• Utama
  • Berita
  • UniSZA dan IIIT tandangani MoA, lantik Profesor Pelawat sepenuh masa di INSPIRE

UniSZA dan IIIT tandangani MoA, lantik Profesor Pelawat sepenuh masa di INSPIRE

Kuala Nerus : Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) untuk pelantikan profesor pelawat secara sepenuh masa di Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), hari ini.

Profesor Pelawat yang dilantik itu adalah Prof. Dr. Abdel Rahim Ali Mohamed Ibrahim yang berasal dari Sudan dan juga merupakan Mantan Presiden Akademi Feqah Sudan.

Pengarah INSPIRE UniSZA, Prof Dr. Fadzli Adam berkata, tempoh lantikan beliau adalah enam bulan dan pilihan sambungan enam blan lagi tertakluk kepada prestasi dan pencapaian.

“Antara tugas beliau adalah membantu INSPIRE dalam penyeliaan projek Manuskrip Islam dan menyampaikan syarahan, seminar dan bengkel dalam bidang kepakaran kepada pelajar, staf serta komuniti luar”

“Selain itu, beliau juga perlu menyelia pelajar siswazah serta membawa masuk pelajar pascasiswazah dari luar negara ke UniSZA khususnya di INSPIRE”, katanya ketikac ditemui.

Pada majlis MoU itu, UniSZA ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Kamarul Shukri Mat The dan Pendaftar, Ismail Ahmad. Manakala IIIT pula, diwakili oleh Pengarah, Prof Dr. Mohamad Fauzan Noordin dan Pengarah Penerbitan dan Terjemahan, Prof Dr. Mohamed Aslam Haneef.

MoU berkenaan disaksikan oleh Pengerusi IIIT, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UniSZA, Datuk Dr. Mohammad Nur Manuty.

Cetak E-mel