perkara berkaitan risiko penyakit berbahaya seperti HIV dan AIDS, isu identiti atau sifat manusia berubah daripada fitrah kepada personaliti bertentangan dengan fitrah adalah mempunyai kaitan dengan bisikan hati yang mendorong jiwa melakukan perkara bertentangan fitrah. Jiwa ini dianggap sebagai nafs al-ammarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan) seperti mana dijelaskan oleh Allah dalam surah 12 (Yusuf): 53 yang bermaksud, " Sesungguhnya nafsu itu (nafsu al-ammarah) selalu menyuruh kepada kejahatan kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhan ku.
Sesungguhnya Tuhan ku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Kolokium ini telah dilaksanakan selama sehari bermula dari jam 8.00 pagi- 6.00 petang dan telah menampilkan 3 orang panel penceramah yang masing-masing berkongsi ilmu dan pengetahuan dari aspek psikososial, agama dan kesihatan. Antara lain ialah Dr.Mahani Binti Nordin@Kamarudin dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim  Binti Mokhtar Ketua Gabungan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) Dan Prof. Madya Dr.Samsul Bin Draman (Pakar Kesihatan Keluarga UIAM).

Diakhir kolokium ini, perasmian penutup telah disempurnakan oleh Prof.Madya Dr. Mohd Shafiee Bin Hamzah (Pengarah Kolej Kediaman dan Kesihatan Pelajar UniSZA).  Di dalam ucapan ini, beliau menyentuh berkaitan sejarah awal LGBT ini. Ujar berliau LGBT ini bukanlah sesuatu yang baharu, ia mula wujud sejak zaman Nabi Luth AS seperti mana firman Allah SWT dalam Surah Al-A’raf ayat 80 hingga 81 bermaksud: “Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika dia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? .Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.”. 

Semua pihak perlu mempunyai kesedaran dalam merealisasikan agenda penting dalam memelihara akidah ummah sama ada mereka yang telah terjebak atau perlu dihalang dari terjebak dalam amalan yang bertentangan dengan agama Islam.  Bagi mereka yang telah terlanjur pula, Prof. Madya Dr.Mohd Shafiee mengatakan bahawa Islam sentiasa memberikan harapan untuk manusia kembali kepada Allah dengan penuh penuh cinta dan taubat. Agama ini tidak menjadikan manusia putus asa sebaliknya sentiasa memberikan harapan dan sinar ke arah yang lebih baik. “Golongan LGBT sama seperti para pendosa yang lain, di hadapan terbentang luas pintu untuk kembali kepada Tuhan Yang Maha Penyayang”.

Memandangkan besarnya implikasi yang akan terjadi LGBT ini, maka sewajarnya seluruh peserta kolokium ini diseru untuk menjauhkan diri dari gejala ini dan bersama-sama mencegah ini daripada terus berkembang. Sekiranya tindakan pencegahan tidak dilakukan dikhuatiri ia akan mengundang kemurkaan dan bala daripada Allah SWT yang apabila ia berlaku musibahnya akan turut terkena setiap daripada kita sama ada golongan taat atau golongan yang engkar.

19c4a392 5e0c 4d1e 9a5c 86a7369a9f4b   f9c7eb98 40bb 46b4 aa3c b7c55e292412

Cetak E-mel