• Utama
  • Berita
  • UniSZA, MTM jalin kerjasama dalam Bidang Akuakultur

UniSZA, MTM jalin kerjasama dalam Bidang Akuakultur

DSC 6720 Kuala Nerus : Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)  menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Micronutrients Technologies Malaysia Sdn Bhd (MTM) untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang akuakultur.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, berkata kerjasama itu akan melibatkan beberapa aktiviti pelajar dan kakitangan antaranya projek pembiakan tilapia serta kajian sains akuatik.

“Dengan adanya MoU ini, kedua-dua pihak akan mengusahakan 30 ekar tanah di UniSZA kampus Besut untuk bidang akuakultur ini”

“Selain itu, MTM turut memberi peluang kepada mana-mana pelajar Fakulti Biosumber Industri Makanan (FBIM) untuk membuat Latihan Industri serta menawarkan pekerjaan kepada graduan di sana”, katanya pada majlis MoU di UniSZA, hari ini.

Pada majlis itu, UniSZA diwakili oleh Naib Canselor dan Pendaftar, Ismail Ahmad manakala MTM pula diwakili Ketua Pegawai Teknikal, Mr. Terry Goh dan Ketua Pengarah Eksekutig, Dato Alex E.E. Lye Dean.

Sementara itu, MTM adalah syarikat berdaftar di Malaysia bermatlamat untuk membiakkan Gred C ke Gred A Tilapia secara tempatan dan berkembang di peringkat antarabangsa pada masa akan datang.

DSC 6738

Cetak E-mel