• Utama
  • Berita
  • Pelajar Wanita Kuasai Sukan Berkuda di UniSZA

Pelajar Wanita Kuasai Sukan Berkuda di UniSZA

WhatsApp Image 2019 12 15 at 12.24.551 Kuala Nerus: Seramai 28 pelajar wanita mendominasi kelab sukan berkuda di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang dikenali sebagai Kelab Ekuin UniSZA

Kelab yang baru ditubuhkan itu adalah satu platform yang tepat dalam memperkenalkan sukan berkuda dalam usaha menggamit perhatian masyarakat tidak kira usia agar lebih meminati sukan berkenaan.

Presiden Kelab Ekuin UniSZA, Wani Khairani Mohd Khadhir berkata, penubuhan kelab itu juga bertujuan melahirkan peserta sukan berkuda dalam kalangan pelajar bukan sahaja di peringkat negeri malah juga antarabangsa.

“Ini secara tidak langsung pihak universiti mampu melahirkan ‘rider’ dalam kalangan pelajar UniSZA untuk mewakili ke pertandingan sukan berkuda di peringkat lebih tinggi sekaligus mengharumkan nama UniSZA”

“Malah, sukan berkuda ini juga disokong sepenuhnya oleh Naib Canselor dan TNC HEPA, yang mana mereka berdua juga mahir dalam sukan ini”, katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, penubuhan kelab berkuda itu juga sebagai satu inisiatif menambahkan sukan sunnah selain memanah

“InsyaAllah, kami berhasrat untuk mnyertai sukan endurance bertaraf antarangbangsa pada tahun depan dan telah merancang pelbagai aktiviti sukan kuda lasak bersama warga UniSZA”, katanya.

WhatsApp Image 2019 12 15 at 12.24.552 WhatsApp Image 2019 12 15 at 12.24.55

Cetak E-mel