• Utama
  • Berita
  • UniSZA Anjur IECC 2019 untuk Kerjaya Graduan

UniSZA Anjur IECC 2019 untuk Kerjaya Graduan

DSC 8370 Kuala Nerus - Seramai 40 pempamir dari agensi kerajaan dan swasta menyertai Karnival Industri, Keusahawanan dan Kerjaya UniSZA (IECC UniSZA 2019) di UniSZA kampus Gong Badak selama dua hari, bermula hari ini.

IECC 2019 ini adalah inisiatif UniSZA untuk mempersiapkan bakal graduannya dengan kemahiran-kemahiran untuk  bekerjaya, berinteraksi dengan bakal majikan kerajaan dan swasta serta terlibat dalam bidang keusahawanan  selepas tamat pengajian di Universiti.

IECC juga bertujuan mendedahkan kepada mahasiswa  pengetahuan  kerjaya dan keusahawanan untuk melahirkan mahasiswa UniSZA yang berkualiti holistik, dilengkapi dengan skill  kesediaan berkerjaya dan keusahawanan, serta   peka kepada keperluan pasaran pekerjaan.
 
Selain itu, karnival ini dapat membantu masyarakat setempat dalam menambah pengetahuan tentang profil bakal pekerja yang dihajati oleh majikan di samping untuk mendapatkan pekerjaan melalui   pameran kerjaya dan industri serta temu duga terbuka oleh pempamir yang terlibat.

IECC 2019 telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Keusahawan, YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md. Ramli.

DSC 8355 DSC 8394 DSC 8496

Cetak E-mel