• Utama
  • Berita
  • Majlis Kunjung Hormat UniSZA ke Pejabat Kedutaan Morocco

Majlis Kunjung Hormat UniSZA ke Pejabat Kedutaan Morocco

1 Kuala Lumpur - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang diwakili Naib Canselor, Prof Dato Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan bersama Duta Kerajaan Morocco, HE Mohammed Reda Benkhaldoun.

Dalam perbincangan tersebut, UniSZA dan Universiti Al-Khawariyyin telah mencapai kata sepakat sebelum ini untuk saling bekerjasama dalam akademia, projek penyelidikan dan seumpamanya

Kedua-dua universiti juga telah bersetuju dalam usaha untuk mendigitasikan dokumen-dokumen  manuskrip lama di bawah seliaan Pejabat Kerajaan Morocco sendiridengan anggar kos keseluruhan projek besar itu lebih kurang berjumlah melebihi RM 8 juta.

Kunjung hormat dan perbincangan itu turut dihadiri Pengarah Pusat Komunikasi Koporat dan Pengurusan Perhubungan UniSZA, Encik Ismail Musa di Pejabat Kedutaan,Jalan Ampang,Kuala Lumpur.

2 3

Cetak E-mel