• Utama
  • Berita
  • Pesuruhjaya Tinggi Kanada Kongsi Polisi Luar Dan Peluang Pendidikan Di Kanada

Pesuruhjaya Tinggi Kanada Kongsi Polisi Luar Dan Peluang Pendidikan Di Kanada

KL71201 Pesuruhjaya Tinggi Kanada di Malaysia, Tuan Yang Terutama Julia G. Bentley telah berkongsi polisi luar negara Kanada termasuklah peluang melanjutkan pengajian di Kanada kepada mahasiswa dan kakitangan UniSZA di program Ambassadorial Talk yang diadakan di Dewan Resital, Pusat Kesenian dan Warisan UniSZA pada 4 Februari 2020.

Syarahan beliau yang bertajuk “The Canada-Malaysia Partnership” menekankan hubungan Canada dan Malaysia dan suasana hubungan diplomatik Kanada termasuklah dalam bidang pendidikan.  Beliau menjelaskan satu daripada tiga objektif asas polisi luar Kanada yang di tekankan oleh Perdana Menteri, Justin Trudeau adalah untuk meningkatkan budaya Kanada dan interaksi global dalam pendidikan.

“Salah satu daripada elemen yang difokuskan dalam pendidikan di Kanada adalah untuk mempromosi hubungan kerjasama antara universiti di Kanada dan universiti di Malaysia. Pada tahun 2018, Kanada telah memngumumkan program biasiswa baru bagi membantu pelajar menyambung pangajian di Kanada. The Canada-ASEAN Scholarship and Educational Exchanges for Development (SEED) menawarkan peluang untuk pelajar-pelajar di Malaysia melanjutkan pengajian jangka pendek atau melakukan kajian di Kanada.”

Selain bidang pendidikan, beliau turut berkongsi tentang geografi, budaya, flora, fauna, politik selain peranan Kanada di peringkat antarabangsa, hubungan diplomatik Kanada, keutamaan polisi luar  Kanada dan implikasinya kepada hubungan dengan negara Malaysia.

“Kami berharap dapat membina kemakmuran bersama melalui pelaburan perdagangan. Namun, hubungan dengan Asia bukan hanya berkaitan pelaburan, ianya lebih daripada itu seperti dalam bidang pendidikan dan kebudayaan. Banyak peluang kerjasama yang dapat diteroka dan saya fikir kita boleh menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran dunia dengan cara yang lebih bermakna dan berharga,” ujar beliau.

Majlis syarahan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniSZA, Prof. Dr. Mohd Afandi bin Salleh dan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan, En. Ismail bin Musa.

Kanada92202

Cetak E-mel