• Utama
  • Berita
  • Majlis MoU Antara Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Dan Hospital Geriatrik Metropolitan Tokyo-Institut Gerontologi (Tmgh-Ig), Japan

Majlis MoU Antara Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Dan Hospital Geriatrik Metropolitan Tokyo-Institut Gerontologi (Tmgh-Ig), Japan

jepun1 KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan  Hospital Geriatrik Metropolitan Tokyo-Institut Gerontologi (TMGH-IG), Tokyo, Japan menjalin kerjasama dalam bidang perubatan Geriatrik dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang diadakan pada 4 Disember 2019, di Itabashi City Hall, Tokyo.

UniSZA diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan dan Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Dr. Nordin Simbak. Manakala TMGH-IG pula diwakili oleh Presiden, Prof. Dr. Shunei Kyo dan Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Dr. Kenji Toba.

Majlis MoU ini akan disaksikan oleh Yang berhormat Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik sempena lawatan kerja ke Tokyo, Jepun.

Ketuaan merupakan satu fenomena kehidupan yang dikaitkan dengan peningkatan jangka hayat menyebabkan penurunan dalam keupayaan fizikal dan mental yang saterusnya mengakibatkan peningkatan dalam perbelanjaan pengurusan sesebuah negara.

Antara 2015 dan 2050, bilangan penduduk dunia yang berumur 65 tahun dan ke atas akan bertambah dua kali ganda dari 12% kepada 22%. Malaysia mempunya risiko yang tinggi menjadi negara “Ageing population” bilamana 7% daripada jumlah keseluruhan penduduknya berumur 65 tahun dan ke atas.

Sehingga tahun 2017, data menunjukkan yang Malaysia mempunyai 2 juta atau 6.3% penduduk yang berumur melebihi 60 tahun. Pada tahun 2018, dianggarkan peratusan penduduk yang berumur melebihi 60 tahun menjadi 6.6%. Dalam tahun 2020, dijangkakan 2.4 juta daripada 34.3 juta penduduk Malaysia akan mencapai umur 60 dan ke atas.

Peningkatan yang agak mendadak ini akan memberi tekanan dalam sosio-ekonomi dan kekurangan dalam gunatenaga kerja. Hal ini perlu kepada satu penyelesaian yang menyeluruh.

Negara Jepun sedang mengalami masyarakat “super ageing” disebabkan peningkatan dalam jangka-hayat penduduknya. Didapati 30% daripada jumlah keseluruhan penduduknya telah mencapai umur melebihi 60 tahun.

Hospital Geriatrik Metropolitan Tokyo dan Institut Gerontologi (TMGH-IG) merupakan sebuah institusi yang terkenal dalam bidang rawatan golongan geriatrik dan aktiviti penyelidikan menangani fenomena ketuaan semenjak tahun 1972 dan telah diiktiraf pencapaiannya.

UniSZA dijangka mengurus hospital pengajar sendiri pada tahun 2021 dan berhasrat menjadi satu hospital yang cemerlang dalam rawatan yang berfokuskan rawatan “patient-centered” dan penyelidikan klinikal.

Fakulti Perubatan (FP) UniSZA berhasrat menerajui bidang geriatrik serta onkologi radiasi sebagai antara bidang tujahan penyelidikannya. FP UniSZA ingin menimba ilmu dan berkolaborasi dengan TMGH-IG dalam bidang gerontologi. Diharapkan dalam masa terdekat, FP UniSZA berhasrat mempunyai satu Pusat Penyelidikan Kesihatan Ketuaan.

jepun2 jepun3

Cetak E-mel