• Utama
  • Berita
  • Pelajar Wanita, Oku Terima Anugerah Tokoh Siswa UniSZA

Pelajar Wanita, Oku Terima Anugerah Tokoh Siswa UniSZA

WhatsApp Image 2019 11 20 at 10.56.49 Kuala Nerus : Mahasiswa Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Natasya Afriena Syeif Azizirrahim berjaya meraiH Anugerah Utama Naib Canselor yang membawa gelaran Tokoh Siswa UniSZA dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2019 (ATS)

Dalam majlis yang berlangsung di Dewan Al Muktafi Billah Shah, semalam, Natasya Afriena turut dinobatkan Anugerah Pemimpin Fakulti/Persatuan/Kelab.

Dengan kemenangan tersebut, beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1,500 berserta trofi dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Naib Canselor, Prof Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Natasya Afriena ketika ditemui berkata, kejayaan berkenaan diharap dapat menjadi inspirasi dan menarik minat pelajar lain terutamanya pelajar wanita di UniSZA untuk aktif dalam persatuan serta aktiviti sukarelawan.

“Ramai mahasiswa wanita yang bimbang untuk aktif dalam persatuan kerana mereka fingat pelajar lelaki sahaja boleh mengetuai tetapi sebenarnya tidak sama sekali”

“InsyaAllah, dengan anugerah yang diterima pada malam ini, saya akan terus berusaha untuk membuat yang terbaik untuk ke peringkat kebangsaan nanti,” katanya.

Sementara itu, ATS kali ke-7 itu turut menyampaikan anugerah yang julung kali diperkenalkan iaitu Anugerah Pemimpin Kelainan Upaya kepada pelajar Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Normelisa Mohd Yadi

Melisa yang merupakan mahasiswa kurang upaya di UniSZA berkata dengan adanya anugerah itu ia memberi semangat dan medorong pelajar OKU untuk aktif dalam kokurikulum.

“Alhamdulillah, sejak saya di UniSZA saya sentiasa sertai mana-mana program walaupun kurang upaya tapi ia tiada batasan untuk saya bergerak aktif bersama rakan-rakan lain”

“Terima kasih pada rakan-rakan, pensyarah dan UniSZA yang banyak membantu saya dan ia menjadi satu pengalaman cukup bermakna kepada saya sepanjang di sini”, katanya ketika ditemui.

Pada majlis itu, sebanyak 22 anugerah telah disampaikan kepada pelajar bagi mengiktiraf pencapaian dan ketokohan masing-masing atas pembabitan aktif dalam program berimpak tinggi di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

WhatsApp Image 2019 11 20 at 10.56.50 WhatsApp Image 2019 11 20 at 10.56.491

Cetak E-mel