• Utama
  • Berita
  • Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Dan Bicara Industri FRIT

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Dan Bicara Industri FRIT

frit3 Kuala Nerus - 20 November 2019, Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dan Bicara Industri bertempat di Dewan Auditorium, Perpustakaan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Hassan Basri Bin Awang Mat Dahan, Naib Canselor, UniSZA. Majlis menandatangani MoU telah dijalinkan bersama tiga (3) buah industri iaitu Sumai Engineering (M) Sdn. Bhd., Mextec Corporation dan iCreate Sdn. Bhd.

Tujuan kerjasama ini adalah untuk menyahut keperluan Pelan Tindakan Akademik (PTA) fakulti dan bukan itu sahaja malah memberi peluang kepada warga fakulti untuk berkongsi kepakaran dan teknologi terkini dengan pihak industri. Industri-industri yang dipilih ini merupakan industri yang telah lama menjalinkan kerjasama dengan pihak fakulti dengan menyediakan tempat latihan pratikal untuk pelajar-pelajar FRIT.

Manakala Program Bicara Industri telah disampaikan oleh Adiguru Norhaiza Nordin (Tokoh Kraf Negara) selaku Prof. Adjung, FRIT dan En. William Lee, Pengarah Urusan daripada iCreate Sdn. Bhd. Program tersebut telah dihadiri oleh para pelajar daripada Program Pengajian Reka Bentuk dan Teknologi. Diharapkan kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada semua warga universiti amnya dan fakulti khususnya serta dapat merealisasikan pendidikan ke arah ’Educational I.R. 4.0’.

frit1

Cetak E-mel